Pesawat MASwings tergelincir ketika mendarat di Marudi
Tweet
PESAWAT jenis twin-otter milik MASwings tergelincir semasa mendarat di Lapangan Terbang Marudi, Miri, hari ini. - Foto Ihsan Pembaca
MIRI: Sebuah pesawat jenis twin-otter milik MASwings tergelincir semasa mendarat di Lapangan Terbang Marudi namun dua juruterbang dan 17 penumpangnya selamat.
Ketua Polis Daerah Marudi Deputi Superintendan Abu Bakar Mokhtar berkata, ketika kejadian, pesawat berkenaan sedang mendarat di landasan terbabit pada jam 2.33 petang ini sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Miri pada jam 2.19 petang dengan keadaan cuaca cerah dan tidak hujan.
"Selepas mendarat, penerbangan MH3562 itu tergelincir, pada anggaran saya 40 meter dari landasan dengan bahagian hadapan terus menjunam masuk ke parit kecil berhampiran landasan tersebut," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Abu Bakar berkata, setakat ini hanya seorang penumpang iaitu wanita berumur 26 tahun dilaporkan cedera ringan iaitu bengkak di kaki dan diberi rawatan pesakit luar.
"Lapangan Terbang Marudi sehingga kini masih ditutup untuk kerja mengalihkan pesawat terbabit dengan segera," katanya, sambil menambah punca kejadian akan disiasat oleh Jabatan Penerbangan Awam.
Pegawai Perhubungan Awam MASwings, Melissa Crocker berkata, kenyataan rasmi mengenai kejadian itu akan dikeluarkan hari ini. - BERNAMA
* Sumber BH
Read more...