GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 30 Mei 2013

12 tahun kurung Anak dalam Sangkar

WANG memberi makanan kepada anaknya.
Beijing: Seorang ibu meluahkan perasaan sedihnya selepas terpaksa mengurung anaknya yang menghidap sakit mental di dalam sangkar buatan sendiri sejak lebih 10 tahun lalu.
Wang Muxiang, 74, mengurung anaknya, Wu Yuanhong selepas dia membunuh seorang budak lelaki berusia 13 tahun di kampungnya di China pada 2001.
Wu dibebaskan dari penjara setahun kemudian selepas pihak berkuasa memutuskan dia tidak bersalah kerana tidak siuman. Bagaimanapun Wang bimbang Wu akan membunuh lagi. Kerana itu dia mengurungnya dalam sebuah bilik kosong di kediaman mereka.
Gambar menyayat hati menunjukkan Wu, 42, duduk di atas selimut dalam sangkar kecil dengan kakinya diikat dengan rantai besar dan hanya berkemeja-T dan seluar dalam.
Dia diberi makan tiga kali sehari oleh ibunya. Untuk buang air, dia diberi mangkuk.
Selepas dibebaskan dari penjara, Wu dirantai tetapi melarikan diri berulang kali dan menakutkan jiran apabila berkeliaran di Kampung Lijiachong, berhampiran Ruichang di tenggara China.
Ibunya meminta tukang besi tempatan membuat sangkar tetapi mereka enggan kerana bimbang Wu menyerang mereka jika dia melarikan diri.
WU dikurung dalam sangkar buatan ibunya.
Akhirnya, Wang terpaksa membuatnya sendiri.
“Anak saya mungkin tidak siuman hingga membunuh orang. Tetapi dia tetap anak saya. Untuk menggunakan tangan saya sendiri bagi menempatkannya dalam sangkar adalah keputusan yang amat sukar, seperti ditikam dengan pisau.
“Setiap kali menghantar makanan, saya akan duduk di kandang itu dan menangis. Kini air mata saya sudah kering.” Ramai pesakit mental di China tidak diberikan rawatan sewajarnya kerana kekurangan sumber dan pakar berkelayakan, khususnya di luar bandar.
 - Agensi

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP