Bila Nafsu menggila,Gadis Lembam pun sanggup diperk0sa
Tweet
Read more...
Banting: Seorang lelaki berusia 24 tahun tergamak merogol seorang gadis yang mengalami masalah lembam di depan isterinya dalam sebuah rumah di Jalan Masjid Kanchong Darat, Sabtu lalu.
Kejadian berlaku jam 5 petang ketika mangsa yang berusia 19 tahun itu tinggal berseorangan di rumahnya sebelum pasangan terbabit datang. Adalah dipercayai isteri suspek juga seorang lembam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Nordin Manan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan polis menyifatkan kes berkenaan sudah selesai.
“Kami sudah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan di Morib kelmarin, sejurus polis menerima laporan mengenai kejadian itu dan sedang memohon perintah tahanan reman,” katanya.
Harian Metro difahamkan, mangsa mengalami masalah lembam serta tidak bekerja dan pada hari kejadian ibu mangsa keluar bekerja manakala adiknya mengikuti pengajian di pusat pengajian tinggi di Shah Alam.
Selepas menyedari mangsa tinggal berseorangan, suspek masuk ke rumah mangsa lalu menolaknya ke sofa dan merogolnya.
Berikutan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Banting sejurus mangsa mengadu mengenai kejadian itu sebelum dia dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk pemeriksaan.
Sumber myMetro