Diterbangkan Air Pancut
Tweet
BEIJING 28 Ogos - Keriangan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun mandi-manda di kawasan air pancut muzik Pusat Kebudayaan Xinjian, wilayah Hubei, bertukar ngeri apabila dia melambung setinggi kira-kira 2.4 meter ke udara akibat daya pancutan air tersebut.
Pakaian kanak-kanak itu juga koyak seperti dicarik-carik akibat tekanan air yang tinggi, selain hidungnya berdarah dan luka setelah bahagian mukanya mendarat terlebih dahulu ke lantai konkrit.
Seorang pengunjung yang sedang menangkap gambar keindahan air pancut popular di Enshi, wilayah Hubei itu sempat merakam kejadian tersebut.
Kanak-kanak itu yang menangis, kemudian ditenangkan oleh keluarganya.
Bapa kanak-kanak tersebut, Wan Lu berang kerana tiada tanda amaran dipasang pihak pengurusan tentang bahaya air pancut berkenaan.
Pihak pengurusan sepatutnya memasang papan tanda amaran tentang kemungkinan yang boleh berlaku.
Kami sedang berseronok bermain air pancut, kemudian anak saya tiba-tiba melayang ke udara dan menjerit," jelasnya.
Wan Lu berkata, daya pancutan air tersebut juga terlalu kuat sehinggakan seluar dan baju dipakai anaknya koyak rabak.
Media tempatan bagaimanapun melaporkan, pihak pengurusan sentiasa menyediakan seorang pengawal untuk mengawasi aktiviti pengunjung dan tanda amaran juga telah dipasang.
- AGENSI (Utusan)
Read more...