GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 4 September 2013

Peniru Lady Gaga sanggup berbelanja besar

TREGO kini mempunyai lebih 40 kostume unik yang direkannya sendiri hasil cetusan idea daripada Lady Gaga.


CARDIFF - Seorang peminat fanatik penyanyi terkenal, Lady Gaga mendakwa telah membelanjakan £60,000 (RM305,113) semata-mata untuk meniru gaya idolanya itu, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Donna Marie Trego, 37, memulakan kerjaya sebagai peniru Gaga sejak 2010 dan telah membelanjakan ribuan pound untuk membeli kostum, rambut palsu serta sebuah kumpulan penari.
Kini Trego mempunyai lebih 40 kostum yang diinspirasikan oleh penyanyi lagu Poker Face itu.
Trego turut membuat persembahan di seluruh dunia, malah Gaga juga dikata- kan pernah keliru dengan persamaan mereka.
"Saya tidak sedar masa dan usaha yang perlu saya korbankan untuk memastikan ia berjaya. Saya sepatutnya menggunakan wang untuk membeli rumah yang cantik tetapi saya menggunakan semua wang untuk kerjaya ini," katanya.
"Kerjaya ini bukan seperti menjadi seorang peniru Elvis. Ia berbeza kerana Gaga selalu berubah. Saya hanya seorang yang menyerupai Gaga. Saya hanya peniru," jelas- nya.
Trego sebelum ini pernah membuat persembahan di Jerman, Bahrain, Gran Canaria dan telah memenangi beberapa anugerah termasuk Goscar. 
- Agensi (kosmo!)


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP