Elman Ganu nafi tulis status ugut
Tweet
ELMAN Ganu, pemuda yang mencetuskan kontroversi ekoran status berbaur ugutan terhadap tiga pemain utama The Red Warriors (TRW) di laman Facebooknya beberapa hari yang lalu, menafikan dia individu yang bertanggungjawab melakukan perkara itu, lapor FARAH SHAZWANI ALI.
Berdasarkan status yang dibuatnya di laman Facebook peribadinya kelmarin, pemuda yang dipercayai berasal dari Terengganu itu bersumpah tidak memuat naik status kontroversi berkenaan.
“Mitok maaf r blaker org kelate.. supoh bukan saye buat bnde smua ni (Minta maaf buat semua orang Kelantan.. Sumpah bukan saya buat semua ini),” katanya.
Bagaimanapun, pemuda berkenaan dipercayai sudah ‘deactivated’ laman Facebooknya ekoran sudah tidak dapat diakses semalam.
Kelmarin, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tampil membuat laporan polis berhubung ugutan terhadap tiga pemain tonggak utama TRW di Balai Polis Kota Bharu.
Pengerusi Kelab Sukarelawan Bantuan Kemasyarakatan Kelantan (KSBK), Roslan Ismail yang mewakili penyokong Kelantan, tidak berpuas hati dengan tindakan pemuda itu yang dikatakan membuat ancaman membunuh dan mencederakan pemain tersebut.
Sementara itu, admin sebuah laman yang dikenali ‘Kelab penyokong Terengganu peteh’ mendedahkan, Elman ada memaklumkan bahawa laman Facebooknya telah digodam oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Sumber sinarharian
Read more...
Status Elman Ganu menafikan dia mengugut pemain TRW.