KINI WANITA WARGA POLAND PULA JADI MANGSA ROGOL TERBARU DI INDIA
Tweet
New Delhi: Seorang wanita Poland diberikan dadah dan dirogol ketika di dalam perjalanan ke ibu negara India bersama anak perempuannya berusia dua tahun, kata polis semalam, insiden terbaru serangan seksual terhadap wanita di negara itu.
Wanita berkenaan yang berusia 33 tahun dan anak perempuannya menaiki sebuah teksi dari Mathura menuju New Delhi, Khamis lalu apabila didakwa dirogol pemandu terbabit.
Pemandu berkenaan dikatakan memberi dadah kepada wanita itu ketika di dalam perjalanan sejauh 150 kilometer dan beliau dirogol selepas pengsan, kata jurucakap polis Delhi, Rajan Bhagat kepada AFP.
Beri dadah secara semburan
Wanita itu hanya tersedar dirinya berada di sebuah bangku di sebuah stesen kereta api di New Delhi dengan anak perempuannya menangis di sisi, kata pegawai terbabit sambil menambah maklumat terperinci mengenai kejadian itu masih belum diketahui.
“Belum jelas tetapi prima facie menunjukkan beliau berada (dalam teksi) secara sukarela. Tetapi ya, selepas itu ketika di dalam kereta pemandu teksi itu memberikannya dadah secara semburan dan laporan perubatan mengesahkan mangsa dirogol,” katanya.
Wanita yang namanya tidak didedahkan atas alasan perundangan melaporkan insiden itu kepada polis yang menjejaki pemandu teksi terbabit, kata Bhagat.
Wanita berkenaan, seorang penganut agama Hindu tinggal di Mathura di Uttar Pradesh sejak tiga tahun lalu dan bekerja dalam perniagaan eksport pakaian, katanya.
Mangsa dan anak perempuannya menunggu teksi di sebatang jalan raya yang sibuk di Mathura untuk ke ibu negara ketika pemandu teksi terbabit menghampiri beliau.
Kejadian 2 Januari itu berlaku kira-kira seminggu selepas India memperingati ulang tahun pertama kematian seorang pelajar mangsa rogol beramai-ramai di sebuah bas di New Delhi dalam satu serangan yang mengejutkan seluruh negara.
-AFP(BH)
Read more...
imej