GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 2 Februari 2014

Anak maut dihempap TV

imej google
Butterworth: Sambutan Tahun Baru Cina yang sepatutnya meriah buat sepasang suami isteri bertukar duka apabila anak perempuan tunggal mereka maut selepas dihempap televisyen bersaiz 29 inci di rumah pasangan itu di Taman Chai Leng Park, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 malam, Chew Hii Zhen berusia tiga tahun mati dalam perjalanan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) akibat cedera di kepala dan muka selepas dihempap televisyen.
Menurut sumber, ketika itu nenek mangsa mahu merakam foto cucunya dan kanak-kanak berkenaan berdiri di depan televisyen yang diletakkan di atas kabinet yang berketinggian kira-kira satu meter.
“Bagaimanapun, belum sempat merakam foto, tiba-tiba kabinet berkenaan condong, menyebabkan mangsa jatuh dalam keadaan mukanya tersembam ke lantai sebelum televisyen menghempap kepalanya.
“Kejadian itu berlaku di ruang tamu rumah mereka dan ibu mangsa yang berada di dapur berlari untuk menyelamatkan anaknya, namun keadaan kanak-kanak terbabit ketika itu kritikal,” katanya.
Menurutnya, ketika kejadian, bapa kanak-kanak terbabit yang bekerja sebagai tukang paip tiada di rumah dan datuk mangsa segera membawa cucunya ke hospital.
Foto
IBU bapa mangsa masih bersedih ketika menunggu mayat anak mereka dibedah siasat.
Bagaimanapun, setibanya di hospital, doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
“Pemeriksaan awal mendapati ada kesan hempap di bahagian kanan muka kanak-kanak terbabit dan mata kanannya lebam akibat impak kuat daripada televisyen yang menimpanya.
“Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat, namun ahli keluarganya hanya akan menuntut mayat esok (hari ini),” katanya.
Sementara itu, tinjauan Metro Ahad di HSJ mendapati ahli keluarga mangsa iaitu ibu bapanya serta datuk dan neneknya masih bersedih dengan kejadian dan enggan ditemubual.
Nenek mangsa yang ketika itu dilihat tidak dapat menahan kesedihan hanya mampu meraung dan memanggil nama cucunya sebelum ditenangkan anak dan menantunya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Superintendan Baharom Abu mengesahkan menerima laporan dan juga kejadian.
Menurutnya, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah dikesan.
Sumber myMetro

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP