GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 27 Februari 2014

ERRA AZIRA DAN AWIE TIDAK JADI BERPELUK DALAM TEATERIKAL SUARA KITA

SEBAHAGIAN babak Konsert Teaterikal Suara Kita yang dilakonkan Awie dan Erra di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Babak terlalu intim termasuk aksi berpelukan antara pelakon, Erra Fazira dan Awie dijangka digugurkan dalam persembahan Konsert Teaterikal Suara Kita yang akan berlangsung di Istana Budaya di sini pada 3 hingga 9 Mac ini.

Pengarah konsert itu, Erma Fatima menegaskan babak intim termasuk aksi berpelukan membabitkan kedua pelakon tersebut digugurkan daripada pementasan bagi menghormati status terkini Erra.
Menurut Erma, 46, perkara tersebut dilakukan selepas mendapat permintaan Erra yang tidak mahu ia menjadi isu memandangkan dia masih dalam edah selepas bercerai dengan Engku Emran pada minggu lalu.
“Pada mulanya, saya memang ada merancang untuk memaparkan babak intim seperti dalam filem lakonan mereka dahulu, tetapi setelah perbincangan dibuat, Erra meminta agar tidak melakukannya dan saya menghormati permintaannya itu.
“Sebagai seorang pengarah saya tidak mahu mencemarkan nama baiknya serta enggan perkara sebegini menjadi terlalu kecoh dan diperbesarkan oleh orang ramai. Jadi, yang akan dipaparkan nanti sekadar babak mesra yang tidak melampau,” ujarnya ketika ditemui semasa sesi latihan konsert berkenaan.
Erma berkata demikian ketika mengulas mengenai gambar Erra dan Awie berpelukan yang disiarkan kelmarin dalam akhbar Utusan Malaysia ketika menjalani latihan pementasan teater berkenaan.
Sementara itu, Erra, 40, yang turut ditemui berkata, dia juga risau dengan perkara tersebut kerana ia menyentuh sensitiviti dan ia perlu diambil kira memandangkan statusnya sekarang ini.
Ujarnya, dia merasakan adalah tidak bersesuaian sekiranya ada babak antara dia dengan Awie yang terlalu intim dan berlebihan.
Kosmo! semalam melaporkan pendakwah bebas, Mohd. Fauzi Mustaffa berkata, Erra perlu mengikuti batas seperti seorang isteri dan mematuhi hukum tertentu sepanjang tempoh edah seperti tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dengan keizinan bekas suaminya itu.
KOSMO!


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP