Mati dibaling mangkuk tandas
Tweet
Read more...
MANGSA mati di tempat kejadian.
Sao Paulo: Hanya 40 hari sebelum Brazil menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak Piala Dunia FIFA, seorang peminat mati selepas kepalanya terkena mangkuk tandas. Mangkuk tandas berkenaan dilontar dari tempat duduk penonton selepas perlawanan berlangsung di bandar Recife.
Mangsa, Paul Ricardo Gomes da Silva mati dalam kejadian selepas perlawanan antara kelab Santa Cruz dengan Parana di stadium Arruda, kelmarin.
Peminat yang bertindak liar mencabut tiga mangkuk tandas dari bilik air dan mencampaknya ke arah penonton di luar stadium.
Mangkuk tandas seberat 320 kilogram itu mengakibatkan peminat berusia 26 tahun berkenaan mati serta- merta di tempat kejadian.
Mangkuk tandas seberat 320 kilogram itu mengakibatkan peminat berusia 26 tahun berkenaan mati serta- merta di tempat kejadian.
Recife ialah satu daripada beberapa bandar yang akan menjadi tempat perlawanan Piala Dunia yang akan bermula 12 Jun depan.
Ibunya, Joelma memberitahu radio tempatan, “Mereka membunuh anak saya dan sekali gus membunuh saya. Saya tidak mahu kejadian yang menimpa saya menimpa orang lain.”
“Mangkuk tandas dibaling dari atas terkena kepala mangsa,” kata pegawai polis Recife, Wilson Queiroz.
“Ketika kejadian, mangsa bersama dengan seseorang namun semua orang lari meninggalkan tempat itu selepas ia berlaku,” katanya.
Lima perlawanan Piala Dunia akan berlangsung di Recife. Perlawanan itu akan berlangsung di stadium baru, Arena Pernambuco.
Menurut laporan televisyen, da Silva terbabit dalam pergaduhan dengan penyokong kelab lain selepas perlawanan berakhir dengan keputusan seri.

- Agensi