GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 5 Januari 2012

Bilionair maut makan daging kucing beracun



BEIJING: Kematian mengejut seorang bilionair di selatan China mendorong polis menyiasat kemungkinan dia maut akibat memakan daging kucing.

Long Liyuan, 49, mati pada 23 Disember lalu di wilayah Guangdong selepas berkongsi hidangan daging kucing rebus bersama dua lelaki lain ketika makan tengah hari.

Daging kucing rebus adalah menu lazim di selatan China.
Seorang daripada lelaki terbabit, Huang Guang, ditahan pada Jumaat lalu kerana disyaki mencampur racun ke dalam hidangan itu dengan sejenis herba.

Menurut polis, Huang dan Long mempunyai masalah perniagaan sesama mereka sebelum ini.

Huang - bertugas sebagai Timbalan Pengarah Pertanian Bajia di Guangdong - disyaki memasukkan sejenis pokok beracun yang boleh ditemui di hutan China.

Ketiga-tiga mereka jatuh sakit, tetapi Long akhirnya mati kerana dia memakan lebih banyak hidangan berkenaan. Individu ketiga dalam jamuan makan itu, Huang Wen - juga rakan Long - hanya menjamah sedikit daging berkenaan kerana ia “lebih pahit” daripada sepatutnya. Ketiga-tiga mereka pernah mengunjungi restoran berkenaan sebelum ini.- AP

* Sumber

Read more...

Kereta curi ditanam dalam tanah


* SEORANG anggota polis melihat rangka kereta yang ditanam di belakang rumah di Kampung La, Besut semalam.
KUALA TERENGGANU – Taktik terbaharu sindiket curi kenderaan yang melupuskan rangka kereta dengan menanamnya di dalam tanah berjaya dikesan pihak polis.
Kegiatan tersebut terbongkar selepas polis menyerbu sebuah rumah di Kampung La, Hulu Besut, Besut kira-kira pukul 6.30 petang kelmarin dan menemui rangka kereta ditanam di belakang rumah berkenaan.
Bagaimanapun, jenis kereta yang dipercayai dicuri itu masih belum diketahui.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manorahan berkata, taktik itu terbongkar susulan penahanan seorang penagih dadah pada 27 Disember lalu di depan sebuah rumah di kampung itu.
* Sumber Kosmo! Online

Read more...

Rabu, 4 Januari 2012

Video Eksklusif : Nur Amalina Che Bakri memberi jawapan kepada blogger blogger serta rakyat Malaysia

                                                     

* Semakin Comel Nur Amalina nih..



Read more...

Lima Jenis Kondom yang bikin ghairah



Sebagai salah satu alat kontrasepsi, penggunaan kondom bisa menjadi salah satu pilihan yang menyenangkan. Tetapi saat ini masih saja banyak pria beranggapan bahwa memakai kondom dapat menghambat ereksi dan mengganggu keintiman atau sensitivitas seks. 

Mulai sekarang buang jauh-jauh pikiran itu. Penggunaan kondom tidak selamanya akan mengurangi kenikmatan seksual Anda. Berikut ini adalah 5 jenis kondom yang bisa membuat aktivitas seks Anda menjadi lebih bergairah:

1. Flavoured kondom
Kondom ini tersedia dalam berbagai rasa seperti coklat, kopi, strawberry, mint, vanila dan banyak lagi. Ingat, jika Anda menggunakannya selalu pastikan bahwa kondom yang Anda pakai benar-benar bebas gula untuk menghindari infeksi jamur.

2. Dotted kondom
Jika Anda ingin mendapatkan kesenangan yang lebih dan berlipat-lipat ganda, kondom ini bisa menjadi solusinya. Pasalnya, kondom ini memiliki tekstur, sehingga akan menguntungkan baik untuk Anda atau pasangan. Kondom ini memiliki benjolan kecil yang terletak di kedua sisinya.

3. Super thin condoms
Kondom jenis ini sangat tipis, bahkan ketika memakainya Anda berasa tidak seperti sedang memakai kondom. Bentuknya yang transparan dengan lapisan tipis yang terbuat dari bahan sheerlon membuat sensasi terasa lebih nyata. Meski bentuknya sangat tipis, tetapi kondom ini tetap efektif untuk mencegah kehamilan dan PMS (peyakit menular seksual).

4. Pleasure-shaped condom
Jenis kondom ini dapat mempertinggi sensitivitas untuk kedua "mitra", kerana memiliki ujung yang longgar dan besar.

5. Glow in the dark condom


Jika Anda ingin merasakan suasana yang berbeda saat berhubungan seks, kondom ini bisa menjadi pilihan yang tepat. Pasalnya, ketika terkena cahaya selama 30 detik, kondom ini dapat bersinar dalam gelap. Jangan khawatir, kondom ini sama sekali tidak beracun dan memiliki tiga lapisan. Bagian dalam dan lapisan terluar terbuat dari lateks dan yang tengah berisi pigmen yang aman yang membuatnya bisa bersinar.


* Sumber healthkompas.com

Read more...

Perhilitan tangkap babi masuk taman perumahan


KULIM — Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menangkap dua ekor babi hutan yang menyelongkar tong sampah di Taman Desa Impian di sini dan menimbulkan kebimbangan penduduk.
Pegawai Perhilitan Daerah Kulim dan Baling, Razali Che Wan berkata, kedua-dua haiwan itu memasuki perangkap yang dipasang jabatan itu petang semalam.
Haiwan ini adalah daripada sekumpulan babi yang sering keluar mencari makan di sekitar taman perumahan itu, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Razali berkata, pihaknya akan terus memasang perangkap di sekitar Kampung Baru dan Air Merah bersebelahan Taman Desa Impian bagi menangkap saki baki haiwan tersebut.
— BERNAMA

Read more...

Anugerah Blog Nuffnang peringkat Asia Pasifik (Napbas).


* SEMUA pemenang pada malam anugerah dwi tahunan bergambar beramai-ramai selepas acara berakhir (  beautifulnara antara salah seorang pemenang )
BERTEMPAT di Grand Ballroom, Marriot Putrajaya pada malam minggu lalu, seramai 500 blogger yang berdaftar dengan pengiklanan blog, Nuffnang dari China, Singapura, Filipina dan Malaysia berkumpul bagi menghadiri majlis dwitahunan, Anugerah Blog Nuffnang peringkat Asia Pasifik (Napbas).
Sebanyak 13 kategori disediakan dalam pertandingan tersebut dengan kategori utama blog terbaik rantau Asia Pasifik dimenangi oleh blog Xiaxue.
Dalam ucapannya tatkala menerima trofi kemenangan, dia menceritakan kepada para hadirin mengenai keperitan yang ditanggungnya ketika mula-mula menulis blog pada tahun 2003.
“Ketika itu, tiada sesiapa pun yang menghormati saya dan kerja yang saya lakukan. Tetapi, saya terus menulis dan buat apa yang suka.
“Sehingga kini, kami telah dihormati malah, jenama dan syarikat sudah mula melihat kita berbanding media-media tradisional lain,” katanya yang menerima hadiah trofi dan tiket penerbangan sumbangan AirAsia.
Blog gaya hidup
Xiaxue atau nama sebenarnya Wendy Cheng Yan Yan, 27, berharap suatu hari nanti dapat membantu blog-blog yang baru hendak bermula supaya turut diterima oleh pelayar-pelayar Internet.
* XIAXUE menerima anugerah Blog Paling Berpengaruh daripada perintis Nuffnang, Timothy Tiah.
Blog Xiaxue merupakan sebuah blog yang memaparkan gaya hidup terutamanya di Singapura dengan bersifat santai melalui penggunaan bahasa-bahasa yang mudah.
Selain itu, dalam blognya, dia turut berkongsi tip dan pendapat mengenai sesuatu produk melalui perbandingan serta tahap penerimaan oleh pengguna.
Sehingga kini, blognya telah mencapai angka hit lebih 400,000 dengan 40,000 pelayar internet membaca blog Xiaxue setiap hari.
Selain memenangi anugerah blog terbaik bagi rantau Asia Pasifik, dia turut memenangi satu lagi kategori iaitu blog paling berpengaruh.
Sehingga kini, penulis blog yang mendaftar dengan Nuffnang berjumlah lebih 1 juta orang dari tujuh buah negara. Majlis anugerah yang diadakan setiap dua tahun sekali itu memilih pemenang dengan cara undian oleh orang ramai dan juri.
“Anugerah Blog Asia Pasifik adalah penanda aras kepada para blogger. Itu menunjukkan blog telah menawan rantau ini. Ia pantas berkembang dan mempengaruhi dalam tempoh singkat malah, ia menjadi sebahagian daripada gaya hidup,” kata pengasas bersama Nuffnang, Timothy Tiah.
Pada malam itu, para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan artis seperti James Baum dan Reshmonu selain sitkom oleh Harith Iskander.
Majlis yang dikemudi oleh Nadia Heng dan Liang itu turut menyaksikan pengendali blog hiburan Malaysia, beautifulnara.com menang anugerah blog hiburan terbaik.

* Sumber Kosmo! Online



Read more...

Akibat berlaku Curang : Kekasih gelap mati dibelasah



Suami berang terserempak isteri bermesra dengan rakan sendiri 

JOHOR BAHRU: Berang selepas mengesyaki isterinya berlaku curang dengan mengadakan hubungan sulit dengan rakannya sendiri, seorang suami membelasah lelaki berkenaan hingga mati dalam kejadian di pinggir bandar raya ini, malam kelmarin. 

Kejadian berlaku di tempat letak kenderaan sebuah pasar raya dekat Plentong di sini, kira-kira jam 9.30 malam sejurus suami berusia 41 tahun itu terserempak isterinya bersama mangsa yang berusia 39 tahun. Melihat kemesraan isterinya dengan lelaki itu, suaminya dipercayai gagal mengawal kemarahannya lalu bersemuka dan menyerang dengan memukul serta menikam mangsa hingga rebah berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin yang enggan mendedahkan punca kejadian, berkata mangsa meninggal dunia ketika dihantar untuk rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI). 

“Mangsa disahkan mati akibat pendarahan teruk terkena tikaman senjata tajam yang digunakan suspek dalam serangan itu. Suspek cuba melarikan diri selepas kejadian itu, tetapi berjaya ditahan polis untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

“Polis sedang menjalankan siasatan rapi bagi mengenal pasti motif dan punca pembunuhan. Mayat mangsa dibedah siasat oleh Jabatan Forensik HSI sebelum diserahkan kepada warisnya untuk pengebumian,” katanya semalam. 
Tinjauan mendapati keluarga termasuk isteri mangsa yang masih terkejut dengan kejadian berada di Jabatan Forensik HSI untuk menuntut mayat suaminya. 

Beberapa saudara terdekat wanita terbabit memaklumkan suri rumah itu masih terkejut dan sedang bersedih dengan tragedi itu dan enggan bertemu media. 


* Sumber Berita Harian Online

Read more...

Beyonce tepis gosip sudah bersalin


NEW YORK - Penyanyi terkenal, Beyonce (gambar ) yang sedang hamil makan di sebuah restoran bersama dengan suaminya yang juga penyanyi Jay Z di Brooklyn di sini menjelang tahun baru pada Sabtu lalu.
Menurut laman Radar Online, pasangan itu menikmati hidangan yang disajikan dalam senarai makanan kelas A di restoran tersebut.
Beyonce dilaporkan makan udang, daging itik coklat dan jus itik.
Beberapa laporan lain menyatakan Beyonce makan ayam goreng manakala jay Z, 42, memakan tiram.
Berita itu menepis gosip yang disebarkan pada Jumaat lalu bahawa Beyonce, 30, sudah melahirkan seorang anak perempuan di Hospital St. Luke's-Roosevelt, Manhattan, New York.
Gosip yang tersebar luas itu menyatakan nama anak perempuan Beyonce itu ialah Tiana May Carter. - Agensi
* Sumber

Read more...

Lelaki gagal curi kereta api untuk kekasih



PATNA: Polis menahan seorang lelaki kerana cuba mencuri sebuah kereta api ekspres gara-gara niatnya untuk memberikannya sebagai ‘hadiah Tahun Baru’ kepada teman wanitanya.

Lelaki terbabit, Ketan Kumar, 25, menaiki Ekspres Amrapali 15708 ke Katihar dari utara India, Amritsar pada malam tahun baru dan mengacu pistol ke kepala pemandu ketika mengarahkannya memberhentikan kereta api berkenaan.
Kejadian berlaku pada pukul 8 malam waktu tempatan. Apabila pemandu, Janardan Paswan enggan mematuhi arahan berkenaan, Kumar menyerangnya dengan memukulnya menggunakan pistol terbabit, kata polis. 

Penumpang kereta api yang mendengar bunyi bising bergegas membantu. Mereka bergelut dengan Kumar dan membelasahnya sebelum menyerahkannya kepada anggota polis yang ditugaskan mengawal kereta api. 

Polis kemudian mengambil keterangan Kumar dan disumbat dalam penjara selepas itu. 

“Shah Jahan membina Taj Mahal sebagai memperingati isterinya, Mumtaz Mahal. Oleh sebab itu, saya mahu mengambil alih enjin kereta api berkenaan dan memberikannya sebagai hadiah kepada teman wanita saya tetapi polis menghalang rancangan saya,” kata pemuda itu kepada pihak berkuasa. 

Kumar juga enggan mendedahkan nama teman wanitanya. “Saya tidak akan dedahkan nama teman wanita saya,” katanya selepas digari dan terus membantah tindakan polis menahannya. 

Polis turut mendakwa Kumar atas tuduhan bertindak membahayakan nyawa beratus-ratus penumpang kereta api itu. Dia terus ditahan reman sehingga menunggu perbicaraan. – Agensi 


* Sumber

Read more...

Lady Gaga didakwa mandi darah

                                                                        Lady Gaga


LONDON: Penyanyi yang sering muncul dengan kostum pelik, Lady Gaga juga dianggap mempunyai tabiat pelik, terbaru membiarkan cecair merah umpama darah dalam tab mandi. 

Perkara itu menjadi perbualan hangat pekerja hotel mewah di sini, Intercontinental, mengenai cecair merah di suite penginapannya.
Seorang pekerja yang mengemas bilik penyanyi itu mendakwa ‘Lady Gaga mandi darah sebagai sebahagian upacara ilmu hitam.’
Katanya kepada laman web Truthquake: “Lady Gaga meninggalkan banyak darah dalam suite itu ketika menginap di sini. Kejadian itu turut dilaporkan kepada petugas lain dan mereka diminta melupakannya.” 

Seorang lagi pekerja berkata: “Semua pekerja hotel yakin dia memang mandi menggunakan cecair itu atau mungkin juga menggunakannya sebagai satu unsur kostum peliknya di pentas.” 

Seorang wartawan, bagaimanapun, berpendapat cecair itu mungkin satu elemen yang digunakan Lady Gaga di atas pentas dan dia terlupa membuangnya. 

Penyanyi itu memang terkenal dengan penampilan tersendiri ketika membuat persembahan. 
Contohnya, tahun lalu, dia memakai pakaian yang diperbuat daripada daging ketika mengambil bahagian dalam Anugerah Video Muzik MTV 2010. – Agensi 


* Sumber

Read more...

Kereta 200cc dikeluarkan di India


* PENGARAH Urusan Bajaj Auto, Rajiv Bajaj bergambar dengan kereta 200cc, RE60 di New Delhi semalam.
NEW DELHI - Pengeluar kereta Bajaj Auto di India mendedahkan sebuah kereta berkuasa 200cc yang hanya mengeluarkan 60 gram karbon dioksida bagi setiap kilometer.
Kereta itu yang dinamakan RE60 yang bergerak sejauh 35 kilometer bagi setiap satu liter petrol akan memasuki pasaran kenderaan berharga murah di negara ini.
Namun, harga kereta itu tidak didedahkan oleh Pengarah Urusan Bajaj Auto, Rajiv Bajaj.
Kereta itu untuk dinaiki seramai empat orang yang mempunyai kelajuan 70 kilometer sejam dan berat hanya 400 kilogram.
Ia dibina khas untuk kegunaan pengguna bandar. - AFP
* Sumber

Read more...

Jambatan kayu unik di Afghanistan


* SEBUAH van bergerak di atas jambatan kayu di wilayah Daykundi semalam
KABUL - Sebuah jambatan kayu menjadi tumpuan pergerakan kereta dan van di wilayah Daykundi, Afghanistan.
Jambatan itu menghubungkan dua kawasan berbukit di wilayah berkenaan.
Ibu kota Daykundi ialah Nili yang terletak 310 kilometer dari Kabul. - AFP
* Sumber

Read more...

Kereta mesra alam serba boleh


* KERETA yang dihasilkan uintuk pertandingan anjuran syarikat Volkswagen.

BEIJING: Seorang pencipta China menghasilkan rekaan baru sebuah kereta yang menakjubkan, yang boleh bergerak di atas jalan tar, pasir, ais dan juga air.

Kenderaan itu yang mempunyai kelajuan maksimum 92 kilometer sejam dan beroperasi seperti hoverkraf, boleh bergerak antara permukaan itu tanpa gangguan.

Yuhan Zhang, 21, menghasilkan kereta yang diberi nama Volskwagen Aqua untuk menyertai pertandingan anjuran syarikat pembuat kereta Jerman itu.

Ia dilengkapi dengan empat kipas dan digabungkan dengan dua beg angin yang boleh menggelembung untuk membolehkannya bergerak seperti hoverkraf.

Ia juga mesra alam kerana kedua-dua motornya menggunakan kuasa hidrogen tanpa mengeluarkan sebarang karbon.

Satu daripada motor itu menggelembungkan ‘skirt’ di sekeliling kenderaan itu untuk membolehkannya terapung sementara satu lagi memacunya ke depan dan mengawal arah.

“Tidak ada pengangkutan yang lebih baik daripada kenderaan kusyen udara kerana ia boleh bergerak dengan baik di darat, ais dan air.

“Saya berharap Aqua satu hari nanti akan menjadi kereta super yang mampu dimiliki oleh orang awam,” kata Zhang.

Peserta pertandingan berkenaan dikehendaki menghasilkan sebuah kenderaan yang boleh digunakan di luar jalan raya. - Agensi

* Sumber


Read more...

Padah keluar dengan isteri rakan baik



JOHOR BAHRU: Padah keluar dengan isteri kenalan baik, seorang lelaki maut dibelasah dan ditikam suami kepada wanita terbabit menggunakan objek tajam di sebuah pasar raya di Plentong di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa, Sarmin Arsad, 40, dikatakan baru selesai membeli-belah bersama wanita berusia lingkungan 30-an terbabit.

Difahamkan, suspek yang terserempak dengan isterinya bersama Sarmin di perkarangan tempat letak kenderaan pasar raya berkenaan terkejut melihat gelagat dan aksi mereka ketika berjalan bersama.

Suspek yang berang menyaksikan perkara itu terus menyerang mangsa dan menghamburkan kata-kata kesat sebelum nekad menyerang serta menikam Sarmin.

Akibat panik dengan tindakannya sendiri, suspek melarikan diri manakala Sarmin dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk rawatan.

Sarmin bagaimanapun disahkan mati sejurus tiba di HSI.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, mangsa mati ketika dalam perjalanan ke HSI akibat pendarahan teruk selepas dibelasah dan ditikam di dada sebelah kiri menggunakan objek tajam.

“Suspek yang berusia 41 tahun melarikan diri sejurus kejadian namun kami berjaya menahannya beberapa jam selepas itu. Dia kini direman untuk siasatan lanjut.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HSI untuk bedah siasat dan kejadian terbabit mencetuskan suasana panik di kalangan pelanggan pasar raya berkenaan,” katanya.

Menurut Roslan, pihaknya masih menyiasat motif sebenar kejadian dan orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kes diminta tampil membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

* Sumber myMetro

Read more...

Siang malam jual ayam


* Empat wanita warga Vietnam ditahan dalam operasi di sebuah restoran di Jalan Inai, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Siang jual nasi ayam, malam jadi pegawai perhubungan pelanggan (GRO).
Rahsia tersebut terbongkar apabila sebuah premis di Jalan Inai di sini diserbu sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur semalam.
Serbuan dari pukul 1 hingga 4 pagi itu membawa kepada penahanan lima GRO warga Vietnam yang berusia dalam lingkungan 20-an.
Ketika ditahan, kelima-lima gadis itu sedang ghairah melayan pelanggan-pelanggan dalam restoran yang berubah konsep ala pub pada sebelah malam.
Ketua Operasi D7, Deputi Supritendan Azman Mat Isa berkata, serbuan dilakukan selepas polis menerima maklumat mengenai kegiatan di premis itu dan hasil risikan yang dilakukan sejak seminggu lalu.
“Pemilik restoran makanan nasi ayam itu hanya menyediakan khidmat GRO di premis miliknya pada waktu malam bagi mengelakkan kegiatannya dihidu pihak berkuasa,” kata beliau ketika ditemui selepas serbuan itu semalam.
* Sumber Kosmo! Online

Read more...

Gaji minimum RM900 bakal dilaksana Julai



Lebih lima juta pekerja swasta nikmati manfaat

KUALA LUMPUR: Cadangan gaji minimum RM900 yang diputuskan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) bulan lalu akan dibentangkan ke Kabinet hari ini, manakala pelaksanaannya dijangka berkuat kuasa Julai ini.
Ini bermakna lebih lima juta pekerja sektor swasta termasuk tenaga asing di pelbagai industri termasuk perladangan serta pembinaan akan menerima manfaat itu, kecuali sektor pembantu rumah dan pekerja yang mengikuti skim latihan.
Sumber berkata, penetapan RM900 dipersetujui sebulat suara, termasuk wakil Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), manakala laporan terperinci MPGN sudah dihantar kepada Kementerian Sumber Manusia, baru-baru ini.

“Jawatankuasa teknikal MPGN sudah selesai menjalankan tanggungjawabnya dan kami difahamkan laporan MPGN itu akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet esok (hari ini) oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

“Semua pihak yang terbabit dalam MPGN bersetuju RM900 sebagai gaji minimum. Malah, laporan itu turut disertakan tempoh pelaksanaannya iaitu dalam tempoh enam bulan selepas mendapat persetujuan Kabinet,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Pada 2010, bekas Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud, berkata kira-kira 2.2 juta pekerja tempatan menerima gaji pokok di bawah RM1,000 sebulan dengan lebih 1.8 juta daripadanya berpendapatan di bawah paras kemiskinan dan kemiskinan tegar. 


MTUC sebagai kesatuan sekerja terbesar mewakili pekerja sektor swasta negara, memperjuangkan isu gaji minimum sejak 1999 bagi memastikan tiada pekerja menerima gaji di bawah paras kemiskinan.

Sumber itu berkata, pelaksanaan gaji minimum mampu mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga pekerja asing, selain mampu menarik minat pekerja tempatan untuk bekerja dalam negara.

“Namun, MPGN hanya menetapkan gaji minimum..., tidak membuat sebarang keputusan atau perbincangan lain mengenai elaun sara hidup (COLA) sebanyak RM300 seperti diperjuangkan MTUC sebelum ini,” katanya. 


* Sumber Berita Harian Online

Read more...

Isu Foto Sosial Nur Amalina : '' Nur Amalina mangsa fitnah ''



JOHOR BAHRU: “Semua itu tidak benar! Anak saya masih meneruskan pengajian di tahun akhir dalam bidang perubatan,” kata Sabariah Hassan, 52, ibu pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri.

Sabariah berkata demikian ketika mengulas dakwaan anaknya gagal dalam pengajian kerana mengamalkan gaya hidup bebas seperti tersiar dalam sebuah blog dan kini tersebar luas di Internet termasuk menerusi laman sosial facebook. 

* KENANGAN...gambar Sabariah dan anaknya ketika menerima keputusan SPM pada 2004

Menurut Sabariah, Nur Amalina, 23, yang menuntut di Universiti Edinburgh, Scotland, United Kingdom (UK) baru menamatkan pengajian dalam bidang farmakologi dan kini meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di tahun akhir.

“Nur Amalina sedang menjalani latihan praktikal di sebuah pusat perubatan di sana (UK) dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei 2013 sebelum kembali ke Malaysia.

“Malah, dia kini bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan yang akan dijadikan rujukan kepada pensyarah, pelajar dan pengamal perbuatan. Buku itu dalam proses akhir untuk disiapkan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Read more...

Selasa, 3 Januari 2012

Ada pertandingan Payudara tercantik di Thailand (18sx)



Dunia betul-betul semakin gila. Bayangkan Thailand menganjurkan satu pertandingan untuk mencari satu payudara tercantik. Bukan itu sahaja, malah payudara terbesar akan mendapat penghargaan oleh pihak juri. 


Pemenang pertandingan ini akan menerima hadiah wang tunai sebanyak 10000 baht ataupun 3 juta. Disebabkan duit sebanyak itu, mereka sanggup menggadaikan payudara mereka untuk dipegang oleh pihak juri..


Kalau korang nak tahu semua peserta adalah daripada model yang mempunyai badan yang cantik dan unik. Yang tak tahannya mereka membiarkan sahaja para juri yang terdiri daripada lelaki dan perempuan meraba payudara mereka.


* Sumber


Read more...

Pemandu lori curi seluar dalam dipenjara sebulan


KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah kerana mencuri dua kotak seluar dalam di sebuah kompleks membeli-belah dan gagal menunjukkan kad pengenalannya, dua hari lalu.

Majistret Mohd Azali Ibrahim memerintahkan M. Tharmalingan, 29, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada Ahad lalu. 

Tharmalingan mencuri dua kotak seluar dalam jenama Alain Delon bernilai RM30 di UO Shopping Complex, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini pada jam 2.47 petang, 1 Jan lepas mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Dia juga dituduh kerana kegagalan menunjukkan kad pengenalannya ketika diminta berbuat demikian oleh polis pada pukul 3 petang di tempat dan tarikh yang sama.

Ketika membuat rayuan, peguam Farkhana Omar, yang mewakili Tharmalingan berkata kliennya itu memperoleh pendapatan RM2,000 sebulan.

Timbalan Pendakwa raya Loh Wei Dhin mengendalikan pendakwaan. - Bernama

* Sumber

Read more...

Dua Anggota 'Boboi' Sertai Umno


* Afdlin dan Harun sah menjadi ahli Umno. Foto THE STAR oleh AZMAN GHANI.
KUALA LUMPUR: Dua anggota kumpulan Boboi daripada program Maharaja Lawak Mega (MLM) iaitu Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik dengan rasminya menjadi ahli Umno apabila mereka menyerahkan borong keahlian pertubuhan itu pada Selasa.
Kedua-dua pelawak berkenaan menyerahkan borang kepada Setiausaha Kerja Umno Pusat, Datuk Abd Rauf Jusoh di ibu pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Afdlin ketika ditemui berkata, dia menganggotai Umno dalam usaha menarik lebih ramai golongan belia untuk menyertai parti itu.
Katanya, dia sendiri sudah lama menjadi pemerhati terhadap pertubuhan politik dan meletakkan keyakinan tinggi kepada Umno terutamanya di bawah kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Sejak mula mengundi saya telah mengikut semua perjalanan Umno dan cukup mengagumi semua tokoh-tokoh yang telah membangunkan negara.
"Penyertaan saya ini adalah sebagai tanda sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri dan berharap dapat menarik lebih banyak golongan muda dan peminat menyertai Umno," ujarnya.
Dalam pada itu, Afdlin berkata, wakil daripada golongan artis dalam sesebuah parti politik memainkan peranan penting kerana sedikit sebanyak ia dapat mempengaruhi dan sekali gus menaikkan imej sesebuah parti itu.
"Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sendiri menggunakan golongan artis untuk membantu meningkatkan imejnya selain bertujuan memancing undi. Ternyata strategi itu berjaya.
"Penyertaan kami juga diharap dapat membuka hati peminat-peminat kami yang menyokong parti lain supaya mengikut jejak langkah kami menyertai Umno," ujarnya.
Sementara itu, mengulas penglibatan sebagai ahli baru pertubuhan itu, Harun berkata, dia tidak berfikir panjang mengenai perkara tersebut kerana ia adalah keputusan bijak dan tepat.
Kedudukannya sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) kata Harun dan penglibatan dalam Umno juga dilihat dapat memberi kelebihan kepada industri seni kerana ia dapat membantu golongan artis pada masa hadapan.
"Penyertaan ini bukan bersifat peribadi atau kerana gilakan pangkat tetapi lebih kepada kami memainkan peranan sebagai seorang selebriti yang dilihat dapat menarik golongan muda menyertai Umno."Malah saya sendiri sebagai Presiden Seniman dapat menggalakkan lebih ramai penggiat seni mengikut jejak saya," ujarnya.
Afdlin dan Harun masing-masing menjadi ahli Umno bagi cawangan Dataran Merdeka, bahagian Bukit Bintang sebagai ahli biasa.
Dalam perkembangan lain, Abd Rauf berkata, kemasukan kedua-dua pelakon dan pelawak itu bukan sekadar perhiasan dalam parti itu sebaliknya dapat mendukung wawasan parti berkenaan supaya dapat dijadikan contoh kepada golongan belia di negara ini.
Katanya, suara golongan artis yang sering dekat dengan peminat dilihat dapat memainkan peranan baik dalam menyampaikan misi dan visi parti itu.
* Sumber mStar Online

Read more...

Waspada dengan panggilan daripada Bukit Aman


KUALA LUMPUR - Polis mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan panggilan daripada individu menggunakan nombor telefon Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang mahu membantu mengurangkan kadar saman trafik.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kebelakangan ini, polis menerima tidak kurang 50 aduan setiap hari berhubung penggunaan nombor 03-22662222/03-22663444 dan beberapa sambungan lain di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Kebanyakan pemanggil akan memperdaya penerima bahawa mereka boleh mengurangkan kadar saman trafik dengan syarat pembayaran mesti dilakukan dengan memasukkan duit ke akaun bank pemanggil, katanya.
Untuk itu, Ramli menasihatkan orang ramai agar mendapatkan butiran pemanggil seperti meminta pemanggil memberikan nama, pangkat dan jawatan serta memberitahu akan memanggil semula si pemanggil menggunakan nombor yang tertera di skrin.
"Proses verifikasi seperti ini boleh mencegah kejadian penipuan kononnya daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman,” katanya.
Ramli berkata, polis telah menerima beberapa laporan mengenai penipuan menggunakan nombor talian ini daripada orang ramai dan pihaknya akan menyiasat dengan segera.
Beliau juga berkata, semakan panggilan melalui sistemnya dan Telekom Malaysia Berhad juga mendapati tiada panggilan keluar oleh pihak polis dibuat ke atas nombor yang dinyatakan pengadu. - BERNAMA
* Sumber

Read more...

Cari Sensasi Pasangan Bogel memasuki Restoran

GALESBURG- Sepasang muda-mudi ditangkap di Negara Illinois, Amerika Syarikat, menyusul tindakan tidak senonoh yang mereka lakukan.

Pasangan lelaki dan wanita berusia muda ini, ditangkap ketika mereka berhenti di restoran cepat saji McDonald dalam keadaan tanpa pakaian.

"Saya meliha tlelaki itu sedang membongkok sedangkan wanita berusaha menutupi tubuhnya dengan selimut," ujar petugas polis Galesburg  seperti dipetik Telegram, Jumaat, (30/12/2011).

Dalam keterangannya pada pihak berwajib, sepasang muda-mudi itu mengaku mereka melakukan hal tersebut kerana menurut mereka itu adalah sebuah hal yang lucu.

Setelah ditahan beberapa waktu, pasangan ini akan menjalani persidangan dengan tuduhan melakukan perbuatan tidak terpuji.


* Sumber Okezone.com

Read more...

Makanan ringan berbahaya



LONDON 2 Jan. - Kajian terbaru mendapati makanan ringan bukan sahaja merosakkan gigi dan menambah berat badan tetapi ia turut merosakkan otak.

Ini berikutan bahan kimia lemak trans yang ditemui dalam makanan berminyak dan makanan yang diproses, menghantar isyarat bercampur serta merosakkan otak.

Keadaan itu menyebabkan keupayaan otak untuk mengawal selera makan berkurangan.

Penyelidik dari Universiti Sains dan Kesihatan Oregon, Gene Bowman berkata, pada dasarnya, dengan makan makanan ringan, otak lama-kelamaan semakin tidak berupaya dan tidak sedar apa yang telah dimakan dan membuatkan seseorang itu terus lapar dan makan.

‘‘Ia jelas lemak trans tidak baik untuk jantung dan otak,’’ katanya.

Kerosakan otak merupakan perkara terbaru dalam senarai masalah kesihatan yang berlaku ekoran pemakanan lemak trans atau lemak tidak tepu.

Walaupun, kajian Bowman agak terhad kepada responden di kalangan golongan berumur berkulit putih di Oregon, tetapi ia disokong oleh kajian-kajian sebelum ini yang mengutarakan perbezaan kesan makanan ringan yang sedap dan tidak sedap.

Restoran di New York dan Switzerland mengharamkan hidangan makanan yang mengandungi lemak trans. – AGENSI

* Sumber

Read more...

Gadis 13 tahun ditangkap khalwat




AMPANG: Seorang remaja perempuan ditahan bersama kekasihnya dalam bilik hotel bajet di Taman Melawati, di sini awal pagi kelmarin.

Dalam serbuan jam 3 pagi yang dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), remaja 13 tahun itu mengaku menyewa hotel berkenaan dengan harga RM30 semalam bagi meraikan tahun baru bersama kekasihnya.

Menurut sumber polis, pasangan itu menyewa bilik hotel itu mulai jam 1 tengah hari dan melakukan hubungan seks beberapa kali sebelum dicekup.

Katanya, remaja itu mengaku melakukan hubungan asmara bersama kekasihnya yang berusia 23 tahun kerana menyintai lelaki itu yang dianggap pelindung dan baik hati.

“Remaja terbabit bersama teman lelakinya dibawa ke Balai Polis Taman Melawati untuk dirakam keterangan,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

* Sumber myMetro

Read more...

Petinju wanita Afganistan mimpikan emas sukan Olimpik


* SADAF RAHIMI (dua dari kanan) mengangkat berat dalam satu latihan di Stadium Ghazi, Kabul pada 28 Disember lalu.
KABUL - Sejumlah remaja wanita di sini berlatih di Stadium Ghazi dengan impian untuk mendapatkan emas dalam Sukan Olimpik.
Mereka berlatih di gimnasium stadium itu yang mempunyai tikar berwarna merah jambu dan hijau, empat guni beg untuk ditumbuk dan tingkap kaca yang pecah.
"Saya bercita-cia untuk menjadi seorang petinju. Pada mulanya, bapa saya tidak bersetuju dengan saya. Dia berkata, wanita tidak sepatutnya menjadi petinju," kata seorang remaja perempuan, Sadaf Rahimi yang berusia 19 tahun.
"Selepas saya memperoleh pingat pertama, dia (bapanya) mengubah pendiriannya," katanya.
Setiap tiga kali seminggu, remaja perempuan akan berlatih di stadium tersebut.
Pasukan wanita itu ditubuhkan pada 2007 oleh Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Afghanistan untuk menggalakkan wanita supaya yakin terhadap diri mereka. - Reuters
* Sumber

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP