GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 20 Jun 2013

11,000 tong sampah percuma diagih kepada penduduk

JERANTUT 19 Jun - Alam Flora Sendirian Berhad mengagihkan secara percuma sebanyak 11,000 tong sampah mudah alih model baharu kepada penduduk taman perumahan dan premis perniagaan di sekitar bandar ini kelmarin.


Antara kawasan agihan tong berkenaan ialah di Taman Inderapura Fasa Satu, Dua dan Tiga, Taman Angsana, Taman Angsana Height, Taman Woodland dan Taman Woodland Height.



Penyelia Operasi Alam Flora Jerantut, Muhammad Ammar Asyraf Azmi berkata, agihan tong sampah berkenaan untuk kegunaan selama tujuh tahun dan dapat diselaraskan dengan lori pengangkut sampah yang bakal beroperasi tidak lama lagi.

Beliau berkata, penukaran tong sisa pepejal mudah alih baharu itu bertujuan diselaraskan dengan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam yang bermula 1 September 2011 dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PSSPPA).



"Tong ini boleh diselaraskan dengan lori pengangkut dan memberi keselesaan kepada pekerja Alam Flora yang tidak perlu lagi memegang sampah dalam plastik kerana boleh terus dipunggah dan dituang ke dalam lori.

"Alam Flora meminta penghuni kediaman atau pemilik premis perniagaan meletakkan semua sisa pepejal atau sampah basah dan lembut ke dalam pembalut plastik dan diikat kemas agar tidak terkeluar daripada beg plastik berkenaan bagi memudahkan pemunggahan," katanya.

Menurut beliau, penduduk perlu mengasingkan cecair daripada makanan sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik sampah untuk mengelakkan mudah pecah apabila terlampau berat dan sarat.



Katanya, Alam Flora juga meminta penduduk tidak membuang bahan berbahaya seperti alat picagari, bateri, cat, tin semburan serangga ke dalam tong tersebut kerana syarikat itu sudah menyediakan jadual pengambilan sampah pukal pada hari yang ditetapkan.


Sehubungan itu, katanya, jadual pungutan sampah akan dilakukan dua kali seminggu di semua kawasan perumahan dan sekali bagi memunggah bahan sisa pukal menerusi jadual operasi yang akan diedarkan untuk makluman penduduk bandar ini dalam masa terdekat.

"Kita juga menasihatkan penduduk jangan membuang bahan sisa bara api, sampah kebun dan bahan pepejal lain ke dalam tong baharu yang berkemungkinan mudah terbakar," ujarnya.

Sumber Utusan 




Read more...

Karavan bersalut emas

KENDERAAN mewah EleMMent Palazzo yang disalut emas.
Dubai: Di negara yang terkenal dengan kemewahan rakyatnya berbelanja, rumah bergerak atau karavan bukanlah sesuatu yang diminati.
Bagaimanapun, penduduk Dubai mungkin perlu berfikir lebih daripada sekali apabila melihat sebuah kenderaan yang boleh dijadikan rumah bergerak ini.
Kenderaan sepanjang 12 meter ini dilengkapi pelbagai keistimewaan, termasuk kemasan emas pada badannya.
Ia dijangka dijual pada harga RM8.4 juta seunit dan bakal menjalar di jalan raya Dubai tidak lama lagi. Pengeluarnya, Marchi Mobile, mengesahkan kenderaan dikenali sebagai EleMMent Palazzo itu sedang disiapkan sebelum diperkenalkan di Dubai.
RUANG pemandu dalam kenderaan EleMMent Palazzo.
Ketua Pengurus Jenama Marchi Mobile, Juliane Rönisch berkata, sejumlah pengguna dari Dubai menunjukkan minat mendapatkan kenderaan syarikat Jerman - Austria itu. “Ketika ini kami mengeluarkan antara lima hingga 10 unit EleMMent Palazzo setahun dan ia dihantar ke seluruh dunia,” katanya. Juliane berkata, kenderaan tempahan khas itu boleh mencecah harga lebih mahal jika kemasannya ditambah dengan emas. Bagi syarikat itu, katanya, model komersial kenderaan itu boleh diperoleh dengan harga minimum RM3.2 juta. “Untuk model lebih mewah, harganya ialah dua juta euro (RM8.4 juta) setiap satu,” katanya. Bagaimanapun, ketika ini model Marchi Mobile itu tidak dipamerkan di Dubai.
Kata Juliane, mereka juga tidak bercadang membuka cawangan tetap di Emiriah Arab Bersatu atau mana-mana negara Teluk.
“Tetapi ketetapan itu mungkin boleh berubah,” katanya. Sementara itu, kenyataan syarikat Marchi Mobile menyebut, siri mode EleMMent itu bukan sekadar kenderaan konsep, sebaliknya sedia dihasilkan dalam unit terhad. EleMMent Palazzo boleh dilengkapi pelbagai ciri kemewahan, seperti bumbung terbuka, bumbung telus cahaya dan tangga. 
- Agensi (myMetro)

Read more...

Pelatih PLKN Lahir Bayi Lelaki Di Tandas Kem

MUAR: Seorang pelatih yang sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Sri Ledang, Jementah, Segamat melahirkan seorang bayi lelaki dalam tandas kem tersebut pada Rabu.
Pengurusan kem tersebut yang menyedari remaja berkenaan melahirkan bayi dalam tandas pada kira-kira pukul 3 pagi segera mengejarkan ibu berusia 18 tahun itu bersama bayi seberat 2.7 kilogram ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.
Bagaimanapun, bayi lelaki tersebut meninggal dunia tidak lama selepas itu,manakala keadaan ibu muda terbabit dalam yang sedang dirawat tidak membimbangkan.
Pengarah hospital Dr Selahudeen Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan ada menerima seorang pesakit remaja bersama bayi lelaki.
"Kita akan menjalankan bedah siasat ke atas bayi itu esok untuk mengenalpasti punca kematiannya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut. 
- BERNAMA

Read more...

Premis hiburan degil tawar s3ks diserbu

ANGGOTA polis menemui jubah yang akan disarungkan oleh GRO paling cantik dalam serbuan di sebuah pub di Sunway Mentari, Petaling Jaya kelmarin.

PETALING JAYA - Usaha sekumpulan 44 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) untuk meloloskan diri melalui pintu belakang sebaik menyedari pusat hiburan tempat mereka bekerja diserbu tidak berhasil menyebabkan kesemuanya ditahan kelmarin.
Serbuan pukul 11.45 malam di sebuah pub di Jalan PJS 8/4, Sunway Mentari di sini itu dilakukan pasukan polis daripada cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman hasil risikan serta maklumat orang awam.
Pegawai operasi D7 Bukit Aman, Asisten Superintendan Shahrul Nizam Jaafar berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 22 warga Thailand, Vietnam (13), Filipina (2) dan seorang warga China.
Turut ditahan ialah enam wanita warga tempatan yang kesemuanya berusia 21 hingga 35 tahun.
"Ketika serbuan, terdapat kira-kira 80 pelanggan selain pekerja di dalam pub. Kita turut menahan pemilik premis itu bagi membantu siasatan," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Read more...

Rabu, 19 Jun 2013

Klip video rakaman penebat kilat terjatuh kini beredar di laman Facebook

GEORGETOWN: Hampir 7,000 pengguna laman sosial Facebook berkongsi klip video ringkas detik cemas insiden penebat kilat terjatuh di Jalan Macalister di sini Khamis lalu. 

Video berdurasi 15 saat bertajuk 'Before accident at Umno building...PDRM CCTV' itu menunjukkan penebat kilat terjunam dan menghempap jalan serta mengenai beberapa kenderaan termasuk sebuah kereta jenis Honda City berwarna gelap dipercayai milik, Lim Chin Aik, 44. 


Video itu dimuat naik individu tidak dikenali. 
Dalam kejadian angin kencang pukul 6.45 malam itu, penebat kilat sepanjang 20 meter yang terletak di atas bangunan Menara Umno itu runtuh dan menghasilkan lubang sedalam lima meter.

Polis sebelum ini mengesahkan nombor casis kereta yang terbenam itu sepadan dengan kereta milik mangsa yang dilapor hilang sejak hari kejadian selepas keluar mengambil anaknya di sekolah. 

Kejadian itu juga meragut nyawa kelindan lori tong gas, Jahir Sulaiman, 46, yang meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hospital Pulau Pinang selepas kepalanya cedera parah ditimpa serpihan konkrit penebat kilat itu.

Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada sidang akhbar di sini hari ini menayangkan klip video yang diambil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Jalan Macalister kepada keluarga mangsa dan media. 


Antara ahli keluarga mangsa yang hadir menyaksikan klip video itu ialah ibu bapa mangsa, Ang Kim Hooi@Ang Kim Looi, 70, dan Lim Tian Chor, 73. 


- BERNAMA


Read more...

Adun diserang Selepas Tegur Wanita Lakukan Pembakaran Terbuka

Ong menunjukkan jam tangannya yang rosak dalam kejadian beliau diserang oleh seorang wanita selepas beliau menasihatinya supaya tidak melakukan pembakaran terbuka di kawasan kejiranan di Taman Intan, Sungai Petani. Foto ihsan CHINA PRESS
BUKIT MERTAJAM: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Berapit, Lydia Ong Kok Fooi mengalami beberapa kecederaan kecil apabila seorang wanita didakwa menyerangnya, selepas Ong menasihatinya supaya tidak melakukan pembakaran terbuka di kawasan kejiranan.
Ong, 48, berkata, beliau mengalami lembam pada bahunya dan kedua-dua tangan selepas seorang wanita menyerangnya dengan batang buluh.
Ong berkata, beliau ketika itu sedang memandu pulang ke rumahnya di Taman Intan di sini pada kira-kira pukul 7 petang pada Selasa apabila beliau mendapati wanita berkenaan membakar sampah di padang terbuka di taman permainan awam berhampiran.
“Apabila saya mula memberitahu wanita itu untuk tidak membakar secara terbuka, wanita itu berkata dia tidak peduli malah sekiranya dia melakukannya di hadapan rumah saya.
Ong meninjau lokasi seorang wanita yang melakukan pembakaran secara terbuka di kawasan kejiranan di Taman Intan, Sungai Petani. Foto ihsan CHINA PRESS
“Dan saya mula mengambil beberapa gambar menggunakan telefon mudah alih saya, dia kemudiannya memukul lengan kanan saya dan kemudian lengan kiri,” katanya pada sidang media di rumahnya di sini, Rabu.
Ong berkata, seorang jiran yang menyaksikan kejadian itu memberitahu bahawa dia pada awalnya mengesan wanita berkenaan mula membakar pada pukul 5 petang.
Katanya, beliau telah membuat laporan polis pada malam yang sama di Balai Polis Sungai Petani.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin mengesahkan laporan itu dan pihak polis akan menyiasat perkara tersebut.
* Sumber mStar Online

Read more...

Bank Lembu kini dibuka

Marondera: Zimbabwe membuka bank lembu pertamanya bagi membolehkan peminjam meminjam wang dengan menjadi ternakan mereka sebagai cagaran untuk mendapatkan wang tunai. 

Bagi kebanyakan petani miskin di negara Afrika Selatan, ia adalah akaun bank pertama yang pernah mereka miliki. Bank berkenaan diasaskan seorang pakar kewangan dan aktivis sosial, Tawanda Nyambirai. 

TN Bank, yang memperkenalkan kaedah ini, adalah satu-satunya cara penternak boleh mendapatkan wang melalui penilaian ke atas ternakan mereka, tanpa perlu menjualnya, kata eksekutif bank berkenaan, Charles Chakoma. 

Beliau berkata, melalui kaedah itu, pemilih ternakan perlu membayar faedah dan boleh memilih untuk mendapatkan semula ternakan mereka selepas dua tahun, atau meminjamkannya kepada bank untuk tempoh lebih lama. 

Petani boleh mendapatkan pinjaman pada jumlah yang sama dengan nilai lembu yang diserahkan kepada bank. 

Jika mereka gagal membayar balik pinjaman, bank akan menahan ternakan yang diserahkan. Jika pemilik meninggal dunia, anggota keluarga yang rapat boleh mengambil alih pembayaran pinjaman berkenaan. 

Bank berkenaan yang memiliki rangkaian restoran makanan segera di seluruh negara, pihaknya juga akan menyembelih lembu yang sudah tua dan menggantikannya dengan lembu muda dan lebih produktif dengan nilai yang sama. 


Seorang petani, Wiliam Mukurazita, 69 dan isterinya Elizabeth, 66, ada 70 ekor lembu di kediaman mereka di perkampungan Masomereta 140 kilometer dari Harare. 

Malangnya masalah kesihatan menyebabkan mereka tidak dapat menjaga ternakan, manakala sekurang-kurangnya 20 haiwan mati atau dicuri. 

Mereka memutuskan untuk mencagarkan 24 ekor lembu dengan TN Bank dan sekarang mempunyai AS$10,000 (RM31,5550) wang yang sama nilai dengan lembu terbabit. 


-AP


Read more...

Pekerja kilang bersekedudukan

Pekerja kilang ditahan bersekedudukan

Penguatkuasa JAJ mengambil keterangan daripada dua wanita Indonesia yang didapati tinggal bersama seorang lelaki yang bukan muhrim


BATU PAHAT – Tiga wanita dan seorang lelaki warga Indonesia ditahan dalam serbuan Ops Maksiat di sebuah rumah di Taman Nira, dekat sini, awal pagi kelmarin.


Timbalan Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan dilakukan, anggota penguat kuasa terpaksa menunggu kira-kira 30 minit sebelum penghuni membuka pintu.

Sebaik pintu dibuka, pihaknya mendapati seorang lelaki berada di ruang tamu sedang tidur, manakala tiga wanita berkenaan berada di dalam bilik.

“Kesemua warga Indonesia berusia 30an terbabit bekerja di kilang berdekatan, manakala lelaki tersebut memberi alasan tumpang tidur di rumah sewa itu. Dipercayai mereka telah tinggal bersama sejak setahun lalu.

“Kesemua mereka didapati bersalah kerana tidak mempunyai talian persaudaraan dan berada dalam keadaan yang mencurigakan iaitu berkurung,” katanya.

Katanya, kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses dokumentasi sebelum dituntut waris masing-masing.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.

“Jika sabit kesalahan, kedua-duanya berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

* Sumber sinarharian


Read more...

Kereta pesawat jadi rebutan

Los Angeles: Perang bidaan tercetus antara jutawan terkenal dalam usaha untuk mendapatkan kereta pesawat pertama di dunia yang ditawarkan untuk dijual pada harga kira-kira RM3 juta.
Dengan kereta dan kesesakan jalan raya kian menjadi-jadi pada 1940-an, pereka Moulton Taylor menghasilkan cara untuk mengatasi masalah itu. Pereka warga Amerika itu membina kereta pesawat, Aerocar yang pertama pada 1949 dan membuktikan bahawa dengan sayap yang boleh dilipat untuk membolehkannya bergerak di jalan raya, ia boleh dilakukan.
Aerocar dijangka mendapat sambutan hangat ketika itu tetapi selepas 25 tahun berkempen, Taylor masih gagal untuk mencapai persetujuan, termasuk dengan syarikat pembuat kereta terkenal, Ford.
Bersama-sama dengan prototaip asal, hanya empat Aerocar dibina dan pengumpul berebut-rebut untuk memiliki bahan sejarah kejuruteraan yang menakjubkan itu, yang masih boleh terbang dengan kelajuan 176 kilometer sejam.

Peminat aviasi, Greg Herrick berkata: “Ini ialah kemuncak rekaan abad yang ke-20 ketika itu dan begitu hampir untuk menjadikan imaginasi dunia menjadi kenyataan. “Tidak ada sesuatu yang sama dengannya ketika itu dan rekaan itu menarik begitu banyak perhatian. Ia begitu menakjubkan.
AEROCAR ketika ujian penerbangan.
“Berita mengenainya tersiar di muka depan akhbar, majalah, buku dan rancangan televisyen di seluruh dunia. Tidak ada yang popular sepertinya sebelum itu.
“Bagaimanapun, ketika harga minyak merudum pada 1970-an serta kekurangan semangat ahli perniagaan untuk melabur dalam industri terbabit, menyebabkan minat terhadap Aerocar juga terhakis.” Kenderaan sepanjang enam meter itu mempunyai dua tempat duduk yang terletak bersebelahan, empat roda, sayap selebar 10 meter dan dilengkapi dengan enjin Lycoming 0-320 yang dipasang di atas tayar belakangnya.
Kipas pula dipasang pada hujung ekor yang diletakkan pada sudut menegak untuk membolehkan kipas itu mempunyai ruang secukupnya untuk berpusing. Bukan saja ia boleh diubah daripada sebuah pesawat menjadi sebuah kereta, tetapi sayapnya juga boleh dilipat ke sisi dan tangkinya ditanggalkan serta ditarik di belakang kenderaan seperti sebuah treler. - 
--Daily Mail (myMetro)


Read more...

Lahad Datu: Dakwaan Pasukan Keselamatan Bertempur Dengan Kumpulan Bersenjata Sulu Tidak Benar

imej google
KOTA KINABALU: Malaysia menyangkal dakwaan media Filipina mengenai berlaku pertempuran di antara pasukan keselamatan dengan kira-kira 400 tentera Sulu di daerah Lahad Datu.
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom), Datuk Mohamad Mantek memberitahu The Star pada selasa bahawa dakwaan berlaku pertempuran itu adalah tidak masuk akal.
"Tiada insiden seperti itu berlaku.
"Tiada berlaku sebarang pencerobohan atau pergerakan sesiapa. Tiada apa-apa berlaku," katanya.
Menurut beliau, dakwaan sedemikian adalah berniat jahat dan bertujuan untuk mencetuskan huru-hara.
Mohamad berkata, polis sedang meneruskan siasatan terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa diculik sekumpulan lelaki bertopeng di Kampung Tanagian, dalam Zon Tanjung Labian, Lahad Datu pada petang Isnin sebelum mereke menghilangkan diri.
Media Filipina melaporkan bahawa kira-kira 400 lelaki bersenjata Sulu bertempur dengan pasukan keselamatan Malaysia di Kampung Tungku dekat Lahad Datu pada petang Isnin.
Jurucakap kumpulan bersenjata Sulu, Abraham Idjirani mendakwa pertempuran itu dilaporkan kepadanya oleh Agbimuddin Kiram yang juga adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram.
Abraham mengakui mereka memasuki Kampung Tungku kira-kira pukul 1 petang sebelum bertembung dengan pasukan keselamatan Malaysia.
* Sumber mStar Online

Read more...

Selasa, 18 Jun 2013

Pengendali Laman Web jiwang.Org ditahan

PUTRAJAYA: Sebuah laman web perkongsian muzik yang beroperasi secara haram di Kubang Kerian, Kelantan berjaya dilumpuhkan dengan penahanan pengendali laman web popular, jiwang.org.
Sebuah pasukan yang diketuai bahagian penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDKK) melakukan serbuan ke atas rumah suspek pada 11 Jun lalu, dalam operasi membanteras muzik cetak rompak di negara ini.
Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin berkata, suspek dipercayai memperoleh ratusan ribu ringgit menerusi langganan dan penjualan ruang iklan di laman web tersebut yang kebanyakannya melibatkan muzik tempatan.
"Kami merampas peralatan ICT bernilai RM30,000 dalam serbuan itu dan suspek diberikan jaminan polis di Kubang Kerian," kata Roslan kepada pemberita di sini.
* Sumber mStar Online

Read more...

Pelajar 15 tahun import senjata

IPOH: Seorang pelajar berusia 15 tahun ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selepas disyaki mengimport lima senjata tiruan dari Amerika Syarikat, China dan Taiwan yang dibeli secara online dengan alasan untuk dijadikan koleksi peribadi.
Senjata api jenis M16, pistol Glock, Colt 45 automatik dan Air Rifle MP5 dikesan oleh anggota Unit Kastam Pos, JKDM, Cawangan Ipoh menerusi mesin pengimbas di Pejabat Pos Ipoh, tengah hari Sabtu lalu. 
Pengarah Kastam negeri Datuk Mohd Nasir Said berkata, susulan rampasan pada pukul 12 tengah hari itu, pihaknya menahan remaja lelaki dari Kuala Kangsar mengikut Seksyen 116 Akta Kastam 1967 sebelum dilepaskan dengan jaminan. 

"Lima senjata tiruan berkualiti tinggi itu dianggar bernilai RM2,043.90 dan duti terlibat ialah RM878.88. Kesemua senjata itu menyerupai senjata sebenar tetapi menggunakan peluru getah manakala Air Rifle itu menggunakan peluru tembaga.
"Remaja yang masih bersekolah itu telah dilepaskan dengan jaminan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Difahamkan remaja sekolah tingkatan tiga terbabit memperolehi wang dari ibu bapanya untuk membeli senjata api tiruan berkenaan. 

Beliau berkata, lima senjata api yang dirampas itu adalah sebahagian daripada 10 unit senjata yang dirampas pasukan penguatkuasaan kastam negeri bagi tempoh Januari hingga Jun termasuk dua unit dirampas di Kompleks Bukit Berapit, Pengkalan Hulu manakala, tiga unit lain dikesan di pejabat pos negeri," katanya. 

Katanya, pihaknya memandang serius pengimportan tanpa permit senjata api tiruan berkenaan kerana ia bukan sahaja mampu mengancam keselamatan negara sebaliknya boleh disalah guna untuk tujuan jenayah.
* Sumber myMetro

Read more...

Julia Perez Mohon Restu Presiden Indonesia Selepas Keluar Penjara

Julia Perez 
JAKARTA: Artis kontroversi Indonesia, Julia Perez yang dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara tiga bulan memohon restu daripada Presiden Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono untuk menjadi individu yang lebih baik.
Detik Hot pada Selasa melaporkan, Julia atau lebih dikenali sebagai Jupe yang dibebaskan pada Isnin dilaporkan menghantar mesej menerusi Twitter miliknya kepada Susilo sebaik keluar dari penjara.
“Apa khabar Tuan Presiden, Jupe sudah kembali. Mohon doa-Nya. Semoga Jupe menjadi lebih baik,” katanya.
Jupe atau nama sebenarnya Yuli Rahmawati terpaksa meringkuk dalam penjara selama tiga bulan sejak awal Mac lalu selepas didapati bersalah kerana mencederakan penyanyi dangdut Dewi Perisik di lokasi penggambaran filem Arwah Goyang Kerawang pada tahun 2010.
Kejadian itu berlaku ketika mereka sedang melakonkan satu adegan pergaduhan dalam filem seram itu.
Sumber mStar Online

Read more...

Janda tiga anak ditangkap khalwat bersama warga Nepal

Ketua Unit Penguatkuasa Agama Daerah Kluang, Anuar Kosnin, menyoal siasat janda dan pasangannya warga Nepal.

KLUANG - Seorang janda tiga anak ditangkap khalwat bersama pasangannya warga Nepal di salah sebuah hotel bajet di Simpang Renggam, di sini, kelmarin.

Mereka dicekup dalam sebuah bilik hotel berkenaan ketika operasi cegah maksiat oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) Cawangan Kluang.

Wanita berusia 30 tahun itu sudah bercerai dengan suaminya kira-kira setahun lalu, mengakui berkenalan dengan pasangannya itu di kilang tempat mereka bekerja.

Wanita itu juga menyatakan kesediaan untuk bernikah dengan pasangannya meskipun menyedari lelaki itu bukan Islam.

Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor mengesahkan penahanan pasangan terbabit, dan wanita berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 27(1)(a)&(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Johor.

“Lelaki warga Nepal dilepaskan selepas pemeriksaan dan pengambilan maklumat diri, namun diminta untuk datang ke pejabat pada hari ini (semalam) untuk membantu siasatan.

“Manakala, wanita tersebut  turut dikehendaki melaporkan diri setelah dijamin oleh ahli keluarganya dan bakal berhadapan dengan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau Dua tahun Penjara atau kedua-duanya,” katanya.

* Sumber sinar


Read more...

Pelakon baru kena raba pengarah Drama

Ffarrah serik meneruskan hasrat sebagai pelakon selepas dicabul pada awal tahun lalu.
PETALING JAYA: Seorang pelakon baru Ffarrah Ismail membuat laporan polis selepas mendakwa dicabul oleh seorang pengarah drama yang juga ahli persatuan seni.
Ffarrah, 22, berkata, dia terpaksa membuat laporan polis untuk melindungi dirinya agar tidak terus dilakukan seperti itu selain bimbang selepas menerima ugutan.
“Saya membuat laporan polis kerana saya bimbang kes itu akan berulang selain takut diugut pengarah drama itu,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.
Laporan itu telah dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara di sini kira-kira pukul 8.30 malam, Isnin.
Pelakon itu berkata, kejadian berkenaan berlaku antara Januari dan Februari lalu ketika dia terlibat dalam pembikinan sebuah drama arahan pengarah berusia lingkungan 60 tahun tersebut.
Katanya, kejadian berlaku ketika pengarah itu mendesak untuk menghantarnya pulang ke rumah dan cuba meraba bahagian dadanya ketika mereka dalam kenderaan.
“Pada mulanya saya menolak apabila dia hendak menghantar saya pulang selepas habis penggambaran tetapi saya terpaksa akur juga akhirnya. Ketika dalam perjalanan dia cuba meraba saya,” ujarnya
Ujar Ffarrah lagi, selepas dia menegur perbuatan itu, pengarah berkenaan mengugut untuk memusnahkan masa depannya sebagai pelakon selain meminta agar tidak memberitahu kejadian berkenaan kepada sesiapa.
“Saya bimbang dia akan guna pengaruhnya untuk menyekat periuk nasi saya kepada syarikat produksi lain kerana saya tidak menuruti kehendaknya.
“Bagaimanapun selepas mendapat nasihat daripada pelbagai pihak termasuk rakan—rakan, saya tampil membuat laporan polis walaupun kes ini sudah berlalu kira-kira empat bulan lalu,” katanya.
Ffarrah yang pernah membintangi drama Siti Kelembai, Barakah dan Cinta Puteri Salju itu, berkata, dia serik untuk menjadi seorang pelakon dan berharap kejadian berkenaan menjadi iktibar kepada pelakon baru lain.
"Saya tak sangka untuk menjadi pelakon perlu berhadapan dengan cabaran seperti ini. Jangan ingat saya seorang wanita yang murah dan mudah memberi apa yang diinginkan,” katanya.
* Sumber mStar Online

Read more...

Khalwat: Sarjan tentera kantoi

Ketua Unit Penguatkuasa Agama Daerah Kluang, Anuar Kosnin, menyoal siasat sarjan berkenaan.

KLUANG - Seorang anggota tentera berpangkat sarjan dicekup Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) selepas didapati berkhalwat bersama kekasih gelapnya di sebuah hotel bajet di Simpang Renggam, di sini, kelmarin.


Meskipun tinggal di Johor Bahru, lelaki terbabit sanggup meninggalkan keluarganya di rumah semata-mata untuk bersama dengan wanita berkenaan yang dikenali di pasar malam, sejak enam bulan lalu.

Ketika serbuan, pasangan terbabit hanya memakai tuala untuk menutup badan seterusnya memberi alasan baru memasuki bilik hotel berkenaan.

“Kami baru sahaja masuk bilik ini 15 minit lalu. Tak ada buat apa pun, tolonglah lepaskan saya kerana saya sudah berkeluarga ada dua anak.

“Tolong jangan beritahu isteri saya kerana dia hanya tahu saya ke lokasi lain bersama kawan dan bukan ke sini,” katanya ketika merayu kepada pihak JAJ supaya tidak menahannya dalam  serbuan berkenaan.

Bagaimanapun, rayuan dibuat tidak diendahkan, dan JAJ bertindak terus menahan pasangan terbabit atas kesalahan berdua-duaan di dalam bilik bersama pasangan bukan muhrim.

Pegawai Tadbir Agama Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, pasangan itu dibawa ke Balai Polis Simpang Renggam untuk laporan tangkapan sebelum dijamin keluarga masing-masing.

“Mereka akan didakwa di bawah seksyen 27(1)(a)&(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor yang membawa kepada hukuman denda maksima RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Pasangan terbabit juga dikehendaki membuat laporan semula ke Pejabat Agama Kluang pada hari ini (semalam) untuk diambil keterangan,” katanya.

Operasi melibatkan 10 anggota Bahagian Penguatkuasa JAJ daerah Kluang dan Batu Pahat itu bermula jam 11 malam itu berakhir kira-kira jam 4.30 pagi.

* Sumber sinarharian


Read more...

Akauntan dinobat sebagai Ratu Cantik AS

Erin Brady
LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) – Seorang akauntan berusia 25 tahun dari Connecticut, Erin Brady memenangi gelaran Ratu Cantik AS di sini kelmarin.
Brady merangkul gelaran itu di Planet Hollywood, Las Vegas selepas menewaskan 51 jelitawan lain.
Pemenang sebelum ini, Nana Meriwether dari Maryland menyampaikan mahkota kemenangan kepada Brady selepas dia diumumkan sebagai pemenang.
Brady menerima mahkota itu serta seunit apartmen mewah di New York selama satu tahun.
Dia diumumkan sebagai pemenang selepas menjawab satu soalan tentang keputusan Mahkamah Agung AS menyokong ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diperluaskan.
Dengan kemenangan berkenaan, gadis berambut perang itu dijangka terlibat dalam kempen kesedaran kanser ovari dan payudara di AS.
Brady yang berasal dari South Glastonbury, Connecticut akan mewakili AS dalam pertandingan Ratu Cantik Universe di Moscow, Rusia pada musim sejuk ini.
Ratu Cantik AS 2012, Olivia Culpo menjadi pemenang pertama dari negara itu yang memenangi gelaran Ratu Cantik Universe pada tahun lalu untuk tempoh 16 tahun. 
– Agensi (kosmo!)


Read more...

Pemuda lekat budak ke dinding diburu

Gambar kanak-kanak dilekatkan di dinding menggunakan pita pelekat yang disiarkan secara online menimbulkan kemarahan orang ramai di Arab Saudi.

Riyadh: Seorang pemuda Arab Saudi menggunakan pita pelekat untuk melekatkan seorang kanak-kanak ke dinding, sebelum mentertawakannya bersama rakan, menyebabkan dia kini diburu polis.

Pemuda itu, dipercayai anggota keluarga kanak-kanak berkenaan, kemudian mengambil gambar dan menyiarkannya secara online, tanpa menyedari tindakannya mengundang padah. 

Gambar kanak-kanak itu disiarkan pelbagai akhbar di Arab Saudi dan polis sedang memburunya. Pemuda itu kini dilaporkan menyembunyikan diri. 

Mangsa ditertawa 

Sebuah akhbar berbahasa Arab berkata, kanak-kanak itu kelihatan menggeliat kesakitan, manakala anggota keluarganya ketawa tanpa sedikit pun mempedulikan keadaannya.

Akhbar berkenaan bagaimanapun cuma menyiarkan gambar kanak-kanak itu, tetapi tidak menyatakan di wilayah mana gambar itu diambil.

“Apa yang diakukan oleh mereka adalah satu pelanggaran hak asasi kanak-kanak itu. Mereka langsung tidak mempedulikan perasaan dan kesakitan yang dialaminya,” kata akhbar berkenaan yang memetik kenyataan anggota Suruhanjaya Hak Asasi Arab Saudi, Maatouk Al Shareef. 


Jejas perkembangan

Beliau berkata perbuatan anggota keluarga kanak-kanak itu akan menjejaskan perkembangan mentalnya selain meningkatkan keganasan ke atas kanak-kanak.

“Kami merayu sesiapa yang mengenali lelaki yang melakukan perbuatan itu agar menghubungi suruhanjaya ini, supaya tindakan segera boleh diambil,” katanya.


- AGENSI (BH)


Read more...

Tak mampu nak bayar sewa rumah,pelajar tinggal dalam Bot

PEARCE berdiri di hadapan botnya.
London: Seorang pelajar yang tidak mampu membayar sewa rumah membeli sebuah bot untuk didiami ketika belajar di universiti.
Langkah pelajar geografi fizikal, Joe Pearce membolehkan dia berjimat sebanyak £5,600 (RM28,000).
Bot itu dibelinya secara atas talian pada harga £800 (RM4,000), bersamaan dengan sewa dua bulan.
Pearce tinggal di bot kelas Falmouth Gypsy sepanjang tujuh meter itu selama 14 bulan ketika belajar untuk ijazah sarjananya di Universiti Aberystwyth.
PEARCE tinggal selama 14 bulan di dalam botnya.
Meskipun masih boleh belayar, Pearce mengaku botnya itu, Golden Cloud boleh diibaratkan sebagai khemah kayu Ia dibina di Penryn, Cornwall, 32 tahun lalu. Badannya diperbuat daripada gentian kaca. “Ketika belajar mendapatkan ijazah sarjana, saya menyedari saya tidak mampu tinggal di rumah pangsa. Saya berkongsi rumah itu dengan teman wanita saya dan kami membahagikan bayaran sewa £100 seminggu itu antara kami,” kata Pearce.
Menurutnya dia membeli bot berkenaan daripada pemiliknya di Porthmadog, Wales Utara.
“Rakan saya teruja dan menyangka saya membeli kapal layar yang glamor. Mereka terkejut apabila melihat bot yang saya beli. Zamannya untuk belayar sudah berlalu dan bagi saya, hidup di dalamnya seperti menjalani perkhemahan mewah atau tinggal di dalam khemah kayu!” Bot itu dilengkapi enjin buatan 1970 dan bahagian tertingginya ialah 1.7 meter, Ia menyukarkan Pearce bergerak kerana ketinggiannya hampir dua meter.
PEARCE terpaksa membongkok untuk berjalan di dalam bot.
“Saya menyimpannya di limbungan bot Ynslas, kira-kira 13 kilometer dari Aberystwyth dan saya akan berbasikal pergi dan balik ke universiti bagi menjimatkan wang.
“Semua orang di limbungan itu begitu baik dan membantu saya memasang bot berkenaan kerana saya tidak berpengalaman. Saya hanya perlu membayar £1(RM5) sehari untuk menyimpannya di situ.
“Kadang kala ia menjadi sesak kerana ketinggian bumbungnya tidak sesuai. Saya terpaksa membongkok. Bagaimanapun, bot itu menjadi tajuk perbualan. Saya juga mengadakan parti di dalam bot itu,” katanya. 
- Daily Mail (myMetro)

Read more...

Penyanyi Indonesia, Shea Tidak Anggap Bobo Burukkan Lagu 'Sayang'

Shea yang digandingkan bersama Bobo ketika persembahan di Anugerah Blockbuster 2, Sabtu lalu menganggap kerjasama itu adalah pengalaman manis buatnya. Foto ABDUL RAHMAN EMBONG
PUTRAJAYA: Penyanyi dari Indonesia, Shea tidak menganggap video parodi lagu popularnya iaitu Sayang yang dilakonkan oleh individu bernama Bobo dan tersebar melalui YouTube tidak memburukkan lagu tersebut.
Malah Shea, atau nama sebanar Sheryl Gething, 19, berkata, dia turut terhibur dengan gelagat Bobo yang secara tidak langsung mempopularkan lagu berkenaan di negara ini.
"Saya tidak marah kerana bagi saya dia buat parodi itu hanya untuk hiburan sahaja, ia tidak memburukkan lagu itu.
"Malah saya rasa parodi tersebut diterima oleh masyarakat. Saya gembira kerana dia pilih lagu saya," katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran album pertamanya iaituShae The First, di sini, Isnin.
Shea yang digandingkan bersama Bobo ketika persembahan di Anugerah Blockbuster 2, Sabtu lalu menganggap kerjasama itu adalah pengalaman manis buatnya.
"Dia sangat kelakar dan buat saya lebih terhibur ketika mengadakan persembahan," ujarnya.
Sementara itu, bercerita tentang kerjayanya di Malaysia, Shea berkata, dia menggunakan peluang dan tawaran yang diterimanya untuk mengembangkan bakat seni di negara ini.
"Saya ada berlakon beberapa telefilem untuk Astro namun masih lagi rahsia tajuknya.
"Saya akan terus mengambil peluang dan tawaran yang datang jika diterima masyarakat di sini," ujarnya.
Sementara itu, Shea yang melancarkan album pertamanya di Malaysia turut menampilkan lapan buah lagu termasuk Sayang.
Manakala, single kedua yang bakal dimainkan di radio adalah Cintaku Tlah Mati Untukmu.
* Sumber mStar Online

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP