GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 22 Jun 2013

Pelajar ketagih air daun ketum

Padang Rengas: Kepercayaan karut kononnya meminum air daun ketum boleh meningkatkan tumpuan belajar serta kecergasan ketika bersukan menyebabkan semakin ramai pelajar sekolah di daerah ini mengambil bahan terlarang itu hingga mengalami ketagihan.
Mereka dikatakan sanggup membazirkan RM4 sehari bagi membeli sebungkus air rebusan daun ketum dipercayai dicampur dengan ubat nyamuk ini yang dijual secara haram oleh beberapa penduduk kampung.
Ketagihan air daun ketum ini menyebabkan rata-rata pelajar ini hilang minat dan tumpuan pada pelajaran selain menyebabkan kesihatan mereka terjejas antaranya mengakibatkan mereka hilang berat badan, muka terbakar, anoreksia, sembelit dan sakit sendi.
Penularan gejala negatif itu didedahkan seorang penduduk kampung Sungai Ali, Ismail Harun, 47, selepas mendapati semakin ramai golongan pelajar sekolah menjadi penagih ketum.
Menurutnya, pelajar terbabit membeli air ketum daripada beberapa peniaga di daerah ini yang menjualnya secara sulit di rumah.
“Saya lihat ramai pelajar sekolah yang membeli air ketum. Penjual mengambil kesempatan meraih keuntungan lebih dengan hasil jualan air ketum kepada pelajar selain golongan dewasa dengan harga rendah.
Foto
AIR ketum yang dibungkus dan sedia untuk dijual.
“Pelajar yang gemar membeli berusia lingkungan 16 dan 17 tahun. Malah yang berumur bawah 15 tahun juga mula ketagih dengan air ketum,” katanya Menurutnya, satu bungkus air ketum dijual dengan harga RM4 hingga RM10 untuk sebungkus. “Saya diberitahu ada di kalangan penjual air ketum terbabit boleh memperolehi pendapatan sehingga mencecah RM10,000 satu bulan.
“Saya amat berharap hukuman lebih berat dan serius dikenakan kepada penjual dan peminum air ketum kerana hukuman sekarang seolah-olah tidak berjaya menakutkan golongan penjual air ketum ini,” katanya.
Menurutnya, kelakuan remaja yang menagih air ketum ini tidak ubah seperti penagih dadah apabila mereka tidak boleh tidur, mudah marah dan bergaduh selain tubuh mereka menjadi kurus kering.
“Ini mungkin berpunca dari bahan lain seperti ubat nyamuk yang dicampur di dalam rebusan daun ketum ini,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pegawai Pelajaran Kuala Kangsar Safuan Raba’ai menggesa pihak sekolah di daerah itu mengenal pasti pelajar yang terbabit dengan ketagihan air ketum dan perlu mengambil tindakan segera bagi menangani masalah itu.
“Kita tidak akan mengambil pendekatan menghukum pelajar berkenaan sebaliknya kita mungkin akan menjalankan beberapa aktiviti untuk memberi kesedaran kepada mereka tentang bahayanya ketum,” katanya.
Beliau juga berharap masyarakat turut memainkan peranan dalam membendung masalah ini dan bukan hanya meletakkan sepenuh tanggungjawab kepada pihak sekolah.
Timbalan Ketua Polis Kuala Kangsar Deputi Superintendan Guan Beng Kang pula sentiasa mengambil tindakan bagi mengatasi isu penjualan air ketum di Padang Rengas.
Menurutnya, penjual air ketum didakwa mengikut Seksyen 30, Akta Racun dan boleh didenda sehingga RM3,000 jika disabitkan kesalahan.
* Sumber myMetro


Read more...

Anak Larang Suka Sofi Jikan Berlakon Jahat

Sofi Jikan
PETALING JAYA: Pelakon Sofi Jikan mengakui anak-anaknya tidak suka apabila melihat dia melakonkan watak-watak jahat dalam filem.
Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 43, berkata, dia berpendapat anak-anaknya iaitu Sufilyana Syahmi, 9, Ilham Izzuddin, 7 dan Irfan Solihin, 2, mungkin mahu dia melakonkan watak baik agar dapat dijadikan contoh.
"Mereka (anak-anak) selalu persoalkan kenapa saya asyik berlakon jadi jahat. Mereka tak suka.
"Saya pun tak tahu kenapa? Tetapi mungkin kerana anak-anak mahu melihat ayah mereka memegang watak hero. Saya siap tanya kalau ada pertandingan anugerah yang melibatkan undian nak undi siapa?
"Mereka kata nak undi Aaron Aziz atau Adi Putra dan bukannya saya," selorohnya.
Bagaimanapun tambah Sofi dia tidak kisah tentang perkara itu kerana dia menganggap ia satu perkara yang normal bagi golongan muda yang sukakan watak-watak hero.
Malah Sofi turut mengakui ada masanya dia berasa malu dengan watak jahat yang dibawakannya kerana mungkin suatu hari nanti dia akan menerima anugerah sebagai 'penjahat hebat' dalam pertandingan-pertandingan tertentu.
"Siapa yang mahu jadi penjahat yang hebat secara realitinya bukan? Kadang kala dalam rasa syukur kerana menerima anugerah hasil daripada lakonan kita, ada juga rasa malu kerana dipanggil 'penjahat terhebat'.
"Apa-apa pun saya gembira dengan apa yang dimiliki sekarang ini kerana melalui watak jahat itulah orang ramai mengenali saya," katanya.
Dalam pada itu, Sofi berkata dia mahu memberikan kelainan dalam watak yang dilakonkannya dengan memilih karakter yang lebih baik selepas ini.
"Kalau ambil watak baik sahaja, pasti peminat terkejut. Jadi saya mahu ambil watak jahat tetapi tidak terlalu ekstrem.
"Dan kemudiannya saya akan memilih watak yang lebih baik daripada projek lakonan saya sebelum ini.
"Kalau nak tahu sudah empat bulan saya tak berlakon kerana ingin memilih watak yang sesuai," ujarnya.
Mengenai perkembangan terbaharunya, Sofi bakal memulakan penggambaran filem KL Cinta Mandi Toq terbitan White Merpati dan Hantu Nan Sempit (Excellent Pictures).
* Sumber mStar Online

Read more...

Wanita 26 tahun dicekup bersama Awang Hitam

SEBAHAGIAN warga Nigeria yang ditahan penguat kuasa Jabatan Imigresen dalam serbuan di Pangsapuri Seri Jasmin, Mantin malam kelmarin.

NILAI – Serbuan Jabatan Imigresen di sebuah unit apartmen di Pangsapuri Seri Jasmin di Mantin dekat sini malam kelmarin membongkar rahsia seorang wanita warga tempatan yang bersekedudukan dengan teman lelakinya seorang warga Nigeria.


Dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, wanita berusia 26 tahun itu didapati sedang berdua-duaan dengan seorang lelaki warga Nigeria berusia 30 tahun.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, siasatan awal mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan yang sah dan lelaki itu juga didapati tinggal lebih masa di negara ini.
Katanya, pihaknya menahan wanita yang berasal dari Selangor itu kerana disyaki melindungi teman lelakinya seorang warga asing.
“Semasa disoal siasat wanita itu mengaku lelaki warga Nigeria terbabit teman lelakinya dan mereka sudah tinggal di rumah itu sejak beberapa bulan lalu.
“Wanita itu juga mengaku dia tertarik dengan layanan lelaki terbabit sehingga sanggup untuk tinggal serumah,” katanya di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Read more...

Jerebu,600 sekolah ditutup di Johor

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di Johor menyebabkan 600 sekolah di beberapa kawasan terpaksa ditutup, membabitkan 319,341 murid, setakat hari ini.
Di Muar, 40 sekolah menengah dan 171 sekolah rendah ditutup, manakala 31 sekolah menengah dan 144 sekolah rendah ditutup di Batu Pahat.
Sebanyak 35 sekolah menengan dan 70 sekolah rendah di Pasir Gudang, 15 sekolah menengah dan 82 sekolah rendah di Pontian dan 12 sekolah menengah dan 10 sekolah rendah di Kota Tinggi telah diarah tutup sehingga makluman lanjut.

Sekolah di Melaka juga dimaklumkan akan ditutup sekiranya bacaan IPU negeri itu melebihi paras berbahaya.

Selain itu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) turut memaklumkan jumlah pesakit akibat jerebu di negeri itu terutama masalah 'Upper Respiratory Tract' (URTI) meningkat sebanyak 21 peratus minggu ini berbanding minggu sebelumnya.
Bagaimanapun, kualiti udara di seluruh negara petang ini mencatat penurunan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dengan Kota Tinggi dan Pasir Gudang, kini keluar daripada paras berbahaya.

Kota Tinggi yang sebelum ini mencatat IPU pada tahap berbahaya iaitu 323, kini merekodkan bacaan 226 iaitu pada paras sangat tidak sihat.

Sementara Pasir Gudang yang sebelum ini merekod paras berbahaya dengan bacaan IPU 310, kini turun pada bacaan 189, iaitu paras tidak sihat.

Walau bagaimanapun menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), sehingga 5 petang tadi Bukit Rambai, Melaka dan Port Dickson di Negeri Sembilan mencatat peningkatan IPU ke tahap sangat tidak sihat berbanding sebelum ini.

Bukit Rambai kini mencatat IPU 257, Port Dickson 205 dan Muar yang sebelum ini merekodkan penurunan IPU, kini mencatat peningkatan kepada 271 IPU berbanding 193, pada tengahari.

Semalam Muar mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu di paras berbahaya dengan bacaan 383.

Kawasan-kawasan lain masih mencatatkan IPU antara baik dan sederhana.
* Sumber myMetro

Read more...

Polis Nasihat Orang Ramai Tidak Sertai Himpunan 'Black 505' di Padang Merbok

KUALA LUMPUR: Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai Himpunan 'Black 505' yang dijadual diadakan di Padang Merbok dan beberapa lokasi sekitar ibu negara, esok.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata pihaknya mendapat maklumat bahawa pihak penganjur mengarahkan semua peserta perhimpunan mencetuskan provokasi terhadap pihak berkuasa yang ditugas mengawal keadaan.
"Provokasi tersebut bertujuan untuk menimbulkan kemarahan pihak polis terhadap peserta-peserta perhimpunan yang boleh mencetuskan kekecohan di tempat-tempat tersebut," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.
Beliau berkata penganjur juga dijangka akan mencetuskan huru-hara di sekitar Kuala Lumpur dengan tujuan untuk disebarkan ke seluruh dunia melalui medium komunikasi bagi menunjukkan kekerasan pihak berkuasa.
Mohmad turut menegaskan bahawa perhimpunan tersebut menyalahi undang-undang kerana ia bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.
Katanya, pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu yang sengaja melanggar akta tersebut atau sebarang undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan negara.
 -BERNAMA

Read more...

Jumaat, 21 Jun 2013

Pemain tenis wanita nombor satu dunia, Serena Williams Mohon Maaf Komen Mengenai Kes R0gol

Serena Williams
NEW YORK: Pemain tenis wanita nombor satu dunia, Serena Williams yang juga juara Grand Slam 16 kali yang kini bersiap untuk mempertahankan kejuaraan Wimbledon, memohon maaf berikutan komennya dalam majalah Rolling Stone mengenai satu kes rogol.
Sarena memberikan komen mengenai kes rogol yang berlaku di Steubenville, Ohio, yang dimuatkan dalam laman internet majalah itu pada Rabu.
Kes itu membabitkan dua pemain bola sepak Amerika didapati bersalah Mac lalu kerana merogol seorang remaja berusia 16 tahun yang dikatakan sedang mabuk, namun cara serangan terhadap mangsa menimbulkan isu di seluruh Amerika.
“Saya tidak menyalahkan remaja perempuan itu, tapi jika anda berusia 16 tahun dan anda mabuk, ibu bapa anda sepatutnya mendidik anda - jangan mengambil minuman daripada orang lain," kata Serena sebagaimana yang dilaporkan dalam majalah berkenaan.
“Dia 16 tahun dan di mana dia mabuk dan pastinya dia tidak sedar. Ia mungkin lebih buruk. Dia bernasib baik. Saya tidak tahu mungkin dia masih mempunyai dara, tapi dia tidak sepatutnya meletakkan dirinya dalam masalah kecuali mereka (perogol) menganiayanya sesuatu dan itu keadaannya berbeza."
Semalam, Serena menjelaskan kenyataan yang diberikannya adalah 'apa yang sepatutnya diperkatakannya'.
Namun beliau meminta maaf atas komen yang disiarkan oleh majalah Rolling Stone itu. “Apa yang berlaku di Steubenville amat mengejutkan saya. Ia amat sedih," katanya.
“Mereka yang menjadi mangsa rogol dan dia hanya 16 tahun, ia satu keadaan yang amat menakutkan, kepada keluarga mangsa rogol dan keluarga pihak yang tertuduh.
"Saya kini berusaha menemui keluarga remaja terbabit dan ingin memberitahu mereka bahawa saya amat kesal dengan apa yang tersiar dalam majalah Rolling Stone itu," katanya. - 
-AFP

Read more...

Yuna Akui Ada Hubungan Dengan Pemuda Mat Salleh

Yuna enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Julian yang dikatakan bercinta namun tidak menafikan sedang mengenali hati budi lelaki Inggeris itu.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna mengakui sedang mengenali hati budi pemuda Inggeris, Julian Schratter selepas gambar mereka sering dimuat naik menerusi Instagram milik wanita itu.
Yuna, 27, bagaimanapun enggan mengulas sejauh manakah hubungan mereka kerana mahu memberi perhatian kepada kerjaya nyanyiannya yang semakin rancak di Amerika Syarikat.
"Saya minta maaf kerana tidak dapat berkongsi mengenai soal peribadi tetapi apa yang boleh saya katakan, saya dan Julian sedang mengenali hati budi masing-masing dan selebihnya adalah peribadi untuk dikongsi di sini.
"Buat masa ini saya sangat sibuk untuk menyiapkan album kedua saya di Amerika yang dijangka berada di pasaran pada Oktober depan. Karier adalah keutamaan saya buat masa ini," katanya kepada pihak media menerusi sidang video Skype dari Los Angeles, yang diadakan di Istana Budaya di sini pada Khamis.
Yuna diminta mengulas mengenai hubungannya dengan Julian selepas penyanyi laguTerukir Di Bintang itu mengundang pemuda tersebut sebagai model dalam muzik video terbaharunya berjudul I Wanna Go.
Dalam perkembangan sama, Yuna berkata, kegagalan mempertahankan hubungan cinta dengan pelakon dan pengacara, Qi Razali banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi kisah peribadi kepada umum dan berharap peminat dan media memahami situasi itu.
Antara gambar Yuna dengan Julian yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya.
Sementara itu, mengulas mengenai konsert sulungnya di Istana Budaya bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan pada 6 hingga 8 September depan, Yuna menyifatkan peluang itu adalah sekali dalam seumur hidup.
Jelas Yuna, dia sudah lama berhasrat untuk beraksi di pentas berprestij itu dan peluang mengadakan persembahan bersama pemuzik orkestra cukup istimewa.
"Bukan semua artis boleh membuat persembahan di Istana Budaya apatah lagi bersama pemuzik orkestra dan peluang yang diberikan ini akan saya galas dengan sebaik-baiknya.
"Walaupun sedikit berdebar dan berada jauh dari tanah air tetapi saya yakin dengan bantuan pemuzik dan perancangan yang betul saya pasti dapat melaksanakan tanggungjawab itu demi peminat," katanya.
Bakal beraksi selama dua jam pada acara itu Yuna memberitahu dia belum memutuskan senarai lagu yang bakal dipersembahkan namun berjanji akan memilih lagu-lagu terbaik dan disukai peminat.
"Apa yang penting nanti peminat akan terhibur dengan persembahan dan pemilihan lagu dan saya juga sedang merancang untuk menjemput beberapa artis undangan bagi memeriahkan konsert pada malam itu," jelasnya.
Pihak Istana Budaya bagaimanapun masih belum menetapkan harga tiket konsert itu dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat.
* Sumber mStar Online


Read more...

Harga Petrol naik esok

Pemuda Indonesia mengecat muka dan badan sambil membawa tong plastik ketika mengadakan tunjuk perasaan membantah rancangan menaikkan harga minyak di Jakarta kelmarin.

Jakarta: Indonesia akan menaikkan harga bahan api secara besar-besaran mulai esok (Sabtu), bagi menyelesaikan isu yang menjadi punca perpecahan sejak beberapa bulan sehingga mengurangkan keyakinan pelabur terhadap kuasa ekonomi terbesar Asia Tenggara itu selain menjejaskan kewangan negara.

Subsidi minyak yang dipertikaikan kerajaan lebih memberi manfaat kepada golongan kaya, menelan belanja $20 bilion (RM63.97 bilion) tahun lalu dan menyebabkan akaun semasa bekas anggota Pertubuhan Negara Pengeluar Minyak (OPEC) itu dilanda defisit berikutan meningkatnya import minyak bagi memenuhi permintaan bahan api yang murah. 


“Kenaikan harga minyak akan diumumkan Jumaat tengah malam dan berkuatkuasa selepas ia diumumkan,” kata Menteri Perindustrian, MS Hidayat, semalam. 

Walaupun selepas peningkatannya yang dijangka 44 peratus bagi petrol dan 22 peratus bagi diesel, Indonesia akan tetap memiliki harga minyak paling murah di rantau ini.

Langkah itu berikutan kelulusan kerajaan minggu ini terhadap langkah memberikan wang tunai kepada golongan miskin selama empat bulan bagi membantu mereka berikutan kenaikan harga minyak yang tinggi dan kesan terhadap kenaikan harga secara keseluruhan.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menegaskan bahawa, bantuan diberikan kepada golongan miskin sebelum beliau menandatangani kenaikan harga minyak.

Bantahan dilakukan 


Bagaimanapun bantahan tetap diadakan di seluruh negara minggu ini menentang kenaikan harga minyak berkenaan.

Yudhoyono dilanda masalah sejak beberapa bulan berikutan persoalan kenaikan harga minyak, bimbang bakal menjejaskan politik beliau menjelang pilihan raya umum dan presiden tahun depan.

Beliau bagaimanapun terpaksa akur dengan amaran pelabur dan pegawainya yang 
gagal menangani kos subsidi yang sudah sedia menjejaskan pertumbuhan ekonomi.

Menteri Kewangan, Chatib Basri memberitahu parlimen minggu ini bajet defisit boleh mencapai sehingga 4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar jika subsidi bahan bakar tidak dipotong. Belanjawan awal meletakkan defisit pada kadar 1.6 peratus daripada KDNK.


 - REUTERS (BH)


Read more...

Facebook perkenalkan video guna Instagram

NEW YORK: Facebook menambah video kepada aplikasi perkongsian gambar popular, Instagram berikutan perkembangan aplikasi perkongsian video milik Twitter, Vine. 

Pengasas bersama Instagram, Kevin Systrom berkata, pengguna boleh merakam dan berkongsi klip 15 saat hanya dengan menyentuh ikon video dalam aplikasi terbabit. 


Mereka juga boleh menggunakan suntingan kepada video untuk menambak kontras, sama ada menjadikan ia hitam putih atau warna lain. 

Vine dilancarkan pada Januari lalu, mempunyai 13 juta pengguna dan membolehkan orang ramai membuat dan berkongsi video kilip selama enam saat. 

Instagram mempunyai 100 juta pengguna, meningkat 20 juta apabila Facebook membawa masuk syarikat itu lebih setahun lalu. 


- AP (BH)


Read more...

Shila Amzah Buka Mulut Isu Baju Sendat

Shila Amzah
KUALA LUMPUR: Penyanyi Shila Amzah menganggap tindakannya memuat naik gambar pakaian senaman yang dilihat agak sendat di laman sosial Instagram hanya untuk berkongsi bersama peminat-peminatnya.
Shila, 23, berkata dia tidak menyangka perkara tersebut telah mencetuskan kemarahan masyarakat yang menganggap gambar tersebut sebagai tidak sopan.
"Saya tidak sedar dan tidak terfikir langsung perkara tersebut boleh jadi isu kerana tujuan sebenar saya berbuat demikian adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan peminat yang saya memiliki pakaian yang sesuai untuk ke gim.
"Setelah memuat naik gambar itu, saya terus tinggalkan telefon bimbit di rumah dan sejam selepas itu saya lihat ibu dan ayah hantar mesej meminta saya menghapuskan gambar tersebut dengan segera. Ketika itu baru saya tersedar ia sensitif," jelasnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu Shila yang kini bermastautin di Shanghai, China mengakui aktif berkomunikasi dengan peminat-peminatnya melalui laman sosial Instagram dan berkongsi aktivitinya setiap hari.
"Saya tinggal di sana sendirian jadi saya banyak habiskan masa dengan peminat jika ada masa terluang.
"Mungkin kerana itu saya tidak menyangka ia boleh dijadikan isu kerana saya faham cara berfikir kita berbeza, saya fikir lain orang lain pula nampak lain," jelasnya.
Gambar baju senaman yang menimbulkan kontroversi awal minggu lalu.
Bagaimanapun, kata Shila dia mengambil positif kejadian tersebut sebagai pengajaran agar lebih berhati-hati ketika berkongsi kegiatan hariannya.
Sementara itu, diminta mengulas berkaitan bekas kekasihnya Sharnaaz Ahmad yang dikatakan rapat dengan seorang pelakon baru berasal daripada Singapura, Elfaiza Ul Huq, Shila menganggap ia adalah perkara peribadi aktor tersebut.
"Hubungan kami sudah berakhir dan itu adalah hak dia untuk berkawan dengan siapa sahaja.
"Bagus untuk dia dan saya harap yang terbaik sahaja," katanya.
Jelas Shila, dia tidak mengikuti perkembangan aktor tersebut berikutan banyak laman web dan laman sosial yang tidak dibenarkan oleh negara tersebut.
"Banyak laman web yang diharamkan di China, jadi saya kurang ambil tahu. Kadang-kadang berita industri hiburan Malaysia pun saya tertinggal," katanya.
Namun, Shila berkata jiwanya kini lebih tenteram dan bahagia dalam menjalani kehidupan dan persekitaran kerja yang baharu.
Dalam perkembangan lain, Shila yang bercuti selama dua minggu sebelum pulang ke China akan melancarkan album terbaharunya dalam masa terdekat.
* Sumber mStar Online


Read more...

Tu dia,bil telefon cecah RM80,000 dalam 24 jam

Sri Lanka: Seorang pelanggan mencatatkan rekod apabila bil telefonnya mencecah Rs3.2 juta (RM80,000) dengan menggunakan kemudahan perantuan dalam masa kurang 24 jam.
Syarikat telefon bimbit itu mengemukakan aduan terhadap pelanggan itu kepada Biro Siasatan Penipuan Colombo dengan mendakwa suspek mencatatkan jumlah bil yang tinggi dengan menerima 571 panggilan selepas syarikat terbabit menawarkan kemudahan rayauan dengan bayaran RM249.
Peguam pelanggan itu memberitahu mahkamah bahawa kad SIM ditawarkan kepada pelanggannya diberikan kepada seorang anggota keluarga yang menetap di Itali dan anak guamnya tidak pernah menggunakan kad itu.
“Kerana itu, anggota keluarganya perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan itu,” kata peguam.
Bagaimanapun, syarikat terbabit bertegas menyatakan ia menawarkan kemudahan rayauan kepada pelanggan dengan persetujuan pelanggan itu tidak akan menyerahkan kad SIM itu kepada pihak ketiga.
 - Reuters

Read more...

Pantai tanpa Pakaian kini dibuka

GAMBAR menunjukkan imej pemandangan pantai di Luan, Hebei, China yang merupakan kawasan tumpuan pelancong.- Agensi

TANGSHAN - Pihak pentadbiran sebuah daerah di wilayah Hebei, utara China akan membuka sebuah pantai yang membenarkan pengunjungnya berbogel, lapor sebuah akhbar kelmarin.


Timbalan Ketua Daerah Luan, Tian Wenxue berkata, daerah itu akan melabur sebanyak AS$516 juta (RM1.6 bilion) untuk membangunkan pantai berkenaan.
Lokasi pelancongan itu meliputi kawasan seluas 533 hektar bersebelahan dengan sungai Luan.
Sebanyak 100 juta yuan (RM52 juta) lagi akan dilabur untuk pembangunan kelengkapan multimedia.
Katanya, lokasi tersebut akan dilengkapi padang golf dan ladang ternakan kuda.
Daerah Luan terletak di timur wilayah Hebei dan berada di bawah pentadbiran Bandar raya Tangshan. 
- Agensi


Read more...

Tukang urut dicabul ‘pelanggan’ sebelum disamun

Kuala Lumpur: Seorang remaja lelaki dicabul sebelum disamun seorang lelaki yang hanya beberapa jam dikenali di Wangsa Delima, di sini, kelmarin.
Mangsa yang berusia 18 tahun kerugian kira-kira RM5,000 selepas wang tunai RM3,000, komputer riba dan telefon bimbit disamun lelaki berusia 30 tahun itu.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa yang menjalankan khidmat urut sambilan diminta datang ke sebuah hotel oleh lelaki itu untuk mengurutnya.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Hanafi, 18, berkata, lelaki itu mendakwa mengambil nombor telefonnya di sebuah kedai dan memintanya datang ke hotel untuk mengurut.
“Saya yang menjalankan khidmat urut sambilan menganggap lelaki itu sebagai pelanggan dan menurut arahannya untuk ke hotel. Saya mengurut di bahagian badan sebelum dipaksa membuat urutan di kemaluan.
“Saya menolak permintaan lelaki itu, namun dipaksa sebelum dipukul. Takut diperlakukan dengan lebih kejam, saya mengikut arahannya sebelum dicabul,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, selesai mengurut, lelaki itu mempelawa untuk menghantarnya pulang ke Sri Kembangan dengan kereta.
Katanya, ketika dalam perjalanan, dia diugut lelaki itu yang akan menyebarkan video rakaman aksi mereka dan meminta wang tunai RM3,000 sekiranya tidak mahu video berkenaan tersebar.
“Saya yang takut dengan ugutan itu kerana akan memburukkan nama sebagai pelajar terus menyerahkan wang tunai yang diminta,” katanya yang sebelum itu mengeluarkan wang simpanannya di bank mesin juruwang automatik (ATM) di Wangsa Maju.
Menurutnya, lelaki itu turut merampas telefon bimbit dan komputer riba miliknya sebelum meninggalkannya di tepi jalan.
Katanya, dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.
* Sumber myMetro


Read more...

Khamis, 20 Jun 2013

Ini Dia Pakaian Dalam Kate Middleton

Pakaian dalam Kate (Foto: Dailymail)

KATE Middleton selalu tampil cantik dan bergaya setiap kali berpakaian di depan umum. Terkini, Duchess of Cambridge ini tampil dalam balutan kot pink pucat berkancing mutiara dari Alexander McQueen dan topi yang sesuai.

Jika selama ini hanya pakaian luarnya saja yang menjadi sorotan awam, bagaimana dengan pakaian dalamnya? Menurut pereka lingerie selebriti, Lorna Drew, boleh jadi itu adalah pakaian dalam satin berwarna biru seperti di gambar.

Sang perancang telah mendedahkan bahawa Kate adalah peminat produk-produknya. Lorna sendiri menghantar Kate beberapa lingerie bersalin seksi dari kain satin. Menurut orang terdekat Kate, isteri Putera William itu senang dengan pakaian dalam tersebut.

Kate menyukai bra Alexa Blue Satin seharga 39 poundsterling dan seluar dalam senada bernilai 19 pound rancangan pereka yang berpusat di High Wycombe, Buckinghamshire, Inggris tersebut. Lorna Drew, MD dari Lorna Drew Nursing Lingerie, telah bertemu Kate pada 2008 sebelum berkahwin dengan Putera William.

"Gaya Kate sangat elegan. Dia selalu terlihat feminin dan bergaya, jadi aku tahu dia akan senang dengan bra dan seluar kami. Saya sangat senang dapat membuat Kate tersenyum setelah awal sukar bagi kehamilannya, "ujar Lorna.

Selain Kate, pakaian dalam rancangan Lorna juga dipakai selebriti lain, seperti Jessica Simpson, Imogen Thomas, Una Healy, dan Cotton Fearne selama masa kehamilan mereka, seperti dipetik Dailymail.

* Sumber 


Read more...

'Putus Tunang Atau Tidak Selepas Kes Khalwat' - Ibu Shahrizal Jaszle

Shahrizal Jaszle dan Redzwani Putri.
PETALING JAYA: Sama ada pertunangan di antara pelakon Shahrizal Jaszle, 25, dengan Redzwani Putri, 25, akan diteruskan atau tidak bergantung kepada keputusan khalwat yang akan ditentukan oleh pihak mahkamah pada November depan.
Ibu merangkap pengurus kepada pelakon lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Zaleha, 68, berkata, setakat ini pertunangan anaknya dengan Redzwani Putri masih belum putus.
Zaleha juga menepis laporan sebuah akhbar pada Khamis kononnya hubungan kedua-dua pasangan itu sudah berakhir adalah tidak benar.
"Shah dan Redzwani masih lagi dalam ikatan pertunangan dan kedua-dua belah pihak seboleh-bolehnya mahu hubungan ini kekal.
"Keluarga kedua-dua pihak memang ada berbincang mengenai kemelut yang terjadi tetapi pihak perempuan belum memulangkan cincin pertunangan sebagaimana yang dilaporkan.
“Kedua-dua belah pihak juga sudah bersepakat untuk menentukan keputusan pertunangan mereka sama ada hendak diputuskan atau tidak selepas kes selesai," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Zaleha diminta mengulas laporan akhbar pada Khamis kononnya hubungan Shahrizal Jaszle atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin dengan Redzwani Puteri sudah diputuskan pada 10 Jun lalu.
Ia berikutan kes penangkapan khalwat Shahrizal dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Farah Nurizzati Salleh, 21, oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Apartmen Taman Sri Subang, pada pukul 3.30 pagi, 16 Mei lalu.
Terdahulu dalam rancangan Melodi di TV3 Ahad lalu, Farah Nurizzati mendakwa penangkapan khalwat itu bukanlah satu perangkap manakala dia dan Shahrizal mempunyai hubungan istimewa.
Dalam pada itu Zaleha berkata, terpulanglah kepada masyarakat untuk mempercayai kenyataannya atau tidak tetapi apa yang penting pertunangan anaknya dengan Redzwani masih kekal seperti dahulu.
"Saya tidak mahu fikir apa yang orang lain fikir, tetapi saya bangga dengan sikap Redzwani yang sentiasa berada di sisi anak saya ketika kontroversi ini berlaku selain dia turut memberi sokongan moral kepada Shahrizal," katanya.
Sementara itu Zaleha berkata dalam satu pertemuan yang melibatkan Shahrizal, Redzwani dan Farah Nurizzati pada Rabu, ketiga-tiga pihak telah mencapai persetujuan dan kata sepakat.
Ujarnya, dalam perjumpaan itu Shahrizal memutuskan untuk tidak mempunyai apa-apa kaitan lagi dengan Farah Nurizzati.
"Saya harap selepas ini tidak ada lagi pihak ketiga tampil untuk buat kenyataan yang merumitkan keadaan kerana ia secara tidak langsung mengaibkan diri sendiri dan keluarga masing-masing," jelasnya.
* Sumber

Read more...

Jerebu semakin teruk,Semua Sekolah Di Batu Pahat Diarah Tutup Selama Dua Hari

BATU PAHAT: Semua sekolah di Batu Pahat telah diarahkan untuk ditutup selama dua hari berikutan kemerosotan kualiti udara di daerah ini.
Jabatan pendidikan daerah mengeluarkan notis kepada semua sekolah-sekolah berikutan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) yang melebihi 300, yang dianggap berbahaya.
Di SJK (C) Ai Chun (2), guru sekolah dilihat berdiri di luar sekolah, memberitahu ibu bapa pelajar sesi petang berhubung penutupan sekolah.

LEBIH 200 sekolah di Muar, Johor diarah tutup buat sementara berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat paras bahaya iaitu 383. Pengarah Pendidikan Johor Mohd Nor A Ghani berkata keputusan itu dibuat berikutan paras IPU di daerah itu mencecah tahap bahaya, dan tindakan itu melibatkan 76,940 pelajar. Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini melaporkan Muar merupakan kawasan yang paling teruk dilanda jerebu dengan IPU 383 pada 11 pagi meningkat daripada 337 pada 7 pagi Khamis
Guru Besar Ho Weng Tack berkata sekolah itu menerima arahan daripada pejabat daerah pada tengah hari supaya menutup sekolah pada hari Khamis dan Jumaat untuk kesihatan dan keselamatan pelajar.
"Sekolah ini sedikit huru-hara hari ini kerana kita sibuk memaklumkan kepada ibu bapa, menghantar mesej teks dan dalam masa sama mengendalikan pelajar sesi pagi," katanya ketika ditemui di sekolah itu di Jalan Mohd Khalid.
Ho berkata sekolah-sekolah akan menunggu notis selanjutnya daripada jabatan pendidikan berhubung kelas gantian.
* Sumber mStar Online

Read more...

Perayaan Aneh, Pesta Lempar Bangkai Tikus

Festival lempar tikus (Foto: Youtube)

EL PUIG - Sebuah acara tahunan yang diadakan di Sepanyol ini terbilang sangat unik. Hal itu dikarenakan semua orang berkumpul dan saling melemparkan bangkai tikus yang telah dibekukan.

Setiap tahun pada Minggu terakhir Januari, Kota El Puig, Sepanyol mengadakan acara Sant Pere Festival yaitu pesta lempar bangkai tikus. Penduduk setempat maupun pelancong dari seluruh dunia yang berkumpul di lapangan untuk berperang dengan menggunakan tikus yang sudah dibekukan. Demikian dilansir Oddity Central, Rabu (19/6/2013).

Sant Pere Festival ini sudah berabad-abad di rayakan di bandar El Puig. Pada awalnya pertempuran tikus ini terjadi, ketika beberapa abad silam orang-orang senang melemparkan bangkai tikus itu satu sama lain.

Untuk memperingati acara yang mengesankan tersebut, maka pertempuran tikus ini dilakukan setiap tahun.

Pada 2012 silam perayaan aneh ini sempat di kecam oleh organisasi hak-hak binatang, tapi warga El Puig tidak menghiraukan kecaman tersebut dan tetap melangsungkan perayaan Sant Pere

* Sumber okezone.com


Read more...

Ibu Bapa restu anak Gadis buat Maksiat

Imej google
Alor Gajah: Sepasang suami isteri bagaikan merestui anak gadisnya melakukan maksiat apabila tergamak membiarkan wanita itu tidur bersama kekasihnya di rumah mereka di Masjid Tanah, dekat sini, semalam.
Kegiatan itu terbongkar apabila sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyerbu rumah pasangan suami isteri berusia 49 dan 46 tahun itu sebelum menemui anak gadis mereka berusia 20 tahun bersekediaman dengan kekasihnya berusia 26 tahun, pada jam 1.10 pagi.
Ketika kejadian, bukan saja pasangan suami isteri berkenaan berada di rumah itu, malah anak gadisnya berusia 19 tahun serta nenek kepada pasangan wanita itu yang berusia 78 turut berada di rumah berkenaan.
Lebih menyedihkan ibu bapa suspek seolah-olah tidak terkejut dengan kehadiran lelaki bukan mahram itu bermalam bersama anaknya, malah langsung tidak menunjukkan reaksi marah.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM Rahimin Bani berkata, berdasarkan aduan, penguat kuasa bergegas ke rumah itu dan selepas mengetuk serta memberi salam, pintu dibuka anak gadis pemilik rumah berusia 19 tahun.
Katanya, pemeriksaan lanjut menemui seorang warga emas yang uzur berada di ruang tamu dan pemeriksaan lanjut menemui pasangan suami isteri tidur di dalam sebuah bilik.
“Apabila diperiksa sebuah lagi bilik ia dibuka seorang gadis dan ketika ditanya siapa berada di dalamnya dia menyatakan tiada sesiapa, dan pemeriksaan kemudian menemui seorang lelaki yang tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.
“Pegawai JAIM turut melakukan soal tanya terhadap ibu bapa gadis berkenaan dan mereka mengakui mengenali lelaki terbabit, bagaimanapun memberi alasan tidak mengetahui kehadiran kekasih anaknya itu,” katanya.
Rahimin berkata, pasangan terbabit ditahan untuk siasatan lanjut, malah mereka mengakui beberapa kali tidur sebilik di rumah berkenaan walaupun ibu bapa kepada gadis itu mengetahuinya.
Katanya, lelaki terbabit memberi alasan menumpang tidur di rumah teman wanitanya selepas menghadapi krisis dengan keluarganya.
“Dia sampai di rumah berkenaan sejak petang dan keluarga wanita itu mengetahui kehadiran lelaki terbabit, malah siasatan mendapati mereka juga mengakui pernah terlanjur di rumah itu,” katanya yang turut menjelaskan pasangan itu mengenali hampir tiga tahun.
Beliau berkata, pasangan berkenaan ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan muhrim.
“Jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara 24 bulan atau kedua-duanya,” katanya.


Read more...

Wanita terencat akal dijadikan hamba

Pembantu Ejen Khas Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Eric Smith (kanan) menjawab soalan wartawan pada sidang media selepas tiga suspek (gambar kecil) ditahan kerana mengurung secara salah dan penyeludupan manusia di Ohio Amerika Syarikat.

Chicago: Seorang wanita terencat akal dan anak perempuannya dibiarkan hidup di bilik bawah tanah di Ohio bersama ular dan anjing pitbull dengan mendapat layanan seperti hamba selama lebih dua tahun, kata pendakwa Amerika Syarikat. 

Kes itu mendapat perhatian selepas wanita terbabit ditangkap kerana mencuri sekeping gula-gula dan beliau memaklumkan kepada polis lebih rela untuk dipenjarakan daripada pulang ke rumah hidup bersama teman serumahnya. 

Tiga suspek Jordie Callahan, 26, Jessica Hunt, 31 dan Daniel Brown 33, yang mengurung wanita terbabit ditahan atas dakwaan penyeludupan manusia selepas satu siasatan pihak berkuasa. 

Perhambaan moden 

“Kita sekali lagi diingatkan mengenai perhambaan moden yang masih wujud di sekeliling kita,” kata Peguam Amerika Syarikat bagi daerah utara Ohio, Steven Dettelbach. 

“Mangsa dalam kes ini mengalami keganasan, ancaman, keadaan hidup tidak seperti manusia dan perbuatan ngeri lain.” 

Tuduhan dibuat kira-kira sebulan selepas wanita muda terbabit yang dikurung lebih sedekad ditemui di sebuah rumah di Cleveland, kira-kira 110 kilometer ke utara sebuah bandar kecil di mana wanita kurang upaya itu didakwa menjadi hamba. 


Ancam dicederakan 

Wanita yang tidak didedahkan nama itu terpaksa menerima ancaman bahawa anak perempuannya yang kini berusia lima atau enam tahun akan dicederakan atau dipisahkan darinya jika tidak melakukan apa yang disuruh, kata pendakwa. 

Malah kedua-dua mereka terpaksa tidur di atas lantai simen di bilik bawah tanah yang sentiasa berkunci yang turut menempatkan seekor iguana yang sering berkeliaran. 

Mereka juga sering kali dipukul, diancam dengan anjing dan ular serta sentiasa dipantau untuk memastikan wanita terbabit tidak membuka ikatan tangan anak perempuannya atau mendapatkan makanan atau air untuk anak perempuannya itu. 

Mereka turut membotakkan kepalanya ala mohawk dan menulis kata-kata seperti ‘pelacur’ atau perkataan hinaan lain di muka dan dadanya menggunakan pen dakwat kekal, kata kertas tuduhan. 

Sering kena ikat 

Budak perempuan terbabit pula sering kali diikat dan dikunci di sebuah bilik dan tidak dibenarkan menggunakan bilik air sehingga ibunya selesai semua kerja rumah. 

Antara senarai tugas yang terpaksa dilakukan termasuk menjaga binatang kurungan termasuk seekor ular berbisa, ular sawa bola dan ular sawa Burma.

Ibu terbabit juga dipaksa menyerahkan kad manfaat kerajaannya dan jarang sekali diberikan wang. 

Malah mangsa memberitahu polis beliau biasanya terpaksa menunggu sehingga jam 8 malam untuk memberikan sebarang makanan kepada anak perempuannya itu. 


- AFP (BH)


Read more...

Terpedaya cinta Facebook, gadis dirogol


MARANG - Terpesona dengan kenalan cinta Facebook, seorang jurujual perempuan berusia 17 tahun menjadi mangsa rogol lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial itu di sini, Isnin lalu.

Difahamkan, mangsa yang tinggal di Marang, Terengganu itu mula mengenali lelaki terbabit kira-kira dua bulan lalu dan suspek mengajak mangsa keluar makan bersamanya kira-kira jam 11 malam.

Bagaimanapun lain pula jadinya apabila suspek  membawa mangsa ke sebuah bangsal di Kampung Bukit Parit di Marang untuk melakukan adegan ‘ringan’ sebelum mengajak mangsa melakukan hubungan seks.

Mangsa menolak ajakan itu, namun suspek tetap berdegil dan tidak mempedulikan rayuan mangsa dan bertindak merogolnya.

Lebih malang, seorang lagi lelaki yang dikenali suspek tiba-tiba muncul selepas itu dan turut merogol mangsa secara bergilir-gilir termasuk meliwat mangsa.

Suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang ke Kuala Terengganu kira-kira jam 2 pagi pada Selasa lalu.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian.

Polis juga telah menahan seorang individu di Kampung Bukit Parit, di sini untuk siasatan lanjut.

* Sumber Sinarharian



Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP