GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 13 Disember 2013

Kes Skandal Adi Putra Dengan Isteri Orang Gugur

Adi Putra (dua dari kanan) bersama isterinya, Aida dan dua peguam-peguamnya.
KUALA LUMPUR: Pelakon Adi Putra berasa lega apabila bebas daripada sebarang dakwaan berhubung kes skandal dengan wanita berstatus isteri orang pada September lalu.
Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, berkata, pihak peguamnya memaklumkan keputusan siasatan rasmi polis sejak empat bulan lalu telah diklasifikasikan sebagai 'no further action' (NFA) atau tiada tindakan lanjut sekali gus membuktikan dia tidak bersalah.
"Pihak peguam saya telah menerima keputusan rasmi daripada pihak polis pada 2 Disember lalu berhubung keputusan hasil siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya.
"Ini jelas bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atas diri saya dan ia telah selesai," katanya pada sidang media khas yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini kira-kira pukul 8.30 malam Khamis.
Adi turut ditemani isterinya Aida atau Zuhaidah Yusof, 38, dan juga tiga orang peguamnya iaitu Mohd Daud Ismail, Zamri Idrus dan Muhammad Abd Kadir.
Adi Putra
Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.
Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu suami wanita itu.
Bagaimanapun selepas tiga bulan kes berkenaan senyap, timbul pula gosip mendakwa kononnya Adi telah menggunakan pengaruh orang kenamaan bagi menutup kes tersebut.
Dalam perkembangan sama, Adi berkata, dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan kes tersebut dan menganggap ia telah selesai.
Bagaimanapun kata Adi, sekiranya ada pihak yang cuba mengaitkannya dengan niat menjatuhkan reputasinya sebagai selebriti dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah.
Adi Putra (kanan) tenang menjawab soalan wartawan sambil diperhatikan salah seorang peguamnya.
"Saya tidak teragak-agak sekiranya ada pihak yang menggunakan media cetak atau elektronik semata-mata untuk merosakkan kerjaya saya selepas ini," katanya.
Tambah Adi, dia bersyukur doa daripada ibu, isteri dan para peminatnya telah membuktikan dia tidak bersalah.
Sepanjang kes itu disiasat Adi sentiasa tenang walaupun namanya telah tercalar teruk akibat kejadian itu.
"Saya tenang sepanjang tempoh ini dan ia tidak menggagu saya sebenarnya kerana sokongan dan doa daripada orang-orang terdekat dengan saya.
"Kerjaya dan kehidupan peribadi juga tidak terganggu dan ia sebenarnya menguatkan diri saya," jelasnya.
Sementara itu, mengulas mengenai tindakan wanita yang dikaitkan dengan isu skandalnya itu yang akan membuat sidang media pada Jumaat, Adi berkata, dia tidak mempunyai sebarang hak untuk menghalang pihak berkenaan.
Namun kata Adi, dia mungkin akan mendapatkan perintah injunksi daripada mahkamah untuk menghalang pihak tersebut daripada terus memburukkannya.
"Ini adalah pengakhiran daripada saya dan sekiranya masih ada perkara berbangkit yang cuba memburukkan saya, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan," ujarnya.
Sumber mStar Online

Read more...

`Ayahanda’ dicekup dalam operasi dadah

GOMBAK: Kegiatan seorang ahli kumpulan kongsi gelap berpangkat ayahanda yang menjalankan kegiatan mengedar dadah di sekitar Kampung Wira Damai dekat sini, tumpas selepas polis menyerbu kediamannya, petang tadi.
Dalam serbuan kira-kira jam 2.30 petang itu, sepasukan polis dari Balai Polis Selayang bersama pasukan Ops Cantas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menyerbu kediaman lelaki terbabit yang terletak di atas bukit di Kampung Wira Damai dan merampas ketulan mampat dipercayai ganja seberat 1.3 kilogram (kg).
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika serbuan itu suspek berusia 68 tahun mengaku pemilik kediaman itu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di dalam rumah itu polis menemui dua ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 1.3 kg.
"Dadah disyaki jenis ganja itu disembunyikan di celah anak tangga di bahagian dapur rumah itu.
"Kita menahan suspek selepas menerima aduan daripada orang ramai mengenai peningkatan kegiatan dadah di kawasan ini," katanya.

Abdul Rahim berkata, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Selayang dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.
Sumber myMetro

Read more...

Khamis, 12 Disember 2013

Wanita yang digelar Skandal Adi Putra akan Dedah Kes Esok

Adi Putra
PETALING JAYA: Ketika pelakon Adi Putra, 32, mengambil peluang untuk mengadakan sidang media berhubung skandalnya dengan isteri orang pada malam Khamis (malam ini) wanita tersebut pula akan membuat sidang media serupa pada Jumaat (esok).
mStar Online dimaklumkan, wanita berusia 30 tahun itu akan ditemani suaminya dan seorang peguam untuk mendedahkan perkembangan terbaharu berhubung siasatan kes berkenaan.
Sidang media itu akan diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada pukul 4 petang.
Terdahulu Adi Putra akan mengadakan sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis kira-kira pukul 8 malam.
Adi diberitakan akan menjelaskan perkembangan kes berkenaan termasuklah kononnya dia tidak bersalah.

Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.
Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu suami wanita itu.
Bagaimanapun selepas tiga bulan kes berkenaan senyap, timbul pula gosip mendakwa kononnya Adi telah menggunakan pengaruh orang kenamaan bagi menutup kes tersebut.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Sumber mStar Online



Read more...

India haramkan semula hubungan homoseks


imej google

New Delhi: Mahkamah Agung India semalam mengharamkan semula hukuman seks sesama jenis selepas memansuhkan keputusan membenarkan perlakuan luar tabie itu oleh mahkamah rendah pada 2009. 

Mahkamah Agung itu memutuskan, hanya Parlimen India yang dapat meminda undang-undang dalam isu berkenaan dengan membuang satu fasal kanun keseksaan sejak abad ke-19. 


Berikutan itu, ia memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi Delhi membuat keputusan di luar bidang kuasanya, empat tahun lalu. 

Menteri kanan kerajaan menyatakan mereka akur dengan keputusan berkenaan. 
Kami perlu akur dengan keputusan itu, kata Menteri Dalam Negeri, Sushilkumar Shinde. 

Keputusan Mahkamah Agung perlu dihormati oleh kerajaan," kata Menteri Kehakiman, Kapil Sibal. 

Seksyen 377 dalam kanun keseksaan India mengharamkan hubungan seks di luar tabie. 
Kebanyakan pihak mentafsirkannya sebagai merujuk kepada hubungan seks sejenis dan pihak bersalah boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun. 

Peraturan itu sudah termaktub dalam undang-undang sejak era penjajahan Britain. 
Dalam keputusan 2009, hakim mengecualikan kesalahan jika hubungan sesama jenis itu adalah atas dasar suka sama suka selepas permohonan mengenainya dikemukakan oleh pertubuhan hak seksual, Yayasan Naz. 


- AP(BH)


Read more...

Madonna putuskan hubungan dengan ‘anak ikan

Madonna
Hollywood: Penyanyi Madonna dikhabarkan sudah berpisah dengan teman lelakinya yang berusia 25 tahun, Brahim Zaibat.
Penyanyi lagu hit ‘Girl Gone Wild’ itu yang baru-baru ini pulang ke New York daripada kunjungan kebajikan ke Haiti bersama bekas suaminya, Sean Penn, dilaporkan mengakhiri hubungan tiga tahun dengan penari latar itu selepas Zaibat menyertai rancangan ‘Dancing With The Stars’ versi Perancis.
Satu sumber memberitahu PerezHilton.com, Madonna menganggap teman lelakinya itu terlalu mementingkan diri sendiri.
Satu lagi sumber berkata, hubungan itu berakhir kerana cinta jarak jauh dan tanggungjawab kerja.
Ada juga dakwaan mengatakan Madonna rasa ‘dipergunakan’ dan menegaskan ‘tiada lagi peluang’ untuk mereka bersatu kembali pada masa depan.
Bekas pasangan itu dilihat menghabiskan masa bersama hanya beberapa kali sejak beberapa bulan kebelakangan ini, di sebalik khabar angin mengatakan penyanyi itu akan bersatu semula dengan Penn, yang diceraikannya pada 1989 selepas empat tahun hidup bersama.

Madonna membawa anak lelakinya, Rocco, 13, hasil perkahwinannya dengan Guy Ritchie dalam kunjungannya ke Haiti bersama aktor pemenang Oscar itu bulan lalu untuk memantau tugasan dilakukan Organisasi Bantuan Rakyat Haiti yang ditubuhkan aktor terbabit.
Kunjungan itu dibuat sejurus selepas pelakon ‘Milk’ itu menyifatkan bekas isterinya ‘sangat panas’ apabila dia menyaksikan konsert Madonna di Los Angeles pada Oktober lalu.
Seorang saksi berkata: “Keserasian mereka jelas kelihatan.

Madonna nampak seolah-olah membuat persembahan hanya untuk Penn dan Penn mengatakan penyanyi itu ‘cukup hebat dan sangat panas’.

Sumber

Read more...

Padah tertidur dalam pesawat

imej google

Houston: Seorang penumpang yang tertidur dalam penerbangan ke Los Angeles, terjaga dan mendapati dirinya keseorangani dalam pesawat yang gelap dan kosong.

Tom Wagner sepatutnya menukar pesawat Jumaat lalu di Lapangan Terbang Intercontinental George Bush. 

Namun, tiada petugas sedar dia masih tidur di tempat duduk belakang pesawat dari Louisiana.Saya lihat tiada siapa dalam pesawat. Ia dikunci, lampu dimatikan. Tiada bunyi enjin. Seolah-olah ia direhatkan untuk malam itu, katanya dari California. 

Wagner, 51, menghubungi teman wanitanya yang meminta kakitangan pesawat menyelamatkannya.

Dia tidak panik sebaliknya tersenyum dan berkata: Saya mesti keluar dari sini. Namun saya perlu ke bilik air terlebih dulu. Saya berjalan, mencari bilik air dalam gelap

-AP


Read more...

Bakar kereta polis lepas disaman

KERETA yang hampir rentung dalam kejadian di Kapar, kelmarin.
Kapar: Berang disaman polis kerana melanggar lampu isyarat merah dan tidak memakai topi keledar, seorang lelaki nekad membakar kereta Toyota Vios milik seorang anggota polis berpangkat konstabel dalam kejadian di sebuah taman perumahan di daerah ini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa berusia 20-an sedang tidur di rumahnya sebelum dikejutkan dengan bunyi penggera kereta miliknya yang diletakkan di hadapan rumah.
Menurut sumber, curiga dengan bunyi penggera itu, mangsa bingkas bangun dan keluar meninjau keadaan di luar sebelum menyedari keretanya sudah terbakar.

Katanya, tanpa berlengah, mangsa segera memadam kebakaran keretanya itu bagi mengelak ia merebak dan membahayakan jiran yang tinggal bersebelahan.
Menurutnya, kereta mangsa terbakar di bahagian depan dan belakang manakala cermin hadapannya berlubang dipercayai di baling botol berisi petrol.
“Siasatan awal mendapati, rakan serumah mangsa yang juga bertugas di balai polis sama ada mengeluarkan saman kepada seorang lelaki yang menaiki motosikal kerana tidak mematuhi lampu isyarat merah serta tidak memakai topi keledar di sekitar Klang kira-kira jam 3 pagi, hari yang sama.

“Namun, lelaki terbabit yang berusia 20-an itu berang kerana disaman dan mengeluarkan kata kesat dan mengugut rakan serumah mangsa itu.

“Tidak gentar dengan ugutan itu, rakan serumah mangsa tetap mengeluarkan saman. Namun, dia tidak menyangka lelaki itu akan membalas dendam dengan membakar kereta yang disangka kereta anggota polis yang menyamannya,” katanya.

Sumber berkata, sepasukan polis berjaya menahan empat lelaki di sekitar Klang dan seorang daripada mereka mengaku membakar kereta rakan mangsa yang disangka kereta mangsa menggunakan minyak petrol bersama dua lagi rakannya.

Sumber myMetro


Read more...

4 Gambar,Zain Saidin dan Rozita Che Wan sah Bergelar Suami Isteri

Zain Saidin bergelar suami dengan sekali lafaz. - Foto: IKRAM ISMAIL
SHAH ALAM: Dengan sekali lafaz, pelakon Zain Saidin, 29, kini sah menjadi suami kepada aktres Rozita Che Wan, 40, di Gazebo Setia City Convention Centre, di sini.
Majlis berlangsung kira-kira pukul 9.10 malam Rabu.
Pasangan itu dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Ustaz Alwi Parman.
Rozita diwalikan oleh adiknya, iaitu Roshidi Che Wan.
Pelakon itu menerima sembilan peti hantaran termasuklah wang hantaran dalam bentuk cek berjumlah RM23,200, mas kahwin RM9,300 dan juga cincin nikah bernilai RM93,000.
Peti hantaran yang dibawa turut mengandungi telekung dan sejadah, set minyak wangi, beg tangan, sepersalinan kain, kasut, sirih junjung, telefon bimbit dan cincin.
Manakala pihak lelaki pula menerima sebanyak sembilan peti hantaran berupa baju Melayu, kemeja-T, kasut, beg dan tali pinggang, sirih junjung, set minyak wangi, gelang tangan dan jam serta cincin.
Pada majlis tersebut, Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin yang memakai baju Melayu warna krim masuk ke dewan lebih awal dan diikuti oleh Rozita kira-kira pukul 8.30 malam.

Rozita menggayakan kebaya moden berwarna sama rekaan Man Kajang.
Wanita itu kemudian disarungkan cincin pertunangan oleh ibu Zain iaitu Siti Aishah Abdullah sebelum majlis akad nikah bermula.
Suasana majlis pernikahan Zain Saidin dan Rozita di Shah Alam, Selangor.
Pada majlis itu Rozita turut menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta tajaan Habib Jewels.
Sementara itu Zain berkata, dia gembira akhirnya dia menjadi suami kepada Rozita dan berharap agar perkahwinan mereka akan mekar sehingga ke akhir hayat.
"Selama ini kami susah senang bersama. Walaupun masing-masing sibuk dengan karier, Alhamdulillah, kami akhirnya disatukan juga.
"Harap-harap tiada lagi gosip berkaitan dengan kami selepas ini," selorohnya.
Seramai 200 tetamu termasuklah keluarga dan rakan media menghadiri majlis akad nikah bertemakan ala taman itu.
Zain menyarungkan cincin ke jari manis isterinya, Rozita. - Gambar ihsan: IKRAM ISMAIL
Antara selebriti yang hadir ialah Tasha Shilla, Nur Fathia, Ayu Raudhah, Mazlan (Pet Pet), kakak Zain iaitu Sasha Saidin, Micheal Ang dan Azza (Elite).
Majlis persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan pada Jumaat ini di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Setia City pada pukul 8 malam.
Sementara itu, Astro Ria menerusi saluran 104 merupakan penyiar rasmi bagi majlis akad nikah dan persandingan kedua-dua pengantin itu.
Rozita yang merupakan seorang janda mempunyai dua orang anak iaitu Aniq Ezzra, 15, dan Ammar Effendy, 17, hasil perkahwinan terdahulu dengan Azuar Effendy Zulkafly, 41. Mereka berpisah pada 2003.
Sumber mStar Online

Read more...

Rabu, 11 Disember 2013

4 Gambar, majlis perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin

Suasana majlis ijab-kabul antara Zain Saidin dan Rozita Che Wan
SHAH ALAM: Dengan sekali lafaz, pelakon Zain Saidin, 29, sah menjadi suami kepada aktres Rozita Che Wan, 40, pada majlis akad nikah yang diadakan di Gazebo, Setia City Convention Centre, di sini, pada malam Rabu.
Sumber gambar rotikaya.com
Pasangan itu dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Ustaz Alwi Parman. Rozita diwalikan oleh adiknya Roshidi Che Wan.
                                                      
Ia berlangsung kira-kira pukul 9.10 malam.
Rozita menerima sebanyak sembilan peti hantaran termasuklah cek wang hantaran RM23,200, mas kahwinRM9,300 serta cincin nikah bernilai RM93,000.

Sumber gambar rotikaya.com
Sumber


Read more...

3 Gambar,Proton Perdana baru kenderaan rasmi kerajaan

Proton Perdana baru untuk kerajaan didatangkan dalam dua warna, iaitu hitam metalik dan "purple grey" dengan kapasiti enjin 2.0L dan 2.4L. Bagaimanapun, kereta ini tidak dijual kepada orang awam buat masa ini. FOTO Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Proton Perdana berwajah baru sebagai kenderaan rasmi kerajaan.
Proton Perdana berwajah baru itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan. 
Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baru turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Pada majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N. Turut hadir Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan menteri-menteri kabinet.
Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baru turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 
Pada majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N. Turut hadir Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan menteri-menteri kabinet.
Sumber myMetro

Read more...

Selepas Syiling 5 Sen Erma Fatima Beri Rabecca Islam Wang kertas RM1 Pula

PETALING JAYA: Selepas dikejutkan dengan penerimaan wang syiling 5 sen berjumlah RM11,200, Rabecca yang menang saman terhadap Erma Fatima menerima pula wang kertas RM1 dengan jumlah yang sama daripada pengarah drama itu.
Rabecca, 27, berkata, dia menerima wang itu melalui pejabat peguamnya iaitu Nordin Othman pada pukul 10 pagi Selasa selepas dia bertindak memulangkan syiling 5 sen yang diterimanya sebelum ini.
"Tidak mengapa, jika cara itu dapat memuaskan hati insan bernama Fatimah Rahmad (Erma), saya reda.
"Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala-galanya, syukur Alhamdulillah," kata Rabecca menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS) yang dikirimkan kepada mStar Onlinepada Selasa.
Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengarahkan pengarah dan penerbit drama itu mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca sebanyak RM11,200 (40 peratus berserta lima peratus faedah) daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.
Kedua-dua artis itu sebelum ini pernah bertegang urat apabila Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus sehingga menyebabkan Rabecca memfailkan saman pada 23 Julai 2013.
Inilah wang kertas RM1 yang diberikan Erma kepada Rabecca.
Bagaimanapun pihak peguam Erma bersama beberapa pembantu menyerahkan wang tuntutan berkenaan menggunakan wang syiling 5 sen di pejabat Nordin yang dimasukkan dalam beberapa bungkusan termasuk sebuah kotak yang terdapat Al-Quran.
Namun, pihak Rabecca pula memulangkan wang tersebut kepada Erma dan meminta penerbit dan pengarah itu membayar wang tuntutannya dengan cara berhemah iaitu tidak menggunakan syiling.
Sementara itu, tambah Rabecca, dia menerima wang tersebut dengan hati yang terbuka kerana enggan memanjangkan lagi isu tersebut.
Dia juga tidak mahu lagi dikaitkan dengan Erma sebaliknya ingin memberi fokus terhadap kerja amal di mana dia akan berada di Kuantan, Pahang pada petang Rabu (hari ini) bagi membantu mangsa-mangsa banjir.
"Saya akan bertolak ke Kuantan pada pagi Rabu untuk membantu dan berjumpa dengan mangsa-mangsa banjir. Doakan yang baik-baik ya," ujarnya.
Sumber mStar Online


Read more...

Alat kelamin satu ancaman

Washington: Memeriksa bahagian sulit tahanan penjara Guantanamo adalah penting untuk mengekalkan keselamatan di pusat itu yang menempatkan pejuang musuh. 

Ketika sesi perbicaraan rayuan semalam, pendakwa kerajaan Amerika Syarikat, Edward Himmelfarb berhujah, memeriksa bahagian sulit banduan sama seperti pemeriksaan alat pengimbas di lapangan terbang. 


seperti pemeriksaan TSA di lapangan terbang, ia tidak seteruk seperti yang didengar, kata Himmelfarb, sambilmenambah pemeriksaan dilakukan dengan tangan kosong, seperti TSA. 

Pemeriksaan itu wajar dengan Guantanamo adalah kemudahan tentera yang menempatkan musuh, katanya. 


BH


Read more...

Rozita Che Wan Gayakan Barang Kemas RM11 Juta Pada Malam Berinai

Che Ta dan Zain menggayakan busana berona ungu pada majlis berinai mereka.
SHAH ALAM: Pelakon Rozita Che Wan tampil menawan apabila menggayakan barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM11 juta sempena malam berinai yang berlangsung di Dewan N'Dah Shah Alam di sini, malam Selasa.
Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 40, memasuki dewan kira-kira pukul 9 sambil menggayakan kebaya moden berwarna ungu gelap rekaan Rizman Ruzaini ditemani bakal suaminya aktor Zain Saidin, 29.
Pelakon drama Kiah Pekasam itu menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta.
Duduk di atas pelamin yang dihiasi bunga putih, Rozita dan Zain turut memakai inai tajaan My Beautiful Henna.
Selepas selesai majlis berinai, pasangan tersebut menukar persalinan kedua dari rona putih rekaan Bianco Mimosa.

Pada sesi kedua itu Rozita turut menggayakan set berlian merangkumi sebentuk tiara, cokar mutiara kuning dan berlian, dua bentuk cincin berlian kuning, sepasang anting-anting labuh serta dua pasang rantai tangan berlian lebar bernilai RM5 juta.
Seramai 200 orang tetamu hadir yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, media dan rakan-rakan artis antaranya Datuk Aznil Nawawi, Ayu Raudhah, Sharifah Shahora dan Mazlan Pet Pet.
Sementara itu, anak sulung kepada Rozita, Ammar Effendy, 17, gembira ibunya bakal mengakhiri zaman jandanya dan berharap kebahagiaan tersebut kekal ke akhir hayat.
"Tiada apa yang lebih penting dari melihat ibu gembira dan Uncle Zain juga saya lihat seorang yang bertanggungjawab dan baik hati," katanya.
Pasangan itu akan dinikahkan pada malam Rabu di Pusat Konvensyen Setia City di sini selepas solat Maghrib.

Sumber mStar Online


Read more...

Bunuh diri kerana dipaksa beli belah

Beijing: Seorang lelaki membunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah selepas bertengkar dengan teman wanitanya yang mendesak agar mereka terus membeli-belah.
Rakaman kamera CCTV menunjukkan Tao Hsiao, 38, menemani teman wanitanya membeli-belah di sebuah pusat beli-belah di Xuzhou, Jiangsu, timur China.
Selepas lima jam Tao yang keletihan mengajak teman wanitanya pulang.

Saksi berkata, Tao dikatakan memberitahu teman wanitanya yang barang dibeli sudah mencukupi dan mereka sudah membawa terlalu banyak beg.
Foto
MAYAT Tao terdampar di atas lantai selepas jatuh dari tingkat tujuh pusat beli-belah di Xuzhou, Jiangsu, timur China.
Bagaimanapun, wanita terbabit mendesak agar mereka pergi ke sebuah lagi kedai kasut yang menawarkan potongan harga.
“Mangsa memberitahu yang wanita itu sudah mempunyai banyak kasut, lebih banyak daripada yang boleh dipakainya sepanjang hayat dan tiada guna membeli sepasang lagi.

“Wanita terbabit mula menjerit dan menuduhnya kedekut serta merosakkan semangat Krismas. Mereka r bergaduh besar,” kata saksi berkenaan. 

Pergaduhan terhenti apabila Tao menghempaskan beg beli-belah mereka ke lantai dan terus terjun dari balkoni.

Dia jatuh di atas pokok Krismas sebelum jatuh ke lantai menyebabkan orang ramai yang terkejut bertempiaran lari kerana panik.

Petugas kecemasan tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian tetapi mendapati Tao sudah tidak bernyawa.

Jurucakap pusat beli-belah berkata, mayat Tao dialihkan dengan segera.

“Mangsa jatuh di satu daripada kedai di tingkat bawah sebelum jatuh ke lantai.

“Ini adalah insiden yang tragik tetapi tempoh waktu ini mungkin detik sukar bagi sesetengah orang,” katanya, semalam.
- Agensi


Read more...

Gosip Bercumbuan Calar Hati Keluarga - Tasha Shilla

Tasha Shilla
PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla berkata tuduhan kononnya dia bersikap kurang sopan apabila bercumbuan dengan individu bernama Hans di sebuah kafe hotel terkemuka telah mencalarkan hati keluarganya.
Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 26, berkata, walaupun ibu dan ayahnya tidak menunjukkan perasaan sedih di depannya, namun dia tahu gosip tersebut pasti membuatkan kedua-dua mereka berasa sedih.
"Ibu dan ayah mana yang tidak sedih apabila anak mereka digosipkan dengan perkara-perkara memalukan?
"Sudahlah sebelum ini ada berita kononnya saya ditangkap khalwat. Sekarang pula, saya dikatakan bercumbuan di khalayak ramai.
"Walaupun mak dan ayah tahu cerita sebenar, tetapi mereka terpaksa berdepan pelbagai persoalan daripada rakan-rakan dan saudara. Mujurlah mereka faham dan percayakan saya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Tasha bersama lelaki yang dikatakan kekasihnya.
Pada 4 Disember lalu, sebuah akhbar melaporkan Tasha bercumbuan dengan Hans di sebuah kafe hotel terkemuka.
Bagaimanapun Tasha menafikan sekeras-kerasnya perkara itu yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal apabila melakukannya di tempat awam lebih-lebih lagi ketika menghadiri majlis rasmi.
Sementara itu, pelakon yang popular menerusi drama Cinta Bertamu Di Abu Dhabi ini menyifatkan sikapnya yang mudah mesra dan tidak melenting membuatkan ada segelintir pihak sengaja mengambil kesempatan mengada-adakan cerita buruk mengenainya.
"Saya seorang yang tidak mudah melenting dengan apa-apa isu yang timbul. Tetapi janganlah 'provoke' saya dengan cerita-cerita rekaan sendiri. Kalau nak cakap isu ini telah mencalarkan nama saya, rasanya gosip sebelum ini lagi teruk.
"Tapi sampai bila gosip-gosip buruk sebegini mahu berterusan? Selagi saya boleh tahan, saya tahan. Tetapi bagaimana dengan mak dan ayah? Jangan sampai saya terpaksa mengehadkan kemesraan saya bersama orang sekeliling saya," tuturnya.
Dalam perkembangan lain, Tasha bakal sibuk dengan penggambaran drama Dinginnya Sahara bersama aktor Afiq Muiz di Bandung, Indonesia pada pertengahan bulan ini.
Manakala pada tahun depan, Tasha akan bergandingan bersama Nazim Othman menerusi drama Gerimis Salju, di mana penggambarannya akan dijalankan di Korea Selatan.
"Alhamdulillah, setakat ini gosip-gosip buruk tidak pernah menjejaskan kerjaya saya.
"Saya percaya apabila mempunyai disiplin dalam kerja, kita akan mendapat kepercayaan daripada penerbit," ujarnya yang juga terlibat dengan klip video kumpulan baharu iaitu Bendang.
Sumber mStar Online

Read more...

Jantan tak Cukup 3 Isteri,masih lagi merogol

Hulu Klang: Dia sudah mempunyai tiga isteri dan 10 anak, namun masih belum puas melayani kehendak nafsu apabila tergamak merogol remaja baru berusia 13 tahun.
Taktik lelaki berusia 55 tahun itu ialah menjadikan mangsa anak angkatnya dan mengumpan dengan wang apabila memberi belanja RM300 sebulan selain selalu menambah nilai kad prabayar telefon bimbit gadis berkenaan.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Maz, 13, berkata, dia mengenali lelaki terbabit yang dipanggil ‘papa’ melalui beberapa rakan sekolahnya tahun lalu.

Menurutnya, rakan memberitahu lelaki itu baik hati dan suka mengambil pelajar sebagai anak angkat.
Bagaimanapun, katanya, pada pertengahan Oktober lalu, suspek membawanya ke sebuah hotel di kawasan Selayang, dekat sini, kira-kira jam 8 malam dan memaksanya mengadakan hubungan seks.
Sumber myMetro


Read more...

Selasa, 10 Disember 2013

Nikah esok 11.12.13, Rozita Che Wan akui berdebar

TARIKH 11 Disember (esok), akan menjadi saksi penyatuan dua hati antara dua selebriti Zain Saidin dan Rozita Che Wan. Pasangan yang sudah empat tahun menjalinkan hubungan cinta ini dijangka diijabkabulkan di Gazebo Setia City Convention Centre, Setia Alam sekitar jam 7.30 malam.

Biarpun perkahwinan bersama Zain ini merupakan perkahwinan keduanya, Rozita atau mesra di sapa Che Ta mengakui debaran perkahwinan kedua ini lebih terasa.

Katanya, semua persiapan tela dilakukan dan dia hanya menanti majlis berinai yang akan diadakan di Ndah Mahligai Shah Alam pada jam 8 malam ini.

"Sejujurnya saya sangat berdebar, berbanding perkahwinan sebelum ini. Saya harap semuanya akan berjalan dengan lancar esok (hari ini).

"Alhamdulillah hari ini (semalam), saya hanya berehat-rehat di Ascott Kuala Lumpur yang menaja lokasi penginapan (complimentary) buat saya selama 7 hari 6 malam.

"Memang rasa teruja sebaik mendaftar masuk tadi, apabila setiap sudut bilik dihiaskan dengan bunga kegemaran saya iaitu lily dan turut ada gambar saya dan Zain," katanya kepada Zass.

Che Ta berkata, ke semua ahli keluarganya sudah berada di Kuala Lumpur dan mereka akan berkumpul di Ascott pagi esok sebelum ke majlis berinai.



Tak ambil hati

Sementara itu, dalam kemeriahan dan debaran perkahwinan Che Ta dan Zain, majlis pasangan ini turut di cemuh dan ada sesetengah pihak menganggap kedua-dua selebriti ini cuba menunjuk-nunjuk persiapan perkahwinan mereka yang mendapat tajaan sebanyak RM13 juta.

Bagaimanapun ujar Che Ta, dia dan Zain tidak mengambil hati dengan kata-kata orang lain dan menganggap ia adalah rezeki mereka.

"Soal tajaan itu, pada saya, masing-masing ada pandang. Tapi pada saya, saya sangat berterima kasih pada penaja yang sudi menaja majlis perkahwinan kami dari baju, katering, lokasi, spa dan sebagainya.

"Saya tidak ambil hati dengan apa yang orang hendak katakan," katanya yang akan kembali bekerja selepas pulang dari bulan madu, " katanya.

Sumber sinar


Read more...

Kes naya ! Kanak kanak terencat akal dirantai selama 10 tahun

He Zili diikat dengan rantai 

ZHEJIANG - Malang benar nasib He Zili ( 11 ) . Keluarganya sanggup mengikat dia menggunakan rantai lantaran Zili mengidap gangguan mental .

Bocah yang sudah dirantai selama 10 tahun tersebut terbukti mengidap gangguan jiwa akibat kepalanya terhantuk pada usia satu tahun . Sejak saat itu , keluarganya mengikat Zili dengan rantai di pergelangan kakinya .

Keluarganya berkilah , mereka tidak mempunyai pilihan lain selain mengikat menggunakan rantai kerana ia cenderung menyerang orang - orang di sekelilingnya .

Saat ini dia dirawat oleh datuknya yang menderita cacat fizikal dan ayahnya yang kurang upaya intelektual . Sementara ibunya telah meninggal dunia akibat penyakit kanser .

Sebuah foto yang diambil oleh jurugambar Reuters , William Hong , Zili terlihat tengah dirantai ke tiang rumahnya . Dan apabila ia tengah bermain di luar rumah , ia dirantai dan dibawa berjalan - jalan oleh datuk atau ayahnya .

Banyak pesakit sakit jiwa di China tak mendapatkan pertolongan perubatan kerana kekurangan tenaga perubatan profesional , terutama di kawasan luar bandar .

Kementerian Kesihatan China berkata pada 2010 , hanya ada kira-kira 20,000 psikiater untuk 1.35 bilion penduduk China . ( asiaone.com )

Sumber tribunnews.com


Read more...

Safee Sali pilih gadis Indon

KAD kahwin Mohd Safee
Kuala Lumpur: Penyerang skuad bola sepak kebangsaan Mohd Safee Sali bakal menamatkan zaman duda dengan memilih gadis dari Indonesia dikenali sebagai Shasha sebagai pasangan hidupnya.
Berita mengenai perkahwinan Safee yang bergelar jutawan bola sepak apabila menandatangani kontrak lumayan dengan kelab dari Indonesia Pelita Jaya FC mula tersebar di laman web sebelum ini. 
Bapanya, Sali Mian, 66, ketika dihubungi semalam mengesahkan mengenai perkara itu dan memberitahu Safee bakal mengadakan majlis pernikahannya di Indonesia. 

“InsyaAllah selepas itu majlis perkahwinan akan di adakan di sinilah (Bidor) pada 28 Disember ini,” katanya, namun enggan mengulas lebih lanjut.
Safee sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Sabrina Yusoff pada 2007 namun bercerai pada 2012. Hasil perkongsian hidup dengan Sabrina dia dikurnia dua cahaya mata.
Sumber berita myMetro

Read more...

11.12.13 tarikh popular untuk berkahwin

imej google

Tarikh 11 Disember 2013 - 11.12.13 - kini menjadi hari paling popular untuk pasangan yang mahu mendirikan rumahtangga selepas 10.10.10 (10 Oktober 2010), 11.11.11 (11 November 2011) dan 12.12.12 (12 Disember 2012). 

Malah, beberapa dewan di seluruh Mumbai sudah ditempah untuk hari paling bermakna itu. 

Lucknow, 3,000 majlis kahwin akan berlangsung esok, berdasarkan keterangan beberapa perancang perkahwinan. 

Di daerah Dadar, dewan Suryavanshi Kshatriya Dnyati Samaj menjadi tempat perkahwinan antara Mamta Ibrampurkar dan Shreyas Wadkar. 

Mamta berkata: Saya dan tunang berazam untuk kahwin pada 11.12.13 selepas membaca laporan mengenai pasangan yang berkahwin pada 12.12.12. 

Pada mulanya, keluarga mereka tidak begitu menyokong sebelum mengubah fikiran. 
Pencetak kad perkahwinan, Joaquim D'souza mengakui terlalu sibuk untuk mencetak kad perkahwinan membabitkan tarikh tertentu. 


Kami sudah mencetak kad membabitkan tarikh tertentu sejak 7 Julai 2007 (7.7.7) kerana ia dianggap detik istimewa, katanya. 

Joaquim sudah mencipta kad jemputan khas 11.12.13 untuk pasangan Darshan Kakkar dan tunangnya, Sharon Bangera yang berkata semuanya adalah kebetulan. 
Kami buat keputusan tahun lalu untuk kahwin sebelum 14 Disember kerana bapa saudara Darshan akan ke luar negara pada hari itu. 

Pada ketika itulah kami mula merancang majlis dan mendapati tarikhnya 11.12.13, kata Sharon dan Darshan yang merancang perkahwinan itu berbulan lalu. 

Tukang tilik, Kanika Khatwani berkata tarikh 11.12.13 merujuk kepada suasana romantik dan kasih sayang. 

Seorang ahli perniagaan, Devesh Garg, berkahwin pada 10 Disember 2012 (10.11.12) menyebabkan dia mahu meneruskan tradisi tarikh unik menerusi adiknya, Garvit untuk berkahwin pada 11.12.13. 

Jika seseorang itu berkahwin pada tarikh unik, ia menjadikannya lebih istimewa dan kenangan yang pasti diingati sampai bila-bila, kata Garg.


-AGENSI 



Read more...

Sorok susu celah kelangkang, jubah

imej google
SHAH ALAM - Satu kumpulan yang mencuri susu formula di pasar raya dengan menyembunyikannya di celah kelangkang atau jubah mereka berjaya ditumpaskan pihak polis baru-baru ini.
Ia susulan penahanan 12 suspek termasuk tujuh wanita di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam serbuan pertama di sebuah kedai ubat di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur pada Rabu lalu, 10 orang termasuk pemilik kedai dan empat pekerjanya ditahan ketika mereka menjalankan urusan jual beli barang curi tersebut.
Susulan itu, polis menyerbu sebuah pangsapuri di Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur pada pukul 2.30 petang Jumaat lalu dan menangkap dua lagi suspek.
Sumber kosmo!


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP