GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 4 Januari 2014

12 GAMBAR,KEDAI MENJUAL GANJA SECARA TERBUKA

Co-owner BotanaCare, Cheri Hackett, membawa pelbagai pakej mengandungi ganja di Northglenn, Colorado, Amerika Syarikat, Selasa (31/12/2013). Foto: REUTERS / Rick wilking

BotanaCare, Kedai ganja Rasmi di Colorado

Tarikh 1 Januari 2014 menjadi awal dari babak baru dalam dunia ubat-ubatan di Amerika Syarikat. Pada tarikh tersebut, sebuah kedai ganja legal bernama BotanaCare mula beroperasi di Northglenn, Colorado, Amerika Syarikat. Di tempat ini para pengunjung boleh membeli pelbagai macam paket ganja secara rasmi. Foto: REUTERS / Rick wilking


Danielle Hackett tengah mempersiapkan ganja yang akan dijual di BotanaCare di Northglenn, Colorado, Amerika Syarikat, Selasa (31/12/2013). Foto: REUTERS / Rick wilking

Danielle Hackett tengah mempersiapkan ganja yang akan dijual di BotanaCare di Northglenn, Colorado, Amerika Syarikat, Selasa (31/12/2013). Foto: REUTERS / Rick wilking

Sebuah pakej mengandungi ganja tergeletak di samping bekas berisi wang di BotanaCare di Northglenn, Colorado, Amerika Syarikat, Selasa (31/12/2013). Foto: REUTERS / Rick wilking

Pekerja BotanaCare, Troy McIntyre, menyediakan pelbagai pakej mengandungi ganja di Northglenn, Colorado, Amerika Syarikat, Selasa (31/12/2013). Foto: REUTERS / Rick wilking

Risalah maklumat kedai ganja BotanaCare terlihat di Northglenn, Colorado, Amerika Syarikat, Selasa (31/12/2013). Foto: REUTERS / Rick wilking

Berbagai macam paket ganja kelihatan di kedai ganja BotanaCare di Northglenn, Colorado, Amerika Syarikat, Selasa (31/12/2013). Foto: REUTERS / Rick wilking

Skylar Hall mempersiapkan ganja yang akan dijual di BotanaCare di Northglenn, Colorado, Amerika Syarikat, Selasa (31/12/2013). Foto: REUTERS / Rick wilking

Daun ganja yang siap dipetik terlihat di kebun BotanaCare di Northglenn, Colorado, Amerika Syarikat, Selasa (31/12/2013). Foto: REUTERS / Rick wilking

Grower Steve Jenkins memeriksa pokok ganja di kebun BotanaCare di Northglenn, Colorado, Amerika Syarikat, Selasa (31/12/2013). Foto: REUTERS / Rick wilking

Jesse Phillips menjadi orang pertama yang membeli ganja secara legal di kedai ganja BotanaCare di Northglenn, Colorado, Amerika Syarikat, Selasa (31/12/2013). Foto: REUTERS / Rick wilking

Damian Stasek (kiri) dan Sterling Hamilton menjadi orang kedua dan ketiga yang membeli ganja secara legal di Colorado, Amerika Syarikat, Selasa (31/12/2013). Foto: REUTERS / Rick wilking

Sumber vivanews.com


Read more...

Jumaat, 3 Januari 2014

Bantuan Persekolahan RM100 Akan Dibayar Pada 15hb Januari 2014

Bantuan persekolahan sebanyak RM100 akan disalur kepada pelajar bermula 15 Jan ini, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.
   
"Duit RM100 ini mesti diserahkan kepada ibu bapa pelajar berkenaan. Sama ada ibu  bapa nak guna duit ini nak bayar yuran PIBG (persatuan ibu bapa dan guru), itu hak mereka...tapi pihak sekolah tidak ada hak untuk potong lebih awal," katanya kepada pemberita hari ini.
   
Menurutnya, kementerian itu telah mengeluarkan surat pekeliling  mengenai perkara tersebut kepada semua sekolah.
   
"Jadi, kita tidak mahu lagi dengar aduan daripada ibu bapa di mana pihak sekolah mengenakan bayaran terhadap ibu bapa yang menerima bantuan ini," katanya yang ditemui selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Batang Benar, SK  Sendayang dan Kolej Tunku Kurshiah (TKC) dekat sini, sempena hari pertama sesi
persekolahan 2013.
   
Selain sekolah kerajaan yang mempunyai lima juta pelajar, bantuan tersebut turut diagih kepada  pelajar sekolah lain seperti sekolah jenis kebangsaan, persendirian dan agama.
   
Bantuan itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2013. Ini adalah kali kedua pembayaran tersebut dilakukan yang meliputi semua pelajar sekolah rendah dan menengah tanpa mengira pendapatan keluarga.
   
Bagi ibu bapa yang tidak mahu mengambil bayaran tersebut, mereka boleh memulangkannya kepada sekolah yang mesti mengembalikannya kepada Kementerian Pelajaram.
   
Sementara itu, Puad berkata sebanyak 428,493 murid memasuki tahun satu di sekolah kerajaan kali ini, sementara sebanyak 15 sekolah baharu (rendah dan menengah) dibuka.
   
Mengulas perkembangan lain, beliau berkata kementerian akan membina enam kabin sebagai bilik darjah sementara bagi menampung keperluan murid tahun satu di Sk Batang Benar.
   
"Saya harap dalam tempoh dua minggu ini akan dapat dimulakan kerja pembinaan enam bilik darjah kabin ini. Bilik darjah kabin ini bukan kontena tapi ia adalah bangunan biasa model kabin. Pembinaan kabin ini saya harap dapat disiapkan dalam tempoh tiga minggu," katanya.
   
Kesesakan di bilik darjah menyebabkan sebahagian murid tahun satu di sekolah berkenaan terpaksa ditempatkan di surau dan makmal sains.
     
"Untuk jangka panjang, pihak sekolah ada memohon pembinaan lapan bilik darjah yang baru untuk menampung pertambahan murid sekolah itu. Kita juga akan mempertimbangkan pembinaan sekolah baru di Pajam," katanya.
   
Mengenai TKC, beliau berkata kolej itu berpindah dan memulakan sesi persekolahan secara rasmi di kompleks baharu di Bandar Enstek di sini hari ini.
   
Kompleks baru TKC terletak di kawasan seluas 17.4 hektar membabitkan kos kira-kira RM75 juta dan boleh menampung sehingga 900 pelajar.
   
Sebelum ini kolej itu terletak di Jalan Tunku Kurshiah, Seremban.
   
Katanya, kementerian itu sedia mempertimbangkan permohonan untuk mengekalkan TKC lama di Jalan Tunku Kurshiah sebagai sekolah berasrama penuh untuk pelajar perempuan.
    "
Perkara ini kita bawa dalam mesyuarat di peringkat kementerian. Bagaimanapun kita tunggu keputusan menteri pelajaran," katanya.  

- Bernama


Read more...

Kejam ! Remaja berusia 16 tahun dirogol dan dibakar hidup hidup

Penunjuk perasaan membawa sepanduk ketika mengadakan bantahan bagi memperingati ulang tahun pertama kematian seorang pelajar yang dirogol beramai-ramai dalam sebuah bas di New Delhi, minggu lalu.

Kolkata: Seorang remaja India dirogol beramai-ramai di dalam dua kejadian serangan berasingan dan mati selepas dibakar hidup-hidup, mencetuskan bantahan di Kolkata di timur India semalam, kata polis semalam. 

Remaja berusia 16 tahun itu pertama kali diserang pada 26 Oktober dan sekali lagi pada hari berikutnya oleh sekumpulan enam lelaki berhampiran rumahnya di bandar Madhyagram, 25 kilometer ke utara Kolkata. 


Kejadian rogol kedua berlaku ketika beliau pulang ke rumah selepas melaporkan serangan pertama di sebuah balai polis. 

Beliau kemudian dibakar pada 23 Disember dan mati di sebuah hospital kerajaan lewat malam tahun baru, kata polis. 

“Beliau mengakui di hadapan pegawai kesihatan beliau dibakar oleh dua orang yang ada kaitan dengan dakwaan ketika bersendirian di rumah pada 23 Disember,” kata polis tempatan, Nimbala Santosh Uttamrao. 

Penahanan pertama 

Polis membuat penahanan pertama pada Rabu, dua bulan selepas kejadian jenayah awal, kata ketua polis tempatan, Rajiv Kumar. 


“Suspek cuba membunuh anak perempuan saya dengan membakarnya untuk menutup jenayah mereka,” kata bapa mangsa, seorang pemandu teksi dari negeri miskin India, Bihar. 

Semua nama mangsa dan bapanya tidak didedahkan atas alasan perundangan. 

Beratus-ratus aktivis melakukan bantahan di Kolkata pada Rabu berikutan jenayah itu yang mengejutkan selepas setahun kejadian jenayah seksual dilaporkan meluas di India. 

Kejadian rogol, serangan dan penganiayaan terhadap wanita di India menjadi perhatian sejak 12 bulan lalu selepas sekumpulan lelaki merogol seorang pelajar berusia 23 tahun dalam sebuah bas yang bergerak di New Delhi pada Disember 2012, sehingga mencetuskan kemarahan di seluruh negara. 

Parlimen sejak itu meluluskan undang-undang lebih tegas untuk menghukum perogol. 

Aktivis berkata mangsa rogol di India sering berhadapan dengan ancaman serius daripada penyerang mereka manakala pihak polis sering kali tidak menggalakkan mangsa untuk membuat laporan. 


- AFP(BH)


Read more...

LIVE STREAMING MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU KE 8

Kumpulan Sepahtu kembali mengamat diminggu ke7.. kita tengok apa jadi kumpulan Sepahtu diminggu ke8 pula.. 

Saksikan Video MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 diminggu ke7
 

Read more...

Berbaris beli untuk membeli Ganja

BEBERAPA orang berbaris dalam cuaca sejuk untuk membeli ganja di Kelab Kanabis di Breckenridge, Colorado kelmarin.

PUEBLO BARAT, Colorado - Sejumlah orang sanggup berbaris di luar sebuah kedai yang menjual ganja di sini kelmarin.

Situasi yang sama juga kelihatan di Kelab Kanabis di Breckenridge apabila beberapa orang beratur dalam cuaca sejuk untuk membeli ganja.
Penjualan 28 gram ganja untuk setiap penduduk negeri Colorado yang berusia 21 tahun ke atas mula dilaksanakan pada 1 Januari lalu.
"Saya telah menunggu sepanjang hidup saya untuk membeli ganja seperti ini," kata seorang penduduk, Scott Van Pelt yang berusia 43 tahun di luar Kelab Kush di Denver, negeri ini. 
- Agensi(kosmo!)


Read more...

Kanak kanak meninggal dalam kereta selepas ditinggalkan selama 9 jam

KAKITANGAN hospital membawa keluar mayat seorang kanak-kanak yang ditemui tidak sedarkan diri dalam kenderaan bapa, semalam.
Kuantan: “Kami terlupa, minta maaf.” Demikian kata seorang wanita berusia 39 tahun selepas anaknya yang berusia tiga tahun, Muhammad Arif Mohd Yusof ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang, semalam, selepas ditinggalkan dalam kenderaan selama kira-kira sembilan jam.
Bagaimanapun, keluarga mangsa yang ditemui di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, petang semalam, enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan menyerahkannya untuk siasatan polis.
Harian Metro difahamkan, kejadian berlaku apabila bapa mangsa yang berusia 41 tahun terlupa untuk menghantar anak bongsunya itu ke sebuah taska di Indera Mahkota, di sini, sebelum menyedari mangsa berada di bahagian tempat duduk belakang kenderaannya kira-kira jam 5.30 petang, semalam.

Sumber berkata, pasangan suami isteri terbabit keluar dari rumah mereka di Kampung Pandan 2, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi, semalam, bersama lima anak mereka untuk dihantar ke sekolah.
Katanya, bapa mangsa kemudian menghantar dua anak bersama isterinya yang bekerja sebagai pembantu tadbir ke sebuah sekolah menengah di Pandan, di sini.
Sumber myMetro


Read more...

Khamis, 2 Januari 2014

Maksiat disana sini dimalam tahun baru 2014

Sanggup ibu ini membawa anaknya bersama ke sebuah hotel untuk melakukan maksiat.

GEORGETOWN - Sanggup seorang ibu membawa dua anaknya yang masih kecil ‘menemaninya’ melakukan maksiat.

Ibu yang berstatus isteri orang itu dicekup Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) melalui Ops Ambang Maksiat 2014 di sebuah hotel apartmen di sini.

Melalui operasi yang bermula jam 2 pagi itu mendapati seorang lelaki dengan selamba berada di ruang tamu bilik hotel berkenaan sedangkan wanita berkenaan berada di dalam bilik tidur.

Lebih mengejutkan apabila penguatkuasa juga terjumpa dua kanak-kanak perempuan berusia tiga dan enam tahun di sebuah lagi bilik tidur.

Dalam nada selamba lelaki tersebut mengaku dia ditemani rakannya sedangkan selepas penguatkuasa membuat pemeriksaan wanita itu pula mengaku lelaki tersebut sebagai suaminya.

Jawapan yang berbeza itu akhirnya menyebabkan kegiatan maksiat mereka dapat dihidu JAINPP sehingga membuktikan kedua-dua mereka berstatus suami dan isteri orang lain.


Wanita sarat mengandung turut dicekup

Bukan itu saja, seorang wanita yang sarat mengandung lapan bulan turut dicekup bersama teman lelakinya di sebuah hotel.

Wanita yang ditangkap dalam keadaan menggeletar dalam sebuah bilik itu mengaku anak yang dikandungnya adalah hasil hubungan dengan teman lelakinya itu, namun sebaliknya lelaki tersebut tidak mengaku.

“Itu bukan anak saya, itu anak dia dengan orang lain,” kata lelaki tersebut.

Terpaksa masuk ikut tingkap

Sementara itu, di salah sebuah hotel di Tanjung Tokong di sini, lima penguatkuasa terpaksa berhempas pulas memasuki sebuah bilik melalui tingkap tandas.

Hampir 30 minit lamanya penguatkuasa mengetuk pintu dan memberikan amaran, namun kedua-dua pasangan yang berusia lingkungan 20an itu tetap tidak mahu membukanya.

Disebabkan itu, tingkap kecil setinggi lebih satu meter terpaksa dipanjat oleh salah seorang penguatkuasa dan kemudiannya membuka pintu bilik air.

“Kenapa tak mahu buka pintu? Sikap degil anda begini hanya membuatkan ramai orang susah,” tegur Ketua Unit Operasi dan Penguatkuasaan, Khairul Azman Azizan.
"Kami takut, saya rasa gementar," demikian jawapan lelaki tersebut.

Sementara itu, teman wanitanya duduk tersorok di tepi almari solek dan bertindak degil apabila cuba disiasat oleh penguatkuasa wanita.

Adik-beradik dicekup

Manakala, dua adik-beradik lelaki turut dicekup atas kesalahan berkhalwat dengan pasangan masing-masing di sebuah hotel murah di Tanjung Bungah, di sini.

Mereka menempah hotel yang sama namun kedua-duanya dicekup di tingkat yang berlainan.

Di hotel yang sama, seorang kakitangan awam turut ditahan bersama pasangannya.

Lelaki tersebut memberitahu dia hanya singgah di hotel berkenaan selepas selesai kerjanya untuk sambutan malam tahun baru di Padang Kota Lama.

39 individu ditahan

Khairul Azman berkata, Operasi Ambang Maksiat 2014 itu dijalankan di Daerah Timur Laut, Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS).

Menurutnya, operasi yang bermula dari jam 2 hingga 7 pagi itu berjaya menahan 39 individu mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat.

Jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara, ataupun kedua-duanya sekali.

“Kali ini operasi yang dijalankan berbeza kerana kami hanya menumpukan Seksyen 27 berbanding dengan Seksyen 29 iaitu perbuatan tidak sopan, ini memandangkan faktor cuti dan juga sumber maklumat yang diterima.

“Kami menerima maklumat hotel di kawasan-kawasan panas telah penuh ditempah, dan kebanyakan mereka ini datang untuk menyambut tahun baru yang mana persembahan bunga api dinanti sejak jam 8 malam hingga 12 tengah malam'

"Jadi selepas waktu itu mereka sudah letih dan melihatkan situasi dan pengalaman kami mendapati mereka akan mendaftar masuk ke hotel.

“Jika sambutan ini diadakan pada hujung minggu kemungkinan yang melakukan Seksyen 29 lebih ramai kerana ramai yang akan menghabiskan masa di tepi pantai dan sebagainya,” katanya.

Operasi itu turut disertai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAINPP, Yusuff Ahmad dan 20 penguatkuasa.


Sumber sinar


Read more...

7 perkara ini membuat Wanita Merasa Lebih Seksi

Perempuan mana yang tidak tersipu ketika dipuji seksi oleh pasangan atau suami mereka , kerana pada dasarnya perempuan senang dibilang cantik dan seksi .

Kapan terakhir kali anda merasa seksi dalam kulit anda sendiri ? Tak ingat ? Tak masalah , berikut kami persembahkan tujuh perkara yang akan menumbuhkan unsur sensual dalam diri anda sebagai seorang perempuan moden yang percaya diri .

1 . pakaian Shapewear
Daripada terus - terusan mengenakan daster , ada baiknya sesekali merasakan sensasi material sutera yang lembut dan sensual melalui koleksi pakaian yang menggoda . Tidak perlu memilih yang menerawang dan telus , paling tidak mampu mencetak lekuk tubuh anda agar kelihatan seksi . Agar gambaran maksimum , kunci harus percaya diri , jangan khawatirkan masalah berat badan atau selulit .

2 . Kasut hak tinggi
Sekalipun anda bukan jenis perempuan yang gemar memakai kasut hak tinggi , namun sebagai perempuan , sekurang-kurangnya anda perlu memilikinya , walau hanya satu pasang . Kerana layaknya sebuah pelaburan , kasut hak tinggi akan menjadi " penyelamat " postur tubuh agar kelihatan semakin menarik . Di samping itu , kasut jenis ini ampuh dalam mendedahkan kaki sehingga kelihatan lebih jenjang dan seksi .

3 . Pakaian dalam berwarna merah
Warna merah serupa dengan segala sesuatu yang mencerminkan sesuatu yang seksi dan " nakal " . Jadi , apabila anda sedang ingin kelihatan seksi , maka warna merah adalah pilihan yang tepat untuk merealisasikannya . Lain masa anda sedang ingin memberikan pengalaman bercinta yang lain untuk suami , kenakanlah bra warna merah untuk mengepam rasa percaya diri anda .

4 . Lipstik merah menyala
Lipstik merah menyala boleh menyampaikan keinginan anda yang sedang ingin menjadi pusat perhatian , serta mengedepankan unsur keberanian , keindahan , dan kepercayaan diri anda . Jangan selalu bermain " selamat " pada riasan wajah anda , kenakan sesuatu yang tak pernah anda kenakan sebelumnya . Seperti yang pernah diungkapkan oleh Gnwyneth Paltrow " Kecantikan bagi saya adalah mengenai hal - hal yang selesa di kulit anda sendiri . Selain itu , kecantikan itu adalah pulasan lipstik merah menyala di bibir . "

5 . Memanjakan diri dengan mandi buih
Bagi perempuan , mandi bukan hanya sekadar membersihkan tubuh , tapi juga sebagai ritual memanjakan diri sendiri selepas aktiviti harian yang mendera stamina . Terkadang berendam dalam kehangat air berbuih dapat membuat perempuan merasa seksi , apalagi jika ditemani dengan segelas white wine dan buku atau majalah kegemaran .

6 . Little black dress
Perempuan dan little black dress mempunyai hubungan yang karib dan telah terbina semenjak lama . Hanya dengan satu helai pakaian hitam , perempuan akan merasa lebih langsing , misteri dan penuh pesona . Tidak percaya ? Cuba saja sendiri !

7 . minyak wangi
Cari aroma yang benar - benar mencerminkan keperibadian anda , wangian yang khas akan menjadi identiti diri anda , sehingga dapat membuat orang selalu teringat dengan anda hanya dengan menghirup aroma tersebut , walaupun anda tak ada di sisinya .

Sumber kompas.com


Read more...

Trending FB: Ramai murid tersepit di kerusi?

  • Wajah murid-murid yang dirakam tersepit pada kerusi di hari pertama persekolahan yang tersebar di laman sosial Facebook. Foto Ihsan Facebook

SHAH ALAM - Hari ini merupakan hari pertama untuk sesi persekolahan bagi tahun 2014 bagi sesetengah negeri, pelbagai ragam dan keletah murid-murid yang menarik perhatian lensa kamera. 
 
Carian Sinar Harian Online di laman sosial Facebook mendapati ‘keterujaan serta kegembiraan’ murid yang baru memasuki alam persekolahan terselit dengan adegan ‘mencuit hati' tak kurang juga yang mencemaskann.

Gambar yang ini hanya kes terpencil
 
Mana tidaknya tindakan segelintir murid yang dirakam lensa kamera dari seluruh pelusuk negara melihatkan pelbagai ragam. Ada yang menangis, tertidur, gembira malah ada yang tersepit di kerusi. 
 
Benarkah gambar-gambar yang dikongsikan ini adalah senario sebenar, mungkin pembaca di luar sana ada jawapannya. 
 
Kepada pembaca, sekiranya anda maklumat sahih mengenai ‘kejadian’ ini bolehlah berkongsi bersama kami.

Sumber sinarharian


Read more...

Raja Azmi kini Lebih Manja, Hilang Panas Baran sejak bergellar isteri

Raja Azmi
PETALING JAYA: Produser filem Raja Azmi merasakan dia menjadi seorang yang lebih manja sejak bergelar isteri kepada gitaris kumpulan CRK, Mohd Eddie Ghazali, 46, pada 13 Oktober tahun lalu.
Raja Azmi atau nama sebenarnya Raja Azmi Raja Sulaiman, 55, berkata, dia menjadi sedemikian kerana suami berjaya melayan kerenahnya selain seorang yang romantik.
"Eddie memang suka memanjakan saya. Dia layan saja karenah saya yang ada masanya seperti kebudak-budakan.
"Selain itu, dia juga seorang yang sangat romantik. Cuma dia lambat sikit dalam bab memujuk apabila berlaku perselisihan faham. Alhamdulillah, kami cukup bahagia," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Tambah Raja Azmi, walaupun dilayan seperti itu namun dia tetap menghormati suami dan tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
Dalam pada itu, penerbit filem ...Dalam Botol ini berkata, dia juga dapat melihat perubahan dirinya apabila bersikap tenang berbanding sebelum ini yang mudah panas baran.
Raja Azmi lebih tenang dan bersikap diplomasi sejak berkahwin dengan Eddie.
"Sebenarnya, saya tidak tahu apa yang dah berubah dalam diri, tetapi anak-anak beritahu yang saya sekarang ini lebih 'cool'.
"Kalau dulu, sesiapa yang buat hal, saya akan terus saman, tetapi sekarang ini saya lebih berdiplomasi," selorohnya.
Sementara itu, bersempena dengan permulaan tahun 2014, Raja Azmi turut berazam agar kehidupannya bersama suami dan keluarga kedua-dua belah pihak akan bahagia.
Malah, Raja Azmi berkata dia juga merancang untuk menerbitkan sebuah program bual bicara yang membabitkan dia sebagai pengacaranya pada tahun ini.
"Agak lama juga saya merancang mahu mengacara program sendiri, jadi tahun ini saya akan pastikan agar perancangan ini berjaya pada tahun ini juga," ujarnya.
Hasil perkahwinan pertama Eddie, dia dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohd Daniel, 22 dan Mohd Effy, 20.
Manakala Raja Azmi pula mempunyai tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 29, Puteri Suaida, 25, dan Megat Deli, 20, hasil perkahwinannya dengan jurulatih badminton negara, Jalani Mohamad Sidek.

Sumber mStar Online


Read more...

Kes Naya ! Padah kerana membantu kanak kanak ke Hospital

Stephen Sawyer
New York: Seorang pembantu perubatan kecemasan digantung kerja selepas melanggar peraturan majikannya kerana membawa seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang sawan ke hospital menggunakan ambulans.
Stephen Sawyer, 20, dianggap melakukan kesalahan apabila memandu ambulans sedangkan peraturan menyatakan pemandu perlu berusia sekurang-kurangnya 21 tahun.
Dia menerima panggilan kecemasan ketika berada di ibu pejabat skuadnya di Ellenville bersama seorang rakan setugas dan pemandu ambulans.
Akhbar Times Herald-Record melaporkan, panggilan itu dibuat paramedik yang berada di rumah mangsa.
Selang dua minit kemudian, satu lagi panggilan diterima membabitkan lelaki warga emas yang cedera akibat jatuh.
Sawyer mengarahkan pemandu ambulans yang ada bersamanya memberi bantuan kepada pemanggil kedua tanpa menyedari tiada kenderaan lain untuk dihantar ke rumah mangsa pertama.
Berikutan itu, Sawyer menghabiskan 15 minit menghubungi empat perkhidmatan ambulans lain untuk meminta bantuan namun semuanya sibuk atau berada terlalu jauh.
Sawyer kemudian memutuskan untuk memandu sendiri ambulans ke rumah mangsa dan membawa kanak-kanak itu bersama ibunya serta paramedik terbabit ke hospital.
“Jiwa saya pasti tak tenteram jika tidak mempedulikan nasib kanak-kanak sekecil itu,” katanya yang juga bomba sukarelawan serta anggota polis bantuan.
 - Agensi

Read more...

Faralyna Idris Sudah Temui Pengganti Hairul Azreen

Faralyna Idris
PETALING JAYA: Pelakon Faralyna Idris mengakui sudah pun menemui kekasih baharu selepas putus cinta dengan aktor Hairul Azreen pada Februari 2013.
Faralyna, 24, berkata, dia sudah pun menjalinkan hubungan cinta dengan kekasihnya itu sejak lapan bulan lalu, namun enggan mendedahkan identiti sebenar lelaki itu kerana berasa perhubungan mereka masih baharu.
"Apa yang saya boleh katakan, kekasih saya itu bukanlah daripada kalangan golongan yang terlibat dengan industri hiburan tempatan.
"Hubungan kami baru tujuh bulan dan rasanya masih lagi terlalu awal untuk dikongsikan kepada umum," katanya.
Tambah Faralyna, dia juga enggan mendedahkan identiti kekasihnya itu kerana risau jika perhubungan cinta itu tidak menjadi seperti pengalamannya bersama Hairul sebelum ini.
Dalam pada itu, pelakon drama Dan Calonnya Adalah.. itu berkata, dia juga gembira kerana bertemu dengan seorang lelaki yang bukan daripada kalangan orang industri hiburan kerana sejak berpisah dengan Hairul, dia mahu mengelak bercinta dengan selebriti.
"Rasanya, nak kata serik bercinta dengan artis, tak juga. Cuma saya mengharapkan agar tidak jatuh cinta dengan lelaki yang bergelar selebriti.
"Ini dapat memudahkan saya memberi tumpuan dalam kerja lakonan, manakala pasangan saya pula fokus dengan kerjayanya sendiri," ujarnya.
Sumber mStar Online

Read more...

Pasangan pelajar IPTA dicekup di Hotel Bajet

imej
SEPANG: Dua pasangan termasuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan seorang wanita yang membawa anak sebagai 'benteng' untuk mengaburi pihak berkuasa ditahan dalam operasi mencegah maksiat sempena tahun baru sekitar hotel bajet sekitar Sepang, awal pagi tadi.
Operasi yang dijalankan Pejabat Agama Islam (PAID) dan Pejabat Daerah/ Tanah Sepang itu turut menahan seorang remaja lelaki ketika sedang berdua-duaan dengan pasangannya yang juga warga asing dan bukan Islam. 
Ketua Unit Operasi yang juga Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang Abd Halim Mat Esa berkata, serbuan diadakan di beberapa hotel bajet di sekitar daerah Sepang membabitkan 75 anggota. 
Katanya, operasi itu bertujuan membanteras kegiatan tidak bermoral di kalangan remaja yang kini dilihat semakin membimbangkan terutama masalah pembuangan bayi yang semakin berleluasa.
"Pasangan pelajar IPTA yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu hanya kerana desakan nafsu sehingga membawa mereka ke bilik hotel tanpa memikirkan masa depan dan perasaan orang tua.
"Kita kesal kerana mereka terjebak dengan kegiatan maksiat dalam usia semuda ini, malah pelajar wanita mungkin akan disingkirkan dari universiti," katanya ketika ditemui selepas operasi berkenaan. 

Ketiga-tiga pasangan yang ditahan itu dibawa ke balai polis Dengkil untuk siasatan lanjut dan didakwa di bawah Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Sumber 


Read more...

Kekasih hati busuk,tidak benarkan teman wanita mandi

Segamat: Akibat cemburu buta, seorang lelaki meminta teman wanitanya tidak mandi selama beberapa hari bagi memastikan tiada yang tertarik apalagi mahu memikatnya.
Selain itu, remaja berusia 16 tahun berkenaan juga tidak dibenarkan menghias diri ketika berada di khalayak ramai.
Dia dilarang bersolek apalagi mengenakan gincu dan tidak boleh memakai minyak wangi. 

Jika ingkar dengan permintaan itu, remaja berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ani akan dibelasah.
“Sepanjang setahun kami bercinta, sudah tiga kali saya dibelasah, tetapi kerana sayang dan dia sentiasa berjanji mahu berubah, saya teruskan juga hubungan,” katanya.
Sumber myMetro


Read more...

Nama keluarga terpanjang 36 abjad dalam lesen

 
LESEN memandu baru Janice.
Honolulu: Seorang wanita Hawaii yang mempunyai nama terdiri daripada 36 abjad akhirnya mendapat lesen memandu dan kad pengenalan sempurna.
Janice Lokelani mempunyai nama keluarga ‘Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele’ yang mengandungi 35 huruf ditambah dengan okina, tanda yang biasa digunakan dalam abjad Hawaii.
Dia menerima lesen memandu dan kad pengenalan baru selepas usahanya untuk memuatkan nama penuhnya dalam dokumen berkenaan mendorong Jabatan Pengangkutan Negara menambah bilangan abjad yang boleh tampil pada dokumen terbabit. Janice, 54, semalam berkata, dia gembira kerana dapat membantu menyelesaikan masalah kad pengenalan yang kekurangan ruang untuk mereka yang mempunyai nama yang panjang.
“Kini di Hawaii, kami bukan lagi warga negara kelas kedua disebabkan oleh nama kami yang panjang,” katanya. Lesen memandu dan kad pengenalan Hawaii sebelum ini hanya mempunyai ruang untuk nama dengan 35 abjad. Dasar baru itu membenarkan 40 abjad nama keluarga, 40 abjad untuk nama pertama dan 35 abjad untuk nama kedua dimuatkan dalam lesen memandu.
Janice mendapat nama keluarga Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele apabila berkahwin dengan suaminya yang berasal dari Hawaii pada 1992.
Sumber

Read more...

Rabu, 1 Januari 2014

Najwa Latif nafi kena raba peserta himpunan Turun

Najwa Latif

‘ITU tidak benar. Saya tidak ‘tweet’ sebegitu’. Demikian reaksi penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Cinta Muka Buku’,  Najwa Latif berhubung penyebaran mesej bergambar yang menyerupai akaun Twitter miliknya, semalam.

Mesej bergambar itu seolah-olah mendakwa peserta himpunan Turun di Dataran Merdeka semalam melakukan keganasan dan gangguan seksual.

Mesej bergambar itu dikatakan menjadi “viral” di laman sosial dan mendapat kritikan hebat daripada peminat dan peserta himpunan terbabit yang kesal dengan tuduhan liar tersebut malah ia turut mengaitkan seorang isteri pemimpin tertinggi negara.

Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif mendakwa kenyataan yang dimuat naik dengan menggunakan laman mikro, Twitter menyerupai akaunnya itu dipercayai direka oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan menjatuhkan reputasinya sebagai seorang artis yang berhijab.

Menurutnya, perkara itu disedari pada lewat malam semalam selepas membuat persembahan sempena sambutan ambang tahun baharu 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

“Itu tidak benar, saya tidak ada ‘tweet’ sebegitu, dan saya boleh katakan ia palsu. Setakat ini benda itu tiada dalam Twitter saya sendiri, jadi, saya rasa itu adalah palsu, ada orang lain edit, mungkin menggunakan perisian grafik komputer.

“Semalam, selepas saya buat persembahan di Dataran Merdeka anjuran DBKL dalam pukul 1 pagi saya perasan perkara itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Najwa turut menafikan terlibat dengan sebarang aktiviti selepas selesai membuat persembahan di Konsert KL New Year Countdown 2014’ anjuran Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL).

“Saya memang berada di Dataran Merdeka kerana ada persembahan tahun baru. Cuma, saya tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti selepas itu.

“Saya menyanyi pada jam 11.15 malam, ketika itu keadaan masih tenang lagi. Tiada apa-apa yang berlaku dan semua orang masih OK. Sekitar jam 11.40 malam saya sudah berada dalam kereta untuk balik,” katanya.

Biarpun perkara tersebut telah menjejaskan reputasinya, namun Najwa tidak berhasrat untuk membuat laporan polis dan sudah memaafkan pelaku tersebut.

“Setakat ini tiada (laporan polis) kerana saya sebelum ini pernah kena, apa pun berlaku saya maafkan.

“Apa pun Tuhan tahu, dan apa yang berlaku semalam, pengurus saya, kakak saya tahu. Tak perlu nak buat fitnah kerana ia boleh menjatuhkan imej orang lain juga. Jadi, berhentilah daripada buat perkara sebegitu,” katanya.

Sumber 


Read more...

Gambar gambar menarik Himpunan TURUN sempena tahun baru 2014


 Himpunan ini dinamakan 'Himpunan Turun' yang merupakan inisiatif dari rakyat sendiri yang diketuai Kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dan beberapa lagi NGO lain.















Sumber Gambar diatas harakahdaily



Sumber Gambar diatas BH


Read more...

Remaja perempuan Lepasan SPM dirogol dan diLiwat saudara sendiri

KAMPUNG RAJA – Seorang remaja perempuan lepasan SPM mendakwa dirogol dan diliwat saudara yang juga teman lelakinya dalam sebuah rumah kosong di Bukit Keluang, di sini, lebih dua tahun lalu.

Kejadian dikatakan bermula ketika mangsa yang kini berusia 17 tahun, dibawa saudara dua pupunya itu ke rumah tersebut dengan menaiki motosikal pada hari ketiga Aidiladha 2011.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian itu didakwa berlaku ketika mangsa berusia 15 tahun, manakala suspek yang kini penuntut sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur berusia 26 tahun.

Menurutnya, mangsa mendakwa sebaik tiba di rumah kosong itu, suspek bertindak merogol dan meliwatnya dengan paksaan, malah suspek turut menampar mangsa.

“Kata mangsa, kali terakhir mereka melakukan hubungan seks pada Oktober lalu di rumahnya di Kuantan, Pahang.

“Pada Khamis lalu, mangsa tampil membuat laporan polis berkaitan kejadian pertama kerana mendakwa suspek enggan bertanggungjawab selain mengugut sekiranya mangsa melaporkan hal berkenaan kepada keluarga,” katanya.

Kamaruddin berkata, mangsa kemudiannya dihantar menjalani pemeriksaan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan dan pegawai perubatan mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa.

Menurutnya, polis sedang memburu suspek yang kini berusia 28 tahun beralamat di Kampung Keluang, di sini dan kes disiasat Inspektor Azira Md Razak di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Sumber sinar


Read more...

Sibuk Uruskan Keluarga, Fasha Sandha Tetap Jaga Disiplin Kerja

Fasha tetap jaga disiplin dilokasi walaupun kini komitmennya pada keluarga.
PETALING JAYA: Pelakon Fasha Sandha menegaskan tetap menjaga disiplin kerja yang telah diamalkan sejak dahulu lagi walaupun dia kini sibuk menguruskan rumah tangga dan anaknya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, lapan bulan.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 29, berkata, dia tidak mahu statusnya sebagai isteri dan ibu dijadikan alasan untuk tidak memberikan terbaik kepada tumpuannya ketika berada di lokasi.
"Sejak dahulu lagi saya memang amalkan disiplin dalam bekerja dan walaupun saya sudah mempunyai komitmen lain tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak menjaga perkara itu.
"Jika kita susun masa dengan baik, Insya-Allah semuanya akan berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah," katanya.
Sementara itu, Fasha berkata, pada tahap ini dia tidak lagi memikirkan tentang populariti sebagai selebriti sebaliknya mahu memberikan tumpuan kepada lakonan yang kini dianggap sebagai hobinya.
Jelas Fasha, keluarga adalah keutamaannya kini dan mengakui sudah puas mengecap populariti semasa zaman solonya sebelum ini.
Fasha dan suaminya, Jejai.
"Tiada apa ingin saya kejarkan lagi dan kehidupan yang saya lalui kini adalah impian sejak dahulu. Tentang populariti itu saya tidak kisah lagi kerana ia bukan lagi keutamaan saya.
"Apa yang lebih penting saya menjaga keluarga dan melunaskan tanggungjawab dalam kerjaya dengan baik," katanya.
Dalam pada itu, Fasha berkata, dia juga bersikap lebih selektif dalam tawaran yang datang kepadanya kerana ingin menyesuaikan dengan tanggungjawabnya sebagai ibu dan isteri.
"Dari dulu lagi saya memang selektif tetapi kini saya turut menimbangkan sama ada sesuatu penggambaran itu terlalu lama atau perlu berjauhan dengan keluarga," katanya.
Pun begitu kata Fasha, jadualnya sepanjang 2014 telah pun penuh dan memudahkannya untuk membahagikan masa di antara kerjaya dan keluarga.
Sumber mStar Online 


Read more...

Merompak untuk bayar hutang M-16

MAZLAN (tengah) menunjukkan raifal M-16 yang digunakan untuk menyamun kedai serbaneka di Tanah Merah malam kelmarin.

KOTA BHARU – Gara-gara kedai emas sudah tutup, tiga penjenayah bersenjatakan raifal M-16 yang terdesak untuk membayar hutang pembelian senjata api tersebut nekad merompak sebuah kedai serbaneka di Tanah Merah dekat sini malam kelmarin dan melarikan wang tunai RM300 dari premis itu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, sebelum rompakan pada pukul 8.10 malam, tiga penjenayah itu sebenarnya merancang untuk merompak kedai emas di sekitar bandar ini tetapi malangnya kedai emas yang menjadi sasaran ketika mereka tiba sudah ditutup.
KOSMO!

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP