GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 11 Januari 2014

Akhirnya Linda Onn dedah suami secara rasmi

  • Akhirnya Linda Onn dedah suami secara 'rasmi'

WALAUPUN sebelum ini penyampai radio popular, Linda Onn enggan berkongsi hari bahagianya bersama pemberita sekaligus menghalang peminatnya menatap wajah suaminya, namun semalam Linda telah berkongsi wajah pasangan hidupnya.

Linda, 36 yang telah melangsungkan perkahwinan pada 27 Disember lepas telah berkongsi gambar bersama suaminya Ungku Azhar di laman sosialnya.

"Yeay! Linda baru dapat gambar nikah dari jrufotor rasmi tadi.

"Terima kasih suami ku Ungku Azhar untuk gambar itu.

"Sayang kamu 'like a love song'...muahh," tulisnya di laman mikro itu.

Linda dilihat memakai busana berwarna putih sedondon dengan suaminya.


Sumber sinar hiburan


Read more...

Wanita Kunyah atap Kereta ketika bergaduh

Rhian Jeremiah bertindak seperti Richard Kiel ( Jaws ) dalam  watak penjahat Filem James Bond
Cardiff: Seorang wanita mengejutkan orang ramai apabila bertindak menggigit bumbung kereta mereka selepas terbabit dalam pergaduhan.
Perbuatan Rhian Jeremiah, 26, menggigit bumbung kereta Fiat 500 itu tidak ubah seperti watak penyangak dalam filem James Bond yang dikenali sebagai Jaws. 
Selina Day, 23, memberitahu Mahkamah Majistret Aberystwyth semalam, dia dan dua rakannya terkejut apabila terdengar bunyi besi dikerkah Rhian yang dipercayai mabuk ketika itu.
Katanya, mereka bertiga sebelum itu meletakkan kereta di luar sebuah restoran makanan segera sebelum tiba-tiba dihampiri Rhian yang kelihatan agresif dan marah.
“Wanita itu cuba membuka pintu sambil memaki hamun namun saya tidak faham apa dikatakannya kerana dia terlalu mabuk.
“Berlaku sedikit pertengkaran sebelum dia tiba-tiba menggigit bumbung kereta. “Memang kami terdengar bunyi besi dikerkah,” katanya ketika memberi keterangan.
Pihak polis menemui bekas gigitan pada kenderaan itu malah kerosakan itu menelan belanja lebih £200 (RM1,073) untuk diperbaiki.
Mahkamah diberitahu, Rhian sebelum itu minum arak ketika majlis memperingati hari lahir teman lelakinya Simon Jones yang mati lemas, baru-baru ini.
Rhian dihukum melakukan kerja khidmat masyarakat selama 12 bulan dan menghadiri 20 sesi kaunseling bagi penyalahgunaan alkohol selepas didapati bersalah menyebabkan kerosakan jenayah dan menyerang dua pegawai polis yang dipanggil memberi bantuan. 
- Agensi


Read more...

10 Gambar Jen Selter,Wanita Punggung terCantik

Jen Selter

New York - Tak perlu mempunyai suara emas atau boleh menari , cukup dengan mempunyai kelebihan di bahagian badan juga boleh membuat terkenal . Seperti halnya Jen Selter , seorang wanita berbangsa Amerika ini yang menjadi terkenal selepas mempamerkan  beberapa foto dirinya di gym yang memperlihatkan punggungnya yang disebut punggung terbaik .

Seperti ditulis Nypost , ahad ( 5/1/2014 ) Jen mengaku menghantar banyak foto dirinya saat sedang berada di gym sejak Mac 2012 . Mengaku tak mempunyai maksud khusus memuat naik foto tersebut , tapi ramai yang menilai, Jen mempunyai punggung yang indah dan membuat iri hati para wanita .


Yang menarik , walaupun dia telah mempunyai 1.3 juta pengikut di instagram termasuk penyanyi Rihanna , pemain bola sepak Terrell Owens dan bintang bola keranjang Amar ' e Stoudemire , masih saja ada orang yang berfikir negatif apabila melihat punggungnya , namun Jen komited untuk tidak membuat foto vulgar.

" Saya tidak akan  membuat foto yang vulgar . Ada perbezaan antara gambar porno dan memakai pakaian minim ketika sedang berada di gym . Itu semua pakaian yang juga digunakan semasa yoga . Saya hanya ingin memotivasi orang untuk pergi ke gym jika ingin tubuhnya bagus , " ujar Selter .


Tak hanya itu , dengan kemasyhuran di media sosial , dia telah ditawarkan menjadi icon syarikat pemakanan di New York , menghadiri sekolah kosmetologi dan memotivasi orang - orang di pejabat doktor bedah plastik dan kini bekerja di gym . Dengan pelbagai aktiviti , hingga saat ini pengikutnya terus bertambah .








Read more...

Lelaki gagal keluarkan lipas di dalam telinga

Lipas yang masuk ke telinga Helmer. Gambar kecil Hendrik Helmer.

SYDNEY: Seorang lelaki Australia terpaksa ke hospital dalam keadaan kesakitan selepas usahanya menggunakan sebuah penyedut hampa gas bagi mengeluarkan seekor lipas besar yang masuk ke telinganya gagal. 

Pengalaman pahit Hendrik Helmer dari Darwin bermula awal pagi Rabu apabila beliau bangun dengan kesakitan yang amat sangat di dalam telinga kanannya, lapor Perbadanan Penyiaran Australia. 

“Saya harap ia bukan seekor labah-labah berbisa. Saya juga harap ia tidak menggigit saya,” katanya sambil menambah kesakitan itu semakin teruk ketika beliau cuba mengeluarkan serangga terbabit menggunakan pembersih hampa gas sebelum memasukkan air ke telinganya. 


Rakan serumahnya membawa beliau ke hospital dan doktor meletakkan minyak ke dalam telinga. 

Keadaan itu menyebabkan lipas berukuran dua sentimeter itu masuk jauh lebih ke dalam sebelum ia mula hampir mati. 

“Hampir 10 minit, ia mula berhenti mengorek tetapi di dalam keadaan hampir mati,” kata Helmer. 

Ketika itu, doktor menggunakan forsep ke dalam telinga dan menarik keluar lipas berkenaan. 
“Doktor berkata, “Saya sangka ia seekor lipas kecil tetapi saya sudah salah anggap’,” katanya. 

– AFP


Read more...

Pesawat Cessna hilang, dipercayai terhempas di sekitar Batu Caves

imej google

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat ringan Cessna yang berlepas dari pangkatan TUDM Sungai Besi dilaporkan hilang 5 petang tadi di sekitar Batu Caves.

Setakat malam ini pesawat milik sebuah kelab penerbangan itu belum ditemui selepas dilaporkan terputus perhubungan dengan menara kawalan Subang. 


Nasib juruterbang atau jumlah mereka di dalam pesawat masih tidak diketahui. 

Sementara itu NST melaporkan pesawat Cessna itu milik Kelab Penerbangan Diraja Selangor. 

Ketika berlepas pesawat menbawa tiga orang.

Dalam perkembangan terbaru, operasi men cari dan menyelamat dihentikan jam 9 malam tadi dan dikadual disambung semula 7 pagi ini.

Operasi tertumpu di sekitar Rawang dan Gombak membabitkan gerakan di darat dan udara.


BH


Read more...

Jumaat, 10 Januari 2014

INFO BANJIR,GELOMBANG KEDUA BANJIR DAERAH KUANTAN


Kuantan banjir semula


LAPORAN BANJIR DAERAH KUANTAN 2014


Tarikh : 10 Januari 2014
Masa : 4.30pm

1. Route : FT02
Nama jalan :
Jalan Kuantan -Maran
Seksyen : sek 324 (Gambang Resort)
Panjang kawasan
terlibat : 100 m
Kedalaman : 0.6 m
Status : Jalan di tutup pada kenderaan ringan.


GAMBAR GAMBAR SUMBER WHATSAPP








Read more...

Kes amuk di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri, Muhdalena diarah bela diri

Muhdalena
PUTRAJAYA: Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan seorang wanita, Muhdalena Ahmad yang terbabit dengan kejadian amuk di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Julai 2012 membela diri atas empat pertuduhan yang dihadapinya.
Hakim Mohamed Kamil Nizam membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes. 
Peguam M Visvanathan yang mewakili Muhdalena, 28, memaklumkan bahawa anak guamnya akan memberi keterangan membela diri secara bersumpah serta mengemukakan empat saksi termasuk dua pakar psikiatri. 

Muhdalena berdepan empat pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.
Mahkamah menetapkan 23 Februari ini untuk Muhdalena membela diri.
Sumber myMetro

Read more...

Hanez Suraya dikatakan tiru imej Artis Lain

HANEZ SURAYA
PETALING JAYA: Pelakon Hanez Suraya merayu agar mana-mana pihak tidak membandingkan imejnya yang dikatakan meniru gaya artis-artis lain.
Hanez, 30, berkata, tuduhan itu sedikit sebanyak boleh menimbulkan rasa kurang senang artis yang dikaitkan sedangkan setiap penampilannya adalah berbeza dengan individu lain.
"Kepada pihak yang masih membandingkan gaya saya yang kononnya cuba meniru penampilan artis lain, hentikanlah.
"Apa pula kata artis yang dibandingkan itu, ia akan buatkan saya dan artis tersebut berasa kurang selesa antara satu sama lain," katanya kepada mStar Online.
Beberapa pihak sebelum ini yang merupakan peminat-peminat selebriti tanah air menuduh Hanez cuba meniru gaya beberapa selebriti popular.
Tambah Hanez, dia sememangnya terkejut kerana setiap penampilan yang digayakan adalah dirinya sendiri tanpa meniru gaya orang lain.
"Setakat ini saya hanya menjadi diri sendiri di mana saya memakai kemeja-T, berseluar denim dan selipar sahaja apabila tidak bekerja manakala apabila berada di majlis-majlis hiburan saya akan bersiap menata rias wajah sendiri.
"Tidak ada apa pun yang perlu saya tiru kerana saya bukannya pengikut fesyen tegar. Sekadar mengambil tahu trend terbaru dan mengaplikasikan dalam pemakaian saya jika ianya sesuai," ujarnya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Hanez mula menjinakkan diri sebagai pengacara dan akan mengendalikan konsert Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan Rossa, Afghan dan Datuk Jamal Abdillah di Hotel The Royale Chulan pada 14 Februari depan.
"Pada majlis tersebut saya akan digandingkan dengan penyampai radio Hot FM iaitu AG.
"Risau juga nak menggalas tanggungjawab besar ini, tetapi saya mahu mengasah bakat dan melihat sejauh mana kemampuan diri dalam bidang ini," tuturnya.
Konsert anjuran Airish Global Sdn Bhd dengan kerjasama Event Resources & Services itu diadakan bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada Anak-Anak Anugerah Keluarga Besar Norlina Alawi Berhad (KBNAB) dan Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM).
Tiket berharga RM350, RM500, RM750 dan RM1,000 boleh dibeli menerusi talian 011-25115715, 013-2009481, 012-2165948 atau 018-2699214.

Sumber mStar Online


Read more...

Wanita berpurdah dipenjara, didenda

Selain Perancis, Belgium juga antara negara mengenakan denda terhadap wanita yang memakai purdah di tempat awam. Foto: Reuters

VERSAILLES - PERANCIS. Gara-gara memakai purdah di tempat awam, seorang wanita dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda 150 euro (RM700) oleh mahkamah di Perancis, kelmarin.

Cassandra Belin, 20, turut didakwa bersalah kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap tiga anggota polis ketika  diberkas pada Julai 2013.

Sebelum keputusan dibuat, peguam defendan, Philippe Bataille berhujah bahawa larangan memakai purdah merupakan satu bentuk sekatan kebebasan beragama dan beliau turut menuntut larangan tersebut ditarik balik, namun ditolak oleh mahkamah.

"Saya akan mengemukakan rayuan bagi meneruskan perjuangan memastikan larangan memakai purdah itu dibatalkan di negara ini," tegasnya yang dipetik Al-Arabiya

Difahamkan, larangan tersebut dikuatkuasakan kerajaan Perancis kononnya atas faktor keselamatan, namun beberapa pengkritik melihat tindakan itu sebenarnya bermotifkan Islamofobia yang bertujuan menyasarkan orang Islam di negara terbabit.


Sumber sinar


Read more...

Mufti mangsa fitnah Lucah

EGEMBERDIYEV yakin penyebaran klip video seksnya mempunyai motif politik.
Bishkek: Pegawai Islam tertinggi Kyrgyzstan semalam dilaporkan terpaksa meletak jawatan selepas klip video memaparkan imej seperti dirinya mengadakan hubungan seks terbesar kepada umum.
Berita itu turut mendorong kira-kira 60 orang berkumpul di luar pejabat Mufti Besar Kyrgyzstan, Rakhmatullah Hajji Egemberdiyev bagi mendesaknya memberi penjelasan terhadap dakwaan berkenaan.
Mereka turut melaungkan kemarahan bagi mendesak Egemberdiyev meletak jawatan. Sebelum ini mufti terbabit berkata, dia mengakui lelaki dalam klip video itu adalah dirinya yang sedang berasmara dengan isteri kedua.
Ketika ini Kyrgyzstan mengharamkan amalan poligami walaupun umum percayai golongan kaya dan bangsawan sebenarnya mempunyai lebih daripada seorang isteri. Beberapa percubaan pernah dibuat untuk menghalalkan poligami di negara berkenaan tetapi belum berjaya. Bekas Presiden Kyrgyzstan, Kurmanbek Bakiyev - yang disingkirkan daripada kuasa pada 2010 juga berpoligami. Klip video itu mula tersebar di YouTube pada 1 Januari lalu dan mencetuskan kemarahan ramai.
Penduduk setempat berkata, Egemberdiyev mesti melepaskan jawatannya kerana “tidak mempunyai nilai moral” lagi untuk menjadi mufti. Klip berkenaan sudah dipadamkan dari YouTube. Egemberdiyev berkata, penyebaran klip video itu mungkin mempunyai motif politik dan didalangi pegawai kanan suruhanjaya agama di Kyrgyztan, Abdulatif Zhumabayev.
“Abdulatif berniat menggantikan saya dengan tokoh lain yang sehaluan dengannya serta menguasai agensi pengurusan haji yang membuat pungutan tinggi setiap tahun,” katanya.
Sementara itu sumber berkata Egemberdiyev turut disiasat kerana disyaki cuba mengelak cukai serta mengambil rasuah ketika menguruskan sistem kuota haji. Egemberdiyev menjadi mufti Kyrgyztan pada 2012 dan tokoh keenam disingkirkan dari jawatan berkenaan dalam tempoh empat tahun. Jawatan itu diisi melalui pilihan raya.
Sementara menunggu pemilihan baru pada 8 Februari ini jawatan berkenaan dipangku timbalan Egemberdiyev, Maksat Toktomushev. 
- Agensi(myMetro)

Read more...

Wanita Tewas dengan nafsu songsang,terperangkap dalam hubungan sejenis

HANI menceritakan kisah hidup songsang kepada wartawan.
Klang: Didikan agama diberi keluarganya jauh melebihi kebanyakan individu lain, namun itu rupa-rupanya belum cukup untuk menghalang seorang wanita daripada tewas dengan godaan nafsu.
Lebih mengaibkan, wanita berusia 25 tahun yang mahu dikenali sebagai Hani itu terjebak dan terperangkap dengan aktiviti seksual sejenis. 
Di sebalik penampilannya yang berjubah dan bertudung litup, pasti tiada yang menyangka sudah 10 tahun dia terbabit dengan aktiviti menjijikkan itu. 

Hani berkata, bukan dia tidak berusaha untuk meninggalkan amalan songsang itu, namun sering kali tewas di pertengahan jalan dan kini dia sekali lagi mencuba dengan mendapatkan khidmat kaunselor profesional.
“Saya malu dengan Allah dan tidak sanggup menerima azab-Nya di akhirat kelak. Doakanlah semoga usaha saya kali ini berjaya,” katanya ketika ditemui di sebuah pusat kaunseling di sini, semalam.
Sumber myMetro


Read more...

Muhammad Hafiz Mohd Haneefa Juara Mimbar Pencetus Ummah Musim Pertama

Hafiz berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Prius C, wang tunai berjumlah RM50,000, pakej umrah untuk dua orang, pakej percutian halal ke China dan sebuah trofi.
KAJANG: Peserta dari Selangor, Muhammad Hafiz Mohd Haneefa diumumkan sebagai juara program Mimbar Pencetus Ummah musim pertama selepas berentap selama tujuh minggu pada acara yang diadakan di Pusat Konvensyen, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), di sini, malam Khamis.
Hafiz, 32, memilih tajuk Pendakwah: Untung Dunia, Untung Akhirat sebagai tazkirah untuk pusingan pertama, manakala tajuk Kehidupan Rasulullah Sehingga Kewafatannya bagi pusingan kedua dengan tema cinta Rasulullah.
Hafiz berjaya menyampaikan tazkirah dan menjawab soalan yang diajukan dengan lancar dan mendapat pujian daripada juri tetap pada kedua-dua pusingan.
Dia turut berjaya membawa pulang sebuah kereta Prius C, wang tunai berjumlah RM50,000, pakej umrah untuk dua orang, pakej percutian halal ke China dan sebuah trofi.
Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh Shahrul Hamid dengan membawa pulang wang tunai RM30,000.
Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Mohamed Zaini dan keempat Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, masing-masing membawa RM10,000.
Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas Astro, Tun Zaki Tun Azmi; Ketua Pegawai Kewangan Astro, Rozaini Mohd Sani dan Ketua Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.
Tiga juri tetap yang mengadili para peserta terdiri daripada Datuk Ustaz Hassan Mahmud, Ustaz Kazim Elias, dan Habsah Omar (Abby Fana).
Datuk Aznil Hj Nawawi bertindak sebagai juri jemputan.
Mimbar Akhir Pencetus Ummah dimeriahkan oleh persembahan nyanyian daripada artis popular seperti Aris Ariwatan, Hijaz dan pengacara undangan Fahrin Ahmad.
Program itu dihoskan oleh Ustaz Dr Ridhuan Tee Abdullah dan disiarkan secara langsung di Astro Oasis.
Selain itu, beberapa selebriti turut hadir bagi menyaksikan program akhir ini antaranya Rozita Che Wan, Heliza Helmi, Ayu Raudah, Datuk Ramli MS, Ashraf Muslim, Siti Nurdiana, Nubhan dan Yatt Hamzah.
Sumber mStar Online

Read more...

Khamis, 9 Januari 2014

LIVE STREAMING MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU KE 9

Minggu ke 8 tiada penyingkiran .. Kita saksikan Maharaja Lawak Mega pada minggu ke 9 ni.. apakah ada 2 kumpulan yang tersingkir.. WALA ,CHOMEY atau NABIL ..maupun SEPAHTU ..

Pasti tiap kumpulan akan memberikan persembahan mantap untuk ke peringkat akhir..

SAKSIKAN VIDEO PADA MINGGU ke 8 ( parodi rancangan TV)

Read more...

Guru Wanita berputih mata ditipu kasanova untuk Cinta pandang pertama

imej
Kuantan: Terpedaya dengan janji seorang lelaki kasanova yang kononnya mahu mengahwininya, seorang guru kerugian kira-kira RM1,500 selepas ditipu lelaki terbabit.
Difahamkan, lelaki itu menggunakan taktik kononnya jatuh cinta pandang pertama dan berjanji mahu berkahwin sebelum menghilangkan diri selepas memperoleh sejumlah wang daripada mangsa.
Guru itu yang mahu dikenali sebagai Rina, 31, mengakui mengenali lelaki berusia 39 tahun terbabit pada 18 November tahun lalu melalui sebuah laman sosial.
Dia yang berasal dari Kampung Peramu, Tanjung Lumpur, di sini, berkata, pada mulanya dia hanya mengenali lelaki terbabit yang mendakwa bekerja sebagai koordinator projek sebuah syarikat pembekal barangan komputer terkemuka di Singapura itu sebagai kenalan biasa, sebelum lama-kelamaan lelaki terbabit dikenali sebagai Syah meluahkan perasaan selain menyatakan memperisterikannya.
“Saya terkejut mendengar luahan lelaki itu kerana kami baru saja berkenalan dan pada masa sama, saya juga jatuh cinta walaupun kami tidak pernah bertemu,” katanya yang mengajar di sebuah sekolah menengah di bandar ini.
Wanita itu berkata, pada 25 November tahun lalu, dia bertemu dengan Syah di Terminal Sentral Kuantan, di sini.
“Lelaki itu mendakwa sanggup datang dari Singapura semata-mata untuk bertemu saya,” katanya.
Rina berkata, sebelum kedatangan Syah ke bandar ini, dia ada memesan beberapa barangan daripada lelaki terbabit seperti beg tangan, minyak wangi, dan telefon bimbit dari Singapura.
Katanya, sebelum lelaki terbabit pulang ke Singapura, dia ada menyerahkan RM500 kepada lelaki itu sebagai wang pendahuluan membeli barang dipesan itu.
“Selepas lelaki itu pulang ke Singapura pada 29 November lalu saya ada memasukkan RM950 lagi kepadanya untuk membeli barang yang saya pesan.
“Dia berjanji akan datang semula ke Kuantan untuk memberikan barangan berkenaan dan meminang saya pada 7 Disember lalu,” katanya di sini, semalam.
Rina berkata, bagaimanapun apabila hampir tiba tarikh berkenaan, lelaki terbabit menghubunginya memaklumkan dia memerlukan RM3,000 untuk menyelesaikan masalah di tempat kerja sebelum dapat datang ke bandar ini. “Saya tidak dapat memberikan wang seperti diminta kerana tidak mempunyai simpanan sebanyak itu menyebabkan lelaki itu marah berbeza dengan sikap lembutnya selama ini,” katanya.
Dia berkata, selepas insiden itu, dia tidak lagi dapat menghubungi terbabit termasuk melalui laman sosial “Saya kemudian laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, semalam,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof, mengesahkan pihaknya menerima laporan mangsa dan siasatan lanjut masih dilakukan berhubung kes itu.
Sumber myMetro

Read more...

Unta peluk bekas pemilik

Unta memeluk bekas pemiliknya yang melawat ladang yang kini dimiliki pemilik baharu.

Riyadh: Seekor unta menunjukkan emosi seperti manusia dan ingatan yang kuat apabila ia memeluk bekas pemilik warga Arab Saudinya dengan penuh kasih sayang selepas berjumpa kembali sejak sekian lama. 

Bekas pemilik unta itu sendiri terkejut apabila unta berkenaan berlari mendapatkannya dan membelit bekas pemilik terbabit dengan lehernya yang panjang itu. 


Rindu unta peliharaan 

Lelaki berkenaan yang namanya tidak didedahkan dikatakan melawat ladang haiwan kepunyaan pemilik barunya kerana merindui unta yang pernah dipeliharanya itu. 

Satu gambar yang diterbitkan akhbar berbahasa Arab, Sada Arabic menunjukkan petani itu dipeluk unta berkenaan dengan lehernya. 

Laporan itu menyebut, Ia membelit leher bekas pemiliknya seolah-oleh mengatakan walaupun kamu sudah menjual saya, saya masih menyayangi kamu. 

Gambar itu yang turut disiarkan beberapa laman sosial, segera mencetuskan pelbagai ulasan, kebanyakannya menyatakan rasa terharu berikutan kasih sayang yang ditunjukkan unta dan bekas pemiliknya. 


Mereka juga terkejut dengan reaksi haiwan itu. 

Walaupun lelaki berkenaan mengetahui unta itu akan mengenali beliau, beliau tidak menjangka binatang itu akan menunjukkan reaksi demikian terhadap manusia.


Sumber BH


Read more...

Seludup Wanita dalam Beg

Mongkolsermsak ditemui bersembunyi di bawah timbunan baju di dalam beg.

NOGALES - UNITED STATES. Seorang lelaki ditahan selepas cuba menyeludup seorang wanita Thailand di dalam beg pakaian di sempadan Amerika Syarikat (AS)-Mexico, dekat Arizona, semalam.

Jurucakap Kastam dan Perlindungan Sempadan berkata, Pornkamol Mongkolsermsak, 48, ditemui ketika pihaknya memeriksa kenderaan yang memasuki AS.

“Wanita dari Bangkok itu bersembunyi di bawah pakaian dalam beg besar diletakkan di bahagian belakang kenderaan yang dipandu lelaki dari Phoenix berusia 56 tahun,” katanya.

Menurutnya,  laporan dipetik AP, Mongkolsermsak didakwa memasuki semula ke negara itu secara haram selepas dihantar pulang ke negara asal tahun lalu .


Sumber sinar


Read more...

Lelaki rakam aksi Polis wanita buang air

imej
Singapura: Seorang juruteknik mempunyai keberanian tersendiri melakukan jenayah apabila menjadikan seorang pegawai polis sebagai sasarannya.
Ling Jia Hui, 24, menggunakan telefon bimbitnya merakam aksi seorang anggota polis wanita membuang air dalam tandas di Ibu Pejabat Kementerian Dalam Negeri di New Phoenix Park.
Ling merakam aksi anggota polis berpangkat sarjan itu ketika dia melakukan kerja pemasangan kabel di bangunan berkenaan pada 6 Jun 2012. Ling berdepan tuduhan mencabul terhadap seorang wanita lain dengan menghubunginya di telefon dan bertanya mengenai saiz coli mangsa 7 Mei tahun sama. Semalam dia mengaku bersalah di mahkamah dan hakim mengarahkan dia dipenjara dua minggu.
Ling turut diletakkan di bawah pengawasan selama sembilan bulan.
Pemeriksaan mendapati Ling mengalami kecenderungan berfantasi seks membabitkan wanita yang tiada hubungan dengannya. 
- Agensi


Read more...

Bekas ratu Venezuela mati ditembak

Monica Spear
CARACAS - Bekas Ratu Cantik Venezuela, Monica Spear dan bekas suaminya, Thomas Henry Berry mati ditembak di depan mata seorang anak perempuan mereka sendiri oleh beberapa lelaki bersenjata yang cuba merompak pasangan berkenaan di sebuah lebuh raya di sini kelmarin.
Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 10.30 malam waktu tempatan di wilayah El Cambur kira-kira 322 kilometer dari barat Caracas itu, anak perempuan pasangan berkenaan yang berusia lima tahun turut cedera akibat ditembak di kaki.
Spear, 29, dan Berry, 39, yang bercuti di Puerto Cabello dalam perjalanan pulang ke Valencia dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Corolla sebelum tayar kenderaan itu pancit akibat melanggar satu objek tajam yang sengaja diletakkan di atas jalan raya.
POLIS memeriksa kenderaan mangsa yang dipenuhi kesan tembakan. Gambar kecil, Monica (kiri) dan Berry berkahwin pada 2008.
Pengarah siasatan polis Venezuela, Jose Gregorio Sierralta berkata, tidak lama selepas kenderaan itu berhenti, sebuah trak tunda yang dinaiki oleh dua lelaki tiba-tiba muncul untuk menghulurkan bantuan kepada pasangan berkenaan.
"Ketika kenderaan itu diangkut trak penunda, muncul lima lelaki bersenjata yang menyerang pasangan tersebut menyebabkan aktres dan bekas suaminya mengunci diri mereka di dalam kereta.
"Kumpulan penjenayah itu kemudiannya melepaskan enam das tembakan ke arah mangsa menyebabkan Spear terkena beberapa tembakan di badan manakala Berry cedera di dada sebelum melarikan diri tanpa mengambil sebarang barangan berharga,'' katanya.
Menurutnya, polis telah menahan lima lelaki termasuk dua suspek yang berusia di bawah 18 tahun kerana disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.
Spear yang memenangi pertandingan Ratu Cantik Venezuela pada tahun 2004 dan tempat kelima pertandingan Ratu Cantik Universe pada tahun 2005 sebelum dia berlakon beberapa buah siri drama di negara itu.
Dia kemudinnya berkahwin dengan Berry, seorang ahli perniagaan dari Britain pada tahun 2009 sebelum bercerai empat tahun selepas itu.
Namun, mereka masih berkawan baik dan sering bercuti bersama semata-mata untuk anak mereka.
Pembunuhan, penculikan dan rompakan bersenjata merupakan perkara biasa di negara yang kaya dengan hasil minyak ini.
Presiden Venezuela, Nicolas Maduro menganggap pembunuhan pasangan itu adalah sangat kejam. 
- Agensi

Read more...

Malang janda cantik

Zue
Ampang: Wajah menarik dan susuk tubuh menawan tidak semestinya membawa bahagia kepada seorang wanita kerana tanpa pertimbangan bijaksana dalam membuat keputusan, badan pasti merana ditimpa derita berpanjangan.
Itu nasib seorang wanita mahu dikenali sebagai Zue, 32, bekas isteri aktor popular tanah air suatu ketika dulu yang kini hidup dalam ketakutan apabila diperangkap teman lelaki yang terbabit dalam sindiket pengedaran dadah.
“Apa yang menimpa diri saya boleh diibaratkan seperti keluar mulut buaya masuk mulut harimau. Dulu, ketika berkahwin dengan bekas suami yang juga pelakon dan model popular, saya sering dipukul. 

“Kini, saya diperalat pula teman lelaki untuk menemaninya berurusan dengan pengedar dadah,” kata ibu tunggal beranak dua itu yang sebelum ini turut terbabit secara tidak langsung dalam industri hiburan.
Zue berkata, selepas bercerai dengan bekas suaminya dia bekerja di sebuah kelab malam di ibu kota dan ketika itulah dia berkenalan dengan teman lelakinya itu iaitu pada awal 2012.
Sumber myMetro

Read more...

Suami kongsi isteri hamil dengan remaja 15 tahun didakwa

Tertuduh pertama (kiri) dibawa keluar dari kamar Mahkamah Sesyen Kangar. FOTO Hafizudin Mohd Safar
KANGAR: Seorang suami yang memaksa isteri hamil melakukan hubungan seks dengan sepupunya mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya di Mahkamah Sesyen di sini, tadi.
Muka depan Harian Metro dan web myMetro hari ini melaporkan seorang isteri muda berusia 19 tahun menjadi mangsa deraan seksual suaminya yang berusia 22 tahun apabila dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang remaja berusia 15 tahun. 
Dalam kejadian 1 Januari lalu, si suami turut membantu remaja terbabit merogol mangsa yang sedang hamil selain turut merakam aksi hubungan seksnya. 
Terjah berita sebelum

Tertuduh pertama yang juga suami mangsa mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 376 Kanun Keseksaan serta Seksyen 375 Kanun Keseksaan.
Sepupu tertuduh pertama berusia 15 tahun juga turut didakwa dan tidak mengaku bersalah di atas pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abdul Rashid Daud.
Suami mangsa tidak dibenarkan diikat jamin manakala sepupunya dikenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes ialah pada 10 Februari ini. 
Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Fazril Sani Mohamed Fadzil.
Sumber myMetro

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP