GILA GAJET II
Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )
Carian dalam blog ini
Isnin, 31 Ogos 2009
Ahad, 30 Ogos 2009
Salam Merdeka
Sabtu, 29 Ogos 2009
Kisah diawal Ramadan ( berkongsi hidup part 2 )
Sepasang warga emas ke restoran Kentoki untuk berbuka puasa . Mereka duduk disebuah bangku panjang berdua.., disamping seorang anak muda. Si datuk segera berdiri dan memesan makanan untuk berbuka.. satu hamburger, satu paket kentang goreng dan segelas minuman.
Setelah mendapat makanan datuk duduk di sebelah nenek, membahagi hamburger menjadi dua bahagian, menghitung kentang goreng dengan cermat dan membahagi adil dengan si nenek, kemudian mengambil dua 'straw' minuman, menaruh gelas minuman tepat ditengah meja..
Si anak muda memperhatikan tingkah sepasang warga emas itu dengan penuh minat.
Si datuk kemudian mulai memakan bahagiannya, sementara si nenek hanya memperhatikan. Si anak muda merasa kasihan, akhirnya merapati pasangan tersebut dan berkata: "Tok, boleh saya belikan makanan yang lain?"
Si datuk menjawab : "tak payah terima kasih.kami memang selalu berkongsi makanan yang sama" Sampai si datuk selesai makan, mengelap mulut dengan tisu, si nenek masih saja menunggu tanpa menyentuh makanan bahagiannya.
Si anak muda mendekat lagi, kali ini berkata : "Nek, boleh saya belikan makanan yang lain, mungkin nenek tidak suka yang ini ?"Si Nenek menjawab; " Tidak terimakasih.."
Terus si anak muda bertanya lagi, "Kalau begitu kenapa makanan nenek tidak dimakan, kan nenek dan datuk suka berkongsi?".. " Nenek sedang menunggu gigi palsu yang atuk pakai sekarang ni... .giliran nenek selepas datuk.….jawab Nenek..
Jumaat, 28 Ogos 2009
Kisah diawal Ramadan ( episod penyeksaan )
* Gambar ini dilindungi oleh pihak admin blog ..barang siapa yang ingin merakamkan semula secara copy paste mau pun melalui printer mesti lah mendapat kebenaran penerbit..kerana harga syiling telah mancapai paras 6.90RM sekilo mengikut kawasan *
Read more...Khamis, 27 Ogos 2009
Selasa, 25 Ogos 2009
Kisah diawal Ramadan ( episod puisi )
Ramadan datang lagi...
Antara bulan..bulan paling mulia..
Mengupas kesedaran umat...
Membuat insan menjadi cermat...
Dinihari dengan sahur yang penuh hikmat...
Pagi yang penuh semangat...
Tengahari yang menyengat...
Petang yang penuh berkat..
Serta senja yang penuh nikmat..
'' ALHAMDULLILAH ''...
Ahad, 23 Ogos 2009
Kisah diawal Ramadan ( episod mari berpantun )
Enaknya rasa si ikan Jeruk..
Di campur cuka si Tuan Hamba..
Andai tak puasa makanlah menyorok..
Bila berbuka buat selamba..
he he he..
Jumaat, 21 Ogos 2009
Kisah diawal Ramadan ( episod balik Kampong )
''Bang tahun ni beraya dirumoh mok dan ayoh kome lah pulok''..berkata si isteri..
''Arhh..tak buleh aok mesti ngikut abang balik kampong raya rumoh mok dan ayoh abang''..jawab si suami..
''Laa..tiap tiap tahun dah nalor beraya rumoh mok dan ayoh abang te..macam lah kome ni tak ader mok dan ayoh..Abang tak pernoh berlaku adil''..jawab si isteri sambil mula tersedu..
''Adil ke tak adil abang tak kira..kalu aok ndok beraya rumoh mok dan ayoh pergi ler bawa anok anok''..tegas si suami..
Okeh lah kalu abang dan bagi keputusan begitu..abang beraya lah rumoh mok dan ayoh abang sorang sorang''..kata si isteri..
''Lor..mok dengan ayoh ni buat mende nya nak bertekak pasal nak balik raya ni..bukan ke rumoh atok belah ayoh dan rumoh atok belah mok satu kampong dan sebelah menyebelah pulok tu''..sampuk si anak yang sekian dari tadi ikut mendengar pertikaian mok dan ayohnye..
Rabu, 19 Ogos 2009
Cerita Sang Dubuk
Satu masa di zaman dulukala..Lokasi sebuah hutan belantara yang belum diterokai oleh mana mana pihak..
Satu pagi yang hening Sang Serigala mengajak Sang Dubuk pergi berburu..
'' Weeh Dubuk moh kite pergi berburu..stok kita pun dah tak seberapa''..ajak Sang Serigala..
'' Koi malas lah Serigala''..jwb Sang Dubuk..
'' Lor malas amendanye Dubuk..kita berburu bukan kene permit pun..hutan ini kita yang punya''..tegas Sang Serigala..
'' Koi nak tunggu je hasil buruan Maharaja Rimba..nak kebas jer..apa susah''kata Sang Dubuk..
''Aok ni Dubuk harap taring je panjang..semua nak harapkan orang punya..ingat Maharaja Rimba tu nak ke bagi subsidi kat aok?''..Sang serigala berkata lagi..
'' Koi peduli apa..kalau dapatlah bukan hasil buruan je yang koi nak kebas..jawatan dia pun koi nak rampas''..kata Sang Dubuk..
'' Amboih aok ni Dubuk bukan main lagi..Lagi seperkara aok ni Dubuk cakap jer besor tapi habuk pun takder..Suka pulok nyalahkan orang lain..Bila orang tegur sikit mulalah melenting..buat heboh sana sini..gembar sana gembur sini hasilnya tarak..malas lah koi layan aok''..kata Sang Serigala yang mula meninggi suara.
Sang Dubuk diam tak berkata apa sambil memandang Sang Serigala berlalu pergi..
Selepas kejadian itu tiada perkhabaran berita dari Sang Dubuk untuk Sang Serigala..cuma Sang Serigala ada mendengar khabar khabar angin menyatakan Sang Dubuk telah hampir berjaya menakluk sebahagian daripada hutan belantara itu daripada Maharaja Rimba dan juga Sang Dubuk telah mula rajin keluar berburu..
Isnin, 17 Ogos 2009
Ahad, 16 Ogos 2009
Cahaya mata part 2
Anugerah pertama dari yang pertama..bercita cita tinggi ingin menjadi pengusaha balak yang berjaya dan ingin memiliki sebuah kilang perabut kayu getah..
Jumaat, 14 Ogos 2009
Bila isteri tak Cantik lagi
Semalam kawan terima e mail sahabat kawan nama Remy Ganas..dia pun ntah dapat kat mana e mail ni..Jadi kawan ngajak kongsilah sama sama yer..samada yang pernah membaca atau pun yang belum...sebak juga rasa kawan..
Untuk renungan dan perhatian isteri isteri dan bakal isteri… Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung renung kan lah.
Pembaca Semua,
Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain. Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.
Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.
Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.
Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.
Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa sahaja kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.
Baru baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.
Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja tiada rangsangan lagi bila melihat saya.
Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik..
Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.
Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik separti teman wanitanya yang boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.
Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.
Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.
Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.
Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk
berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah .
Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak seperti ini, fikirkanlah, betapa besarnya pengorbanan seorang isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sebagai hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sebagai tanggung jawab untuk anda memperbaikinya. …
InsyaAllah. ……
Khamis, 13 Ogos 2009
Selasa, 11 Ogos 2009
Tarikh
Apa akan jadi yak..buat nya kita semua ( manusia di muka bumi ini ) tau tarikh ajal ( maut ) kita masing masing..
Read more...Sabtu, 8 Ogos 2009
Persamaan Hak ( Tuntutan Hak )
Kisah seorang isteri yang mahukan persamaan hak diatas segala harta benda pencarian bersama mahu pun harta si suami..
Satu pagi…
‘'Ayang tolong ambilkan kunci kereta abang kat atas meja tamu tu.”. arah si suami
‘'Apalah abang ni lain kali cakap lah kunci kereta kita..sama juga dengan rumah ni…rumah kita..anak anak kita dan macam macam lagi lah hak kita..'' jawab si isteri..
Keesokan harinya..
Sedang si suami menyelongkar almari lalu di keluarkan segala pakaian..
‘'Apa yang abang cari sampai berselerak satu almari ni bang’’ tegur si isteri..
‘'Abang cari seluar dalam kita..tak tau hala letak nya..jawab si suami..
................................................................
Jumaat, 7 Ogos 2009
Rabu, 5 Ogos 2009
Lawak 18sx ( Mesin Taip )
Al-Kisah berlaku pada sepasang suami isteri yang tinggal di satu kawasan perumahan. Si Suami yang bekerja tidak tentu masa sebagai seorang pemandu lori jarang sekali dapat bertemu dan bermesra dengan isterinya.
Manakala isterinya yang tidak bekerja itu setiap hari banyak menghabiskan masa bersembang dengan jiran-jiran perempuan yang sama-sama tidak ada kerja.
Apa yang istimewanya pada pasangan ini ialah mereka membuat satu kod rahsia sekiranya mereka hendak melakukan hubungan suami isteri. Kod yang digunakan ialah "mesin taip" Apabila Si Suami berkehendakkan pada isterinya, maka dia akan memberi tahu kod rahsia itu kepada isterinya.
Ceritanya berlaku pada satu petang yang damai bila mana Si Suami yang baru pulang dari bekerja tiba-tiba mendapat panggilan telefon dari majikannya. Dia perlu segera menghantar satu barang penting walhal pada masa itu, dia benar-benar mahu bermesra dengan isterinya.
Si suami melihat jam ditangan."Hai, setengah jam! Sempat lagi ni ...."bisik hatinya.
Si Suami pun segera mencari isterinya di rumah. Tapi malangnya Si Isteri sedang asyik berbual dengan jiran-jiran di rumah sebelah. Si suami pun menyuruh anaknya yang berumur 8 tahun memanggil isterinya dengan satu pesanan. Anaknya pun segera pergi mendapatkan emaknya dan terus menyampaikan pesanan dari ayahnya itu.
"Emak, Abah kata dia hendak mesin taip!" Kata Si Kecil itu petah.
"Nak mesin taip??? Nantilah cakap sama Abah nanti Mak balik bagi mesin taip tu yaa!!" Sahut Si Isteri pada anaknya yang sudah mengerti hajat suaminya itu.
Tiga empat orang jirannya yang sama-sama bersembang itu berpandangansesama sendiri kehairanan.
"Eh..., sejak bila pulak suami awak jadi penulis. ? tanya salah seorang darinya.
"Ler...orang sekarang ni dah guna komputer, mana main mesin taip lagi..." sampuk seorang lagi.
Si Isteri itu hanya tersengih-sengih malu."Dahlah...kita sambung cerita kita sikit lagi...." balas Si Isteri mengalihkan cerita.
Si Isteri rupanya masih belum puas lagi bersembang dengan rakan-rakan jirannya itu. Kebetulan masa itu mereka sedang asyik berbual satu tajuk yang panas. Si Isteri mahu menghabiskan dahulu tajuk panas yang sedang mereka bincangkan itu sebelum pulang memberikan apa yang dihajati oleh Si Suami.
Hampir 20 minit baru si isteri itu pulang ke rumah dan cepat-cepat menghampiri suaminya yang nampak sudah bersiap-siap untuk pergi memandu.
"Laa kata nak mesin taip....???"
''Mesin taip apa lambat sangat..., aku dah Tulis Dengan Tangan!!!"Beritahu Si Suami dengan muka yang masam kelat meninggalkan Si Isteri yang tercengang-cengang.
** Lawak jenaka 18sx ini hanya hiburan sekadar berkongsi pemikiran..jangan anggap ia terlalu negatif..sebab kita semua dapat menerima dengan hati terbuka..di maksud kan lawak ini bukan isu kelucahah yang melampau**..
Selasa, 4 Ogos 2009
Kelab Poligami
Sungai Petani 02 Ogos 2009 .. Sebuah kelab poligami ditubuhkan semalam bagi menghimpunkan isteri isteri yang merelakan dirinya dimadu selain memberi khidmat nasihat kepada orang yang ingin memahami amalan itu.. ( Sumber dari akhbar ternama di Malaysia )
He he he...kawan nak join kelab ini..
Isnin, 3 Ogos 2009
Demonstrasi
Masih panas lagi isu demonstrasi di Bandaraya Kuala Lumpur..ada pihak yang menyokong untuk diteruskan ada pula pihak yang menentang..
Kawan pun diwaktu yang sama turut sama berdemontrasi..Kena buat juga untuk cari makan..Demontrasi memperkenalkan cuka getah kapor yang cepat membeku untuk getah sekerap didalam cawan..Cuka getah jenis ini adalah prodak baru dipasaran untuk peningkatan pembekuan dan menjadikan getah sekerap lebih anjal..memandangkan harga getah pun boleh tahan sekarang ini..
Moga penoreh penoreh getah dapat meningkatkan produktiviti yang berkualiti..
Catatan Popular
-
GEORGETOWN: Pelajar sebuah kelas di sekolah rendah di Air Itam, di sini, dihidangkan aksi ‘kung fu’ antara guru besar dan guru kelas sel...
-
LELAKI Jepun sukakan gadis yang mempunyai gigi taring berlapis. TOKYO - Wanita di Jepun kini sanggup membelanjakan wang ribuan rin...
-
PUTRAJAYA 11 Nov. - Tempoh permohonan MyKid, kad pengenalan pintar untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, kini boleh diperoleh dalam t...
-
THE HAGUE: Pihak berkuasa Belanda mengenal pasti dua lagi mayat warga Malaysia , menjadikan setakat ini 26 jenazah rakyat Malaysia mang...
-
Justin Bieber Justin Bieber mungkin tepat digelar artis kontoversial di awal tahun 2014 . Kini pemberitaan mengenai Bieber beralih ke ...
-
Batu Gajah: Seorang buruh kasar menggunakan ayat-ayat manis dikirim yang melalui SMS untuk memperdaya seorang pelajar perempuan sebelum ...
-
Dunia betul-betul semakin gila. Bayangkan Thailand menganjurkan satu pertandingan untuk mencari satu payudara tercantik. Bukan itu sahaja...
-
* KONTROVERSI...klip video Marilah Menari yang mencetuskan kontrovers i Gambit selamba KUALA LUMPUR: “Saya tidak rasa klip video yang saya ...
-
APABILA dipandang dari jauh, kibaran reben putih di celah-celah rumput di ladang jagung yang luas di timur Ukraine menjadikan ia suasana...