GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 29 Ogos 2009

Kisah diawal Ramadan ( berkongsi hidup part 2 )

Sepasang warga emas ke restoran Kentoki untuk berbuka puasa . Mereka duduk disebuah bangku panjang berdua.., disamping seorang anak muda. Si datuk segera berdiri dan memesan makanan untuk berbuka.. satu hamburger, satu paket kentang goreng dan segelas minuman.

Setelah mendapat makanan datuk duduk di sebelah nenek, membahagi hamburger menjadi dua bahagian, menghitung kentang goreng dengan cermat dan membahagi adil dengan si nenek, kemudian mengambil dua 'straw' minuman, menaruh gelas minuman tepat ditengah meja..

Si anak muda memperhatikan tingkah sepasang warga emas itu dengan penuh minat.

Si datuk kemudian mulai memakan bahagiannya, sementara si nenek hanya memperhatikan. Si anak muda merasa kasihan, akhirnya merapati pasangan tersebut dan berkata: "Tok, boleh saya belikan makanan yang lain?"

Si datuk menjawab : "tak payah terima kasih.kami memang selalu berkongsi makanan yang sama" Sampai si datuk selesai makan, mengelap mulut dengan tisu, si nenek masih saja menunggu tanpa menyentuh makanan bahagiannya.

Si anak muda mendekat lagi, kali ini berkata : "Nek, boleh saya belikan makanan yang lain, mungkin nenek tidak suka yang ini ?"Si Nenek menjawab; " Tidak terimakasih.."

Terus si anak muda bertanya lagi, "Kalau begitu kenapa makanan nenek tidak dimakan, kan nenek dan datuk suka berkongsi?".. " Nenek sedang menunggu gigi palsu yang atuk pakai sekarang ni... .giliran nenek selepas datuk.….jawab Nenek..

7 Merujuk kepada perkara diatas :

abu muaz 29 Ogos 2009 pada 12:12 PTG  

bacalah aku cerita ni sampai kepenghujungnya itu je kisahnya....macam-macamlah kejadian aneh didunia ni ya....

saharul 29 Ogos 2009 pada 12:41 PTG  

bale....ni 18sg ni.....(seram geli)

Saliza 29 Ogos 2009 pada 2:08 PTG  

Kut ye pun nok berjimat, takkan gigi pelesu tu pun nok kongsi...

Relevan 29 Ogos 2009 pada 3:19 PTG  

* Mcm2 dah kejadian aneh berlaku sekarang ni yer en Abu Muaz..sebagai contoh negara kita mempunyai banyak lagi rotan..tapi jawatan jurusebatnya baru nak di interview..

* Itu tanda kasih sayang boleh dijadikan contoh utk kebahagian rumah tangga..hebat ni cik gu..

* Ada lagi 1 kisah tentang gigi..nanti lah kwn buat utk cikgu Saliza..kisah gigi pelesu parking dlm pinggan..

pOnstan 29 Ogos 2009 pada 8:53 PTG  

aku spt prnh mbc cerihik yg sbgni..d 1 ms nth bl-bl n d mn dh lp...

err...sdr relevan., rstrn kentOki jajahan mn yg de jl HAMburger..!?

Maiyah 30 Ogos 2009 pada 1:58 PG  

salam.. ngeh3.. amalan berjimat cermat

Relevan 30 Ogos 2009 pada 6:03 PTG  

* Kentoki bukan milik 0bama ada jual Hamburger..Lor weh?..kwn amik dari email aok ni..he he he..

* Salam Maiyah..jimat cermat amalan mulia..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP