GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 15 Januari 2010

Mengecat pejabat

Hari ini dengan arahan HQ dengan serta merta kena mengecat pejabat..maka berselerak lah bilik kawan segala fail berterabur atas dan bawah..

Menghidu bau cat ni adakala rasa macam best saja..dengan pekerja 3 orang termasuk kawan kerja semestinya dapat disiapkan sebelum jam 12..akibat keganasan seorang pekerja roller brush telah patah chasis..kerana terlalu kuat menekan lantas span brush menghempap kepala beliau.. ( Gambar tidak sempat dirakam kerana beliau telah pantas berlari kebilik air )

Mengimbau kembali kenangan silam ketika kawan berada selepas dialam persekolahan..kawan pernah juga bekerja sebagai penyapu cat ini dengan gaji 8rm satu hari..Demikian kawan tau betapa payahnye mencari duit..kena pula part mengunakan tangga atau pun sigai..terasa serun ( gayat ) bila berada ditempat yang tinggi..

Paling seronok bila sub mendapat tender daripada kementerian kesihatan dikawasan asrama jururawat maupun dalam wad bersalin..tempat yang menjadi kawasan larangan pekerja pekerja mengecat ini boleh keluar dan masuk..

18 Merujuk kepada perkara diatas :

endiem ,  15 Januari 2010 pada 11:32 PG  

hidu cat tak berapa bahaya , mcm hidu gam bila pasang karpet surau.

Tanpa Nama ,  15 Januari 2010 pada 11:58 PG  

selamat mengecat..

Tanpa Nama ,  15 Januari 2010 pada 12:44 PTG  

ko tambah la graffity~
baru nampak meriah~

saharul ,  15 Januari 2010 pada 12:52 PTG  

awok jgn kanyor dah le ngidu bau cat ter...

Teja Evalea ,  15 Januari 2010 pada 1:05 PTG  

haa,, kbtuln lak,,,
sy pon tgh ngecat2 neh,,,
nnt sy install cite dy dlm blog sy huhu,, tguuu

Aku Anak Pahang ,  15 Januari 2010 pada 3:02 PTG  

Kawan dulu penoh membuat keje ginie zaman bujang remaje...kita supe bab itu hehehe..paling azab kala mengecat syiling bagai nok patoh tengkok kawan...keknya demi nok cari rezeki kawan harungkan jua...

Che' Pit ,  15 Januari 2010 pada 3:11 PTG  

hmm malas tul kalau kena cat rumah time puasa..

abu muaz ,  15 Januari 2010 pada 4:06 PTG  

kalau mengecat asrama jururawat perempuan tak bergaji pun tak apa kan!!!!!

nunnieyindahouz ,  15 Januari 2010 pada 4:09 PTG  

Bau Cat ni mmg best En.Releven..hehehe..pas ni leh ler amik tender ngecat pat keje Cik Nun lak..hehe

myQza ,  15 Januari 2010 pada 9:10 PTG  

aku boleh pengsan kalau bau cat!

Maiyah ,  15 Januari 2010 pada 9:23 PTG  

mahal gak tau upah mngecat nih

Finaz ,  15 Januari 2010 pada 9:42 PTG  

keh berasa serun ketika bace n3 aok diatas sigai..

pssst: aok betul tak ayat ala2 Pahang keh nih? hehe..

Redz da Tsar ,  15 Januari 2010 pada 10:49 PTG  

Hehe...
Cat kaler putih je ker?

Keh memang takleh ngecat nie, habis tak jage tebal nipis...

Pastu mula kena sound dengan ayah keh... Hehe

wakparpu ,  16 Januari 2010 pada 2:53 PG  

hebat...aok amik kontrek ko?

hans ,  16 Januari 2010 pada 4:15 PG  

rajin bebenor aok mengecatnya
huhu

al-lavendari ,  16 Januari 2010 pada 7:18 PG  

saya tak suka betul kerja cat mengecat ni. macamana teliti pun tetap juga tercat badan sendiri !

Precious ,  16 Januari 2010 pada 9:12 PG  

Bau cat tu memang mengujakan. Apa yg ko nampak kat asrama jururawat tu?

ummu ,  20 Januari 2010 pada 5:37 PTG  

teringat dulu masa lepas sekolah,saya ambil upah ngecat rumah...penat,terseliuh bahu mendongak tu Allah je yang tahu

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP