GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 16 Februari 2010

Sepanjang Jalan kenangan 1987 ( Krew CT 3010 dan Siti Zaileha 2 )

Setelah hampir 8 bulan perkenalan aku dengan Zaileha..semuanya berjalan lancar..begitu juga dengan kerja..biar penat tapi menyeronokan sebab setiap hari termasuk hari minggu lalu dilorong belakang kedai kek tempat Zaileha bekerja..Hanya sesekali sahaja aku keluar makan bersama Zaileha..

Operasi kutipan sampah berlalu tanpa gangguan kerana lori ( Kompaktor ) yang masih baru..meski pun kapasiti sampah semakin bertambah terutama apabila menjelang perayaan Tahun Baru Cina..Selang sehari aku dan krew CT 3010 membuat kerja lebih masa.

'' Abang Leha cuti seminggu ditahun baru Cina ni..nak balik kampung ayah di Indonesia ''.. kata Zaleha.. Disini baru aku tahu bahawa ayah Zaileha berasal dari Kampar Indonesia..Aku tak kisah berasal dari mana pun janji dia seorang wanita yang baik..sebab aku rasa ini sahaja harapan aku mungkin Zaileha juga jodoh aku..siapa yang hendak kepada budak sampah semacam aku..

Kapasiti sampah berlipat kali ganda terutama menjelang musim perayaan..bertungkus lumus melawan sampah sarap demi keselesaan semua..

Tahun baru Cina berlalu..kedai kek dimana tempat Zaileha bekerja telah dibuka..tetapi Zaileha masih belum masuk kerja..Aku terpaksa menggunakan encik Abd Shukor bin Abd Rani untuk menyiasat..
.
'' Man.. akak yang kerja sama Leha tu kata... Leha telah berkahwin dengan pilihan Ibunya di Kampar ''.. beritahu encik Abd Shukor kepada aku..
.
Selang sebulan selepas itu aku cuma memerhatikan saja Zaileha dan suami nya seorang lelaki Indonesia pilihan Ibu nya dari bawah pohon jati tempat pekerja lepak lepak sambil menunggu waktu ''punch kad '' roll coll balik...aku rasa Zaileha akan bahagia..
.
*** Aku rasa aku sedar diri..gadis Indon pun susah dengan aku..mungkin juga aku tidak seruis dalam hal ini..cuma sedikit sahaja perasaan kecewa berlaku ketika itu..dalam masa yang sama sambil mengubat sedikit kekecewaan aku giat bekerja lebih masa serta meningkatkan prodaktiviti pengumpulan hasil barangan lusuh seperti botol/tin minuman dan suratkhabar lama..


23 Merujuk kepada perkara diatas :

saharul 16 Februari 2010 pada 6:48 PTG  

awok mesti kecewe giler mase tu kot....keje pun tak semangat dah gamok koi....hehehe

Aku Anak Pahang 16 Februari 2010 pada 6:53 PTG  

kawan rasa leha mmg lawo...tak gitu goner dia boleh mabuk kepayang tido tak lalu makan tak kenyang adus...

Kawan dulu ada juga tergiler ke awek flat D hehehehehe......

aRien de GreaT 16 Februari 2010 pada 8:08 PTG  

yer uncle..itula mslh lelaki,,,
hmmm...emo btul sya...

Tanpa Nama ,  16 Februari 2010 pada 8:19 PTG  

adeh. sedih ler plak

piewahid 16 Februari 2010 pada 9:13 PTG  

ooohh... aku terkeciwa!
pandai deme bcriter.
buat skrip drama mboh laku ni...

lagi, lagi...!

al-lavendari 16 Februari 2010 pada 9:29 PTG  

and she live happily aver after ...!

Tanpa Nama ,  16 Februari 2010 pada 9:33 PTG  

keciannn... hehe

sonata anak kancil 16 Februari 2010 pada 10:04 PTG  

berapa lama ko mabuk kepayang masa tu...?

sha 16 Februari 2010 pada 10:31 PTG  

hehe..macam cerita tamil lak..hehe
eh!..lawak ker!!

Hairun Azmi 16 Februari 2010 pada 11:05 PTG  

Part sedih nie..adusshhh

Ohh Zaileha..... ngapain kamu enggak memilih Bung Relevan ajaaa?

Hashim Zabidi 16 Februari 2010 pada 11:47 PTG  

Semasa bercinta dengan Leha, kamu bukan lain dari Yusof, kan relevan!...atau macam Laila dan Majnun.

Maiyah 16 Februari 2010 pada 11:57 PTG  

ayat x power kat kuarga dia tu

al-mankaraqi 17 Februari 2010 pada 1:44 PG  

sedeyh pulok penyimpolnyer...sori bang

mr.kordes 17 Februari 2010 pada 8:53 PG  

alamaks..siannya bang....huhu/.///..tp ok la..klu tk,abang mesti tk jumpa dgn akak...kn...=)kem slm semua/....

endiem 17 Februari 2010 pada 9:18 PG  

frust menongeng..dah bukan jodoh.

eeeda 17 Februari 2010 pada 9:35 PG  

yang penting sampah tu angkut dulu....

mama affan 17 Februari 2010 pada 11:46 PG  

walau putus kasih..keje ttp keje..tmpg sedih..huhu..

Alimaz-Kembara Terasing 18 Februari 2010 pada 11:21 PG  

huhuhuhuhu sedihnya.... sabaq la no ada yg lebih baik untuk awak nanti

mazru 19 Februari 2010 pada 4:55 PG  

bukan jodoh aok te weh..nak dapat yg lebih baik dari zaleha tu...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP