GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 15 Mei 2010

MeSyuaraT agong piBg yang paling pelik pernah kawan hadiri


Pagi tadi kawan kesebuah sekolah Menengah dimana tempat salah seorang anak kawan belajar disini..Setiap pendaftaran disertakan minit mesyuarat bersama sekeping nombor..nombor untuk cabutan bertuah..
.
Semasa ucapan Pengetua kawan membelek belek kertas minit tersebut..dalam agenda ada program perasmian Gimik Gotong Royong Perdana oleh ADUN.. ( rupanya hanya gimik saja tiada Gotong Royong pun ).. boleh macam tu yer..
.
Setelah perasmian mesyuarat disempurnakan tiba pula masa untuk mengesahkan minit..tiba tiba bangun seseorang lalu bertanya dihadapan mikropon yang disediakan dilorong tengah..
.
'' Salam tuan pengerusi Majelis dan YDP..saya nak tanya apakah status saya sebagai AJK yang berkuat kuasa pada tahun 2009 - 2010 ditarik balik..sebab nama saya tiada dalam senarai AJK dalam minit ni '' ..kata orang itu.. Kawan tiba tiba mula berasa pelik..
.
Setelah berhempas pulas bertepis sana sini tentang status orang itu tiba tiba Setiausaha berkata..
.
'' Saya minta maaf ..tiada nama anda mungkin saya terlupa nak masuk '' kata Setiausaha yang merupakan AJK dikalangan Guru..akhirnya minit itu terpaksa disahkan juga..
.
Boleh macam tu..dan selepas itu untuk pengesahan penyata kewangan pula..bila tiba bab juruaudit tiada yang bertanda tangan..yang ada cuma t.t ( tolong tengok ).. pengesahan penyata kewangan terpaksa disahkan dalam mesyuarat agong tahun hadapan pula..setelah ramai yang tidak bersetuju dengan penyata itu..
.
Setelah itu bermula lah acara melantik AJK baru..
.
Encik Suhaimi : '' Saya melantik encik Syed untuk AJK yang baru bagi mengantikan AJK2 lama yang telah tiada anak disekolah ini..
.
Encik Syed : '' Opss! sebelum ada yang menyokong saya ingin menarik diri dari perlantikan ini sebab saya punya komitmen yang lebih mencabar iaitu..saya kena menyediakan 3 entri terbaru pada setiap hari untuk Blog saya ''..
.
Para hadirin meSyuarat berpandangan sesama sendiri..
.
*** Lunch makan nasik berlauk ayam masak lemak berlada..nasib tidak makan Be hon lagi..

17 Merujuk kepada perkara diatas :

Maiyah 15 Mei 2010 pada 3:56 PTG  

ngeh.. ngeh, mmg mncabar nih..

Sharinginfoz 15 Mei 2010 pada 4:30 PTG  

macam2 kan.... biasalah kasi hot sikit..

Aku Anak Pahang 15 Mei 2010 pada 5:04 PTG  

Haru juge yek mesyurat deme tu yeek.. patutlah kawan berat aje nok gi..kawan paling bimbang di lantik ke jawantan yang kawan x nok sebab kawan pun blogger yang tegar juge hehehe...

zulkbo 15 Mei 2010 pada 5:08 PTG  

salam syed..
boleh ke aok bagi reason
cenggitu? deme tahu ke entri tu mende?
hu hu

ikan emas 15 Mei 2010 pada 5:37 PTG  

tak patut tuan pecahkan rahsia agenda mesy gimik gotong royong tuu...

Relevan 15 Mei 2010 pada 5:43 PTG  

* ha ha..ini betul punya cerita.. elok sangat aok tak datang en Yassin..YdP berucap macam tak mao lepas mike..

Relevan 15 Mei 2010 pada 5:46 PTG  

* wsalam Zul..dia orang semua tau..para suri ramai yang dah punya laman Facebook..

* He he ikan emas..itu sekolah mengambil 1 masa untuk 2 situasi..

piewahid 15 Mei 2010 pada 8:06 PTG  

hihihi... lain kali koi nk tiru alasan aok tu la en syed. :)

saharul 15 Mei 2010 pada 8:34 PTG  

salam....

begitulah salah satu senario yang berlaku di sekolah apabila guru2 menjalankan tugas sampingan yang memeningkasn kepala dan memenatkan anggota....

dah le tugas mengajar ni susah, ditambah pulak dengan tugas luaran macam pibg nih....ramai guru mengeluh weh....

tetapi ibubapa tak paham betapa malasnya guru tu buat keje luaran yang free gitu kecuali guru2 yg betul2 komitmen aje...

al-mankaraqi 15 Mei 2010 pada 10:31 PTG  
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama ,  16 Mei 2010 pada 12:46 PG  

hakhak..
leh laks gitue!

Afzainizam 16 Mei 2010 pada 2:19 PG  

Keluk kemudi tidak dilupa,
Baru seimbang pelayaran kita;
Para Guru amat berjasa,
Bakti Guru disanjung mulia.
~~~@@@~~~
Selamat Menyambut Hari Guru
”Guru itu bukan lagi lilin yang menyuluh sedang diri sendiri dibiar terbunuh”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

wwoooooo nasib baik tak dilantiknya deme jadi YDP... kalau kawan mintak maaf leeee.. tak mau le hantar kepala jadi galang gantinya...

ape teruk benar mesyuarat tu ye.... Emmmmmm tak tau nak kata...

Nizam Awang Brahim 16 Mei 2010 pada 2:23 PG  

Gimik nok meramei ke orang gamoknye....

Aida Ali 16 Mei 2010 pada 7:18 PG  

Tak mainlah lantik jadi AJK. Sepatutnya calonkan sebagai YDP. Barulah padan dengan komitmen.

CITY® 16 Mei 2010 pada 8:09 PG  

hahahaha...

koi gelak jer
leh ya bagi alasan gitu
ekekekke..
belog nyer pasal


salams
selamat hari guru

Nerzhul 17 Mei 2010 pada 11:09 PG  

dan jugek promote blog dalam mesyorat te. hahaha

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP