GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 30 Mei 2010

Padah dipagi minggu

Hajat dihati encik Topik untuk melingkor sehingga melohor tidak kesampaian setelah dikejutkan oleh Puan Rodziah bertalu talu..

Puan Rodziah : '' Abohnya bangun bangun..aok tak tau ke ada Gotong Royong di Taman Perumahan kita pada hari ini ?''..

Bingkas bangun encik Topik bila mendengarkan kata kata isterinya itu..

Encik Topik : '' Tolong amik parang panjang nak buat nebas karang ''...

Dengan gulutnya Encik Topik pergi ketempat orang ramai berkumpul di balai KRT Taman Perumahan tersebut..Setelah Pengerusi KRT mengagihkan tugasan masing masing...semua kumpulan beredar untuk memulakan Gotong Royong..

Beberapa Jam Kemudian..

Puan Rodziah : '' Ngada ngada sangat..mentang dapat kumpulan Gotong Royong bersama sama Ibu tunggal dan mak mak Janda..suruh je panjat pokok kelapa aok pun panjat..haaa dapat jatuh kebawah..nasib tak patoh ''..

Rupanya encik Topik tunjuk handal tapi padah yang tiba..dan malam itu ramai lah yang datang bertandang menziarahi encik Topik yang telah bersalai kaki nya akibat terjatuh dari pokok kelapa termasuk rodong setia nya Rosli Ghani..

Rosli Ghani : '' Guana aok..Norlili yang suh aok panjat pokok kelapa tu tak dapat datang tengok aok..dia kirim salam jer..

Encik Topik : '' Psst Li.. jangan cakap ke kuat ''...

*** Patut lah orang suruh panjat pokok dia panjat..rupa rupa sudah ada resepon..

13 Merujuk kepada perkara diatas :

endiem 30 Mei 2010 pada 10:04 PG  

macamana boleh jatuh.. tak herolah macam tu.. sebab tu Norlali tak mboh datang.

Hashim Zabidi 30 Mei 2010 pada 1:35 PTG  

En. Topik sumbang langkah. Tak ikut petua orang tua tua.

Nak mengoratpun kena langkah kanan. Baca segala mentera. Phuh! kanan phuh! kiri baru ada semangat...

alkisah 30 Mei 2010 pada 1:39 PTG  

tu ler..kalau nak tunjuk hero sangat, tebang je pokok kelapa tu..lagi nampak kuat dan ganas..norlaili pasti suka..

Cik SHiNJU 30 Mei 2010 pada 2:53 PTG  

Salam...
teruk ke kaki En Topik weh?
semoga cepat sembuh...
lama x dgr org cakak 'gulut'...hahaha..
sape suh tnjuk hero dpn Norlili...dah jatuh tu Pn Rodziah gak yg jaga... :)

al-mankaraqi 30 Mei 2010 pada 3:10 PTG  

Norlaili bisa bawa kejatuhan kepada lelaki itu.........

zulkbo 30 Mei 2010 pada 3:20 PTG  

salam ziarah hari minggu
moga kita semua sihat..
dan dalam apa jua perbuatan
kita diberkati Allah SWT..
aok memang lawok syed..he he

Guru 30 Mei 2010 pada 6:34 PTG  

norlali dah cari hero lain lah tu....

saharul 30 Mei 2010 pada 8:07 PTG  

sian kat die....sebab terlebih semangat le tu...

Aku Anak Pahang 30 Mei 2010 pada 8:19 PTG  

Berkorban apa saja huhuhu kehebatan en topik terserlah jua.. mmg dia handal! kalau rod lagi manjat tu..

ikan emas 30 Mei 2010 pada 8:59 PTG  

oh norlaili tamplung !!!
hang memang bijak no..

itu obat nya ha..
hang kalu nak cari laki
org gini memang pengecut !!

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP