GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 11 Mei 2010

Pendapatan minggu ini

Kini Ahmad Zaki boleh mendabik dada dengan pendapatan daripada banner iklan yang dipasang didada blog beliau..angka yang ditunjukan sudah melebihi paras untuk menebus..hatinya berbelah bahagi lalu beliau pergi mendapatkan Azman Zahari yang lebih arif tentang itu..

Ahmad Zaki : '' Man aku punya pendapatan sudah boleh dikeluarkan..tengok angkanya tadi telah melepasi paras penebusan ''..

Azman Zahari : '' Betul ke aok mau buat penebusan ini..tentu telah banyak yang terkumpul yer ''..

Ahmad Zaki : '' Betul Man..cadangnya begitulah..lagi pun koi memang nak guna duit..biar pun koi terpaksa menunggu sebulan untuk cek sampai ketangan koi ''..

Azman Zahari : '' Begitu nekad sekali aok yer..boleh kawan tau berapa jumlah yang ada ''

Ahmad Zaki : '' RM50.95 sen ''..

Azman Zahari : '' Ohhh ..minta maaf..tidak cukup lagi 5 sen untuk cas transaksi pengeluaran.. terpaksa lah aok tunggu minggu hadapan pula ''..

Ahmad Zaki berlalu dengan perasaan yang sedikit kecewa..dalam hati berkata '' kenapa koi tidak membaca syarat syarat pengeluaran dengan penuh teliti tadi..buat malu saja ''..

*** Heh heh kawan sudah boleh Cash Out..sudah cukup untuk 2 biji tayar..

9 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  11 Mei 2010 pada 5:03 PTG  

sonoknya rodong ada nuffnang. koi tak reti ber nuffnang ni..

Relevan 11 Mei 2010 pada 5:13 PTG  

* ha ha Intan..bubuh saja..sedikit sedikit lama lama jadi bukit..mana tau lagi 15 tahun akan menempuh kejayaan..

Aku Anak Pahang 11 Mei 2010 pada 5:47 PTG  

Habat doh aok kalau boleh beli 2 biji tayar weh...kawan nok beli 2 kilo gula pun x lepas lagi hehehe....

Yunus Badawi 11 Mei 2010 pada 5:59 PTG  

Kalau sampai boleh beli 2 bijik tayar kira banyak jugaklah tu. Saya punya 2 bijik kuih keria bolehlah. Ada bentuk mcm tayar jugak hehehe

saharul 11 Mei 2010 pada 8:19 PTG  

50 hinggit tu kalo beli ceklat....kohot ngunyohnye...hehehe

imHepPie 11 Mei 2010 pada 8:19 PTG  

alamak camna nih eh org jgk yg lom cukup2 isk2

Relevan 12 Mei 2010 pada 7:34 PG  

* heheh untuk makluman..tayar yang kawan maksudkan tadi adalah tayar basikal..

* erk Mimie..kemana ye lama menghilang..

pakcik kordi 13 Mei 2010 pada 10:35 PG  

aih..hat abg pye byok te!blnje kome la dr bli tayor te....hahah...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP