GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 8 Jun 2010

Jangan abaikan Notis

.
Hebat kan.. Notis dilarang membuang Sampah telah siap dipasang tapi pengguna masih lagi meletakkan sampah sarap di situ..

Hari ini macam biasa saja..pagi tadi sarapan kuih kocok sebanyak 6 biji..ingatkan nak pekena roti canai telur 2 keping..tapi tengok jurutebarnya lain macam saja..kejap kejap batuk kejap kejap bersin..ndak tak ndak kena juga 6 biji kuih kocok..

Selepas sahaja ambil gambar kawasan bermasalah..terus masuk ke sebuah penempatan Kampung Tradisional di pinggir bandar untuk lawatan kawasan.. ( kawasan dimaksudkan adalah kawasan kerja..Zon tugasan )

Keadaan yang sama masih lagi berulang..ketidak pekaan pengguna dalam mengunakan tong masih berleluasa..maka team kome nak tak nak terpaksa membuat kerja kerja Back up..tentunya akan melibatkan kos..

Masuk pula kawasan Bandar..keadaan masih lagi belum dilanda kesibukan..sempat teropong pekerja pekerja..semua dalam keadaan baik..semua mesti teratur jika tidak pihak berkuasa tempatan akan menghantar Notis..jika Notis dikeluarkan maka silap hari bulan kome pun dapat Notis secara individu pula..

Dan untuk hari ini seorang pekerja telah menerima surat Notis ketidak patuhan akibat bercuti senyap.. ( AWOL )

*** Selalu terima notis yang puitis..

11 Merujuk kepada perkara diatas :

myQza 8 Jun 2010 pada 11:57 PG  

org kita ni apa yg di larang itulah seronok di buat!

Relevan 8 Jun 2010 pada 12:11 PTG  

* Heh heh! Tedi..itu lah orang kita..

Aku Anak Pahang 8 Jun 2010 pada 12:15 PTG  

Kut notis dema tu tak ande dalam bahasa andia dan cine dok? maka puok tu nya lambung aje kat situ kut pahaman dema "sila buang sampah disini" hehehehe.......

Dyna Yvonne 8 Jun 2010 pada 12:30 PTG  

org kite mmg byk mcm tu..
sivik xde !!!

Tanpa Nama ,  8 Jun 2010 pada 12:42 PTG  

lain kali letak notis..sila buang sampah di sni..baru xdee org buang..hehe..

al-mankaraqi 8 Jun 2010 pada 1:00 PTG  

tulis jawi mudoh siket paham.....

a.z.r.i.n.a.03.07 8 Jun 2010 pada 2:09 PTG  

macam budak2 kecik pulak ...


lagi dilarang, lagi nak dibuatnya !

kena pasang cctv lah gamaknya.

Nerzhul 8 Jun 2010 pada 2:49 PTG  

tu kalo orang tak amik sampoh tu duk bising la mengadu busuk la apela. saloh sape ha?!ha?!

Maiyah 8 Jun 2010 pada 3:12 PTG  

bukannya keje ssh pun.. ni le org yg nk bik mudah..

Relevan 8 Jun 2010 pada 5:00 PTG  

* Jangan salahkan sesiapa..salahkan sampah sarap..hehe!

Hanisham Ab Halim 8 Jun 2010 pada 5:48 PTG  

Yang terlarang itu godaan.. keh.. keh.. keh..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP