GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 23 Jun 2010

Sepanjang Jalan kenangan ( Tengok Bola dengan abah )


" Tan ..moh siap cepat kita nengok orang main bola kat Kampung Batu Bor saner..ada liga piala Tok 4 '' kata Abah kawan..

Kawan tak tau amenda masa tu..Bola pun jarang jarang tengok..buah kelapa selalu tengok pasal bersepah sepah gugurnya kat tepi laman..apa itu liga pun kawan tidak tau..ndak tak ndak kawan pun bersiap juga..

Dengan mengayuh sebuah Besikal abah kawan sempat menyanyi lagu R. Azmi ketika itu..kawan duduk celah atas besi palang..bila terhentak je rasa senak..lebih kurang setengah jam sampai lah di Padang..berduyun ramai orang menjerit melalak serta menyorak..rupanya perlawanan bola sudah setat..

'' Woi.. mangkuk Sia sepok bolo te betul betul lah..ni macam Keldai Pengkor '' Jerit orang sebelah abah kawan..bila dia angkat baju..nampak lah ketiak..sampai koyak baju bantai dek menjerit..

Kawan rasa bingit telinga ketika itu..nak celah kedepan tak telus..orang ramai..maklum lah liga piala Tok 4..

Perlawanan petang itu diantara Pemuda peniaga Serikat Paya Huma Luas melawan Kampung Paya Buluh..kawan rasa tak tahan dah dengan keadaan disitu dengan bisingnya jerit pekik sumpah seranah dan maki hamun..kawan undur ketepi terus ketempat parking Besikal Abah kawan..

Sesekali bola terbang bersiung atas kepala kawan..

Abah kawan begitu asyik lagi..terdengar juga suara beliau memberi sorakan..

Sesudah selesai perlawanan kawan digerakkan oleh abah kawan..

'' Lor Tan..guana aok boleh terlena atas Carry Besikal ni ? '' Tanya Abah kawan..

'' Ngantuk Abah '' Jawab kawan.

'' Hish ! nak tengok bola tidak boleh ngantuk ngantuk '' balas abah kawan lagi..

Dan sekarang kawan tengok Bola tidak mengantuk ngantuk lagi meski pun perlawanan bola pada jam 0230 pagi..

*** Ini adalah secebis kenangan bersama abah kawan..harap abah kawan membaca blog kawan ni..kawan ucapkan beliau '' Selamat Hari Bapa '' meski pun terlewat sudah.. '' nanti abah belanja kawan ngetea yak..

10 Merujuk kepada perkara diatas :

Cik SHiNJU 23 Jun 2010 pada 5:53 PTG  

moment yg indah...hehe
btuah la aok still boleh g tgk bola ngn aboh aok Tan...
Semoga beliau pjg umur dan sihat sokmo...

Relevan 23 Jun 2010 pada 5:55 PTG  

* InsyaAllah Cik Shin ~Ju..

Sharinginfoz 23 Jun 2010 pada 6:51 PTG  

semakin interesting perlawanan nanti

a.z.r.i.n.a.03.07 23 Jun 2010 pada 6:59 PTG  

kenangan memang indah kan?

teringat pulak pada arwah ayah.
memang bising bila nonton bola ni.. tau-tau kita terperanjat dibuatnya..


dah turun pulak pada anak dia yg tak berapa minat tp teman suami aje.. bising kalahkan yang minat..

hehe.

mr.kordes 23 Jun 2010 pada 8:35 PTG  

kekeehh...senok..haa...bru tau...hah//

EYANG RESI 313 23 Jun 2010 pada 9:04 PTG  

Kenangan terindah bersama orang tua tidak akan mudah untuk dilupakan oleh siapapun.

zulkbo 24 Jun 2010 pada 12:07 PG  

salam..
kenangan manih
mengusik jiwa nih

Afzainizam 24 Jun 2010 pada 2:51 PG  

Abah oh Abah...
Kerana abah aku disini
Kerana abah aku gembira
Kerana abah kuterasa bahagia…
Terima kasih atas segalanya
Abah oh Abah…
Tak pernah kau keluhkan
Semenjak kecil aku dibesarkan
aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu
Teguran mu.. Marah mu..
Tanda sayangnya abah pada anak mu
Anak mu saja tak peduli dan buat tak tahu
Abah oh Abah...
Abah…engkau semangatku
kau padamkan air mataku...ketika aku bersedih…
Engkau penawarku ketika aku sakit…
ketika aku ketawa .. engkau turut ketawa
Abah oh Abah...
Namun ketika engkau berduka ?
Aku harap Akulah penawar duka laramu
Tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…
Abah
Doa ku untuk mu
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
"Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya Wa Lil Mu'miniina Yauma Yaquumul-hisaab"
"Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)"
O our Lord! And forgive me, and my parents, and all the Muslims on the day when the account will be establishe
Surah Ibrahim 14:41

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME—WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞~
~۞~ Kembara~Mahkota~~Johor~۞~
~~۞ ~(KMJ) 2010~edisi~ ke12~۞~
~۞ ~~26 hingga ~28 Jun 2010~~۞~
~~۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME-- WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

isshhhh ikatan abah dan anak yang irat sekali.... tapi kalau minat dah sama kemana kuah tumpahnya ke nasi gak kan

mazru 24 Jun 2010 pada 4:50 PG  

hahaha..kalo main kat kg mmg bingit la,kg koi siap bertumbuk punye la fanatik nye dgn bola ni..koi nengok je la..

Nerzhul 24 Jun 2010 pada 8:35 PG  

bagus tu ingat pesan aboh aok bang. jangan ngantuk ngantuk. hahaha

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP