GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 23 Ogos 2010

Bapa kanak-kanak mangsa letupan stor mercun serah diri

23/08/2010 4:40pm

KUALA TERENGGANU 23 Ogos – Bapa kepada kanak-kanak yang terkorban akibat kejadian letupan di sebuah rumah yang dipercayai dijadikan stor simpanan mercun dan bunga api di Kampung Makam Lama, Cabang Tiga di sini semalam, menyerah diri kepada polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Samsuddin berkata, Ayub Abd Rahman, 28, menyerah diri di tempat kejadian kira-kira pukul 12.55 tengah hari.

“Dia menyerah diri atas nasihat polis dan juga Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung,” katanya kepada pemberita di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini selepas melawat dua lelaki yang parah akibat kejadian itu.

Zamri berkata, bagaimanapun, polis memberi peluang kepada lelaki tersebut untuk menguruskan pengkebumian jenazah anaknya yang masih belum dituntut di hospital itu.

Sejam setengah sebelum itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Shukri Dahlan membuat sidang media khas bagi memaklumkan tentang usaha polis untuk mengesan bapa Khairul Arif Ayob, 6, yang maut dalam kejadian semalam.

Katanya, ia bagi membantu siasatan polis selain urusan menuntut jenazah anaknya di HSNZ di sini.

"Sebaik kejadian itu berlaku semalam, suspek dan isterinya Kamariah Sufian, 25, telah menghilangkan diri. Polis telah pergi ke rumahnya, namun gagal menemuinya,” kata beliau.

Mohd. Shukri berkata, bapa kanak-kanak itu sebelum ini pernah ditahan mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957 pada tahun lepas atas kesalahan penjualan mercun. – Bernama

*** Ini sumber dari Bernama melalui berita terkini Utusan Malaysia.. Patut lah kejadian ini semalam tidak menyebut kemana ibu dan bapa kanak kanak yang terkorban ini..rupa rupanya mereka adalah taukeh mercun.. ''..

6 Merujuk kepada perkara diatas :

MOFASAD 23 Ogos 2010 pada 9:41 PTG  

giler lah... sian dak tu.. 6 tahun dah jadi mangsa..

tercampak ke pokok la tuh. dah macam tarzan...

al-fatihah

Aku Anak Pahang 23 Ogos 2010 pada 10:11 PTG  

kes naya alfatihah juga x patut buat keje ginie :(

sitinaminah02 23 Ogos 2010 pada 11:38 PTG  

15 meter tercampak atas pokok kan? ntah brapa punya byk mercun dlm stor tu

sonata anak kancil 23 Ogos 2010 pada 11:53 PTG  

Al-fatihah....tengok gambar je....sibapanya pulak macam tak serik2 dengar berita jika berbuat demikian...bukan tatau kesalahan mercun ni

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP