Malam merdeka 1998
Seperti yang di janjikan 5 rodong geng dari kampong Bukit Kelulut terdiri dari Kapok..Bok..Niker..Usop RXZ dan Aduk telah bersiap siap untuk menyaksikan persembahan di ambang Merdeka di Bandar berhampiran kampung mereka itu..
Sebenarnya mereka lebih berminat untuk menyaksikan mat mat racing ketika itu ( sekarang mat rempit ) beraksi di jalan hadapan Temerloh Supermarket..
'' Malam merdeka ni mesti ada punya..paling tidak pun dia orang test power ''..kata Niker dengan bersemangat sambil membetulkan mudguard motor kapcai C70 nya..
'' Koi nak try RXS ni join dengan mereka..mana tau jadi perhatian ''..kata Kapok pula..
'' Jangan buat pasei lah..mesti ada operasi besar malam ni ''..kata Bok pula..
Setelah tepat jam 1200 tengahmalam..boleh di katakan tumpuan kepada aksi jalanan daripada mat mat racing..menarik sekali dengan kibaran Jalur Gemilang..
Ini yang membuat 5 rodong tadi semakin membara untuk beraksi bersama sama mat mat racing tadi..orang ramai yang menonton cukup ramai..masing masing kaki motor hendak menunjukan 'skill '...
'' Sumpah koi serik dah kata Niker ''...sambil menolak kapcai C70 nya menghala ke balai polis..
'' Aok diam lah Niker..koi dah lah jatuh tadi..dapat pulak kena macam ni ''..kata Kapok terhencot hencot sambil menolak RXS nya..
'' Dah kata tadi..koi pun terikut sama ''..kata Usop RXZ..
'' Mampos gini ''..kata Aduk sambil menolak Gipang 125 nya..
Dan yang selamat hanya Bok sahaja..sempat dia celah ke Jambatan Kampung Sungai Rabit lantas menyembunyikan Gipang 100 beliau ke dalam paya berdekatan..
Nasib semua di benarkan pulang selepas itu..cuma motor sahaja kena ambil pada ke esokan paginya..
*** Serik serik..
6 Merujuk kepada perkara diatas :
salam.. sudi le kiranya terima kad raya dr sy.. makasih
hehe....pglmn neh..hehe
salam,
elok dok umah je nengok tv sambil makan kerepek..
Salam Kemerdekaan negara
kita-53..semoga anda selalu sihat
untuk menikmati dan menghayati
makna kemerdekaan sebenar..
جزاك اللهُ خير
Selamat Hari Merdeka
* Kena kerja juge hari ini...hmm!
Catat Ulasan