Sendal Malam minggu
Tuah si Perompak Malang si Wanita.
.........Seorang wanita telah kerugian wang tunai dan barangan kemas sebanyak RM 700,000.00 dimana peti besi nya telah dilarikan oleh 4 orang perompak malam tadi.Si wanita telah bernasib baik menyelamatkan diri dengan berkurung didalam bilek air ....
Alkisah sebenarnya kejadian adalah dimana si wanita ini adalah seorang Pengurus Estate Agen yang memegang saham (termasuk wangtunai) dari beberapa orang Broker saham ladang.Beliau telah membeli sebuah peti besi baru baru ini.
Syarikat tersebut telah menghantar peti tersebut kerumah beliau tetapi setakat letak dibawah rumah saja.Beliau bercadang meletakkan nya diatas dalam bilek tidurnya.Syarikat menyuruh beliau mencari dan mengupah orang mengangkat peti tersebut diatas rumah dua tingkatnya.
Si wanita telah mengupah 4 orang pekerja bangsa asing mengangkatnya.Wanita tersebut memang sombong ,cerewet dan kedekut orangnya dan setelah kerja mengangkat petibesi diupahkanya mereka sebanyak Rm20.00 saja.4 orang pekerja tidak bersetuju dengan gajaran upah sebanyak itu.
Mereka mencari jalan untuk mengenakan si wanita yang sombong itu balik Pada sebelahmalamnya keempat mereka telah datang merompak wanita tersebut dengan melarikan petibesi itu tanpa menyangka didalam nya terkandung hasil rompakan sebanyak itu (RM700,000.00).Sungguh kesian malang buat wanita tersebut dan tuah pula si perompak tadi.
Moral cerita ini: Jangan sesekali menyimpan wang dan barang kemas yang banyak di dalam rumah,bawah tilam ke ,dalam bantal ke, semuanya tak selamat bayangkan le sedangkan yang dalam peti besi pun boleh di kebas so simpan le di dalam BANK...Selamatttttt.....
*** Cerita ini di Copy paste 200%.. Selamat malam
6 Merujuk kepada perkara diatas :
hihi..sempoi~
>_<
Simpan kat rumah tak kena cukai pendapatan.. :) keknya sekali kena sapu merana badan. Moralnya usahlah simpan duit kat rumah byk benor risikonya.
Selamat malam selamat beradu.
salam..
balerrr
padan muka
tangkai jering
lokek ya amat..
Kalau saya ada RM700,000 saya beli rumah batu hehehe
gila pompuan tu kan
simpan sampai 700 ribu dalam rumah
hahahaha
P/S : Review Novel/Buku : Naskhah Natrah Karya Fatini Yaacob Wajib Dibeli Dan Dibaca!
setuju..letok je lam bank abis citer
Catat Ulasan