GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 17 September 2010

15 maut hari ke-14 Ops Sikap Ke-22, jumlah 226

17/09/2010 12:31pm dari Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 17 Sept. – Lima belas lagi kematian dicatat pada hari ke-14 Ops Sikap Ke-22 semalam, melonjakkan angka korban jalan raya sejak operasi bermula pada 4 September lepas kepada 226 orang.



Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan penunggang dan pembonceng motosikal mencatat angka tertinggi dengan lapan kematian, diikuti enam pengguna kereta dan seorang pejalan kaki.



Jumlah kematian yang dicatat pada hari ke-13 kempen itu ialah 15 orang.



Statistik tersebut turut merekodkan 869 kemalangan iaitu jumlah tertinggi dilapor di jalan bandaran dengan 384 kemalangan, 235 di jalan persekutuan, 131 di jalan negeri, 79 di lebuh raya dan 40 di lain-lain jalan.



Sebanyak 10,556 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.



Ops Sikap sempena sambutan Aidilfitri itu berakhir hari ini. – Bernama




*** Asal dapat saja pegang Stering maupun tarik throttle..rasa macam seronok saja..itu pasal gamaknya ramai tidak serik serik..ada pula yang kata '' Saman boleh bayar beb ''..memang lah boleh bayar tapi kenapa saman ekor pula jadi ber ekor ekor..



A'ah..Selamat Solat Jumaat yer..

10 Merujuk kepada perkara diatas :

Siti Noor Aminah 17 September 2010 pada 1:35 PTG  

uwaaaa.. terasa tau.. penah kena saman ekor jugak.. tapi tak laju pun.. uwaaaaaaaaaaa..

Sharinginfoz 17 September 2010 pada 3:16 PTG  

betul tu kena memandu secara berhemah

MOFASAD 17 September 2010 pada 3:25 PTG  

kompektor mana boleh bawak laju

MOFASAD 17 September 2010 pada 3:25 PTG  

kompektor mana boleh bawak laju

sahromnasrudin 17 September 2010 pada 3:30 PTG  

inilah uniknya Malaysia..maknanya kita makin maju sebab krete dh byk kemalangan huhuhuh

Guru 17 September 2010 pada 5:51 PTG  

ada rakan, yang keretanya baru diservis, terlibat dalam kemalangan, kerana breknya tak makan... musykil gakkan


→ : digeruni dan dimusuhi

terokai seni 17 September 2010 pada 11:33 PTG  

buai laju-laju
sampai pucuk sena
bawak keta laju-laju
saman ekoq plak dah kena

penjejak maya 18 September 2010 pada 8:40 PG  

salam,

mudah-mudahan kita terselamat daripada masuk dalam statistik tu..

Relevan 18 September 2010 pada 9:00 PG  

* Ada Kompektor jenis kuasa turbo boleh bawa laju..@MOFASAD ..hehe!

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP