Bayar saman senarai hitam secara ansuran
KUALA LUMPUR 31 Ogos - Pemandu kenderaan yang disenaraihitamkan dan ingin memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan mereka kini boleh berbuat demikian dengan membayar saman secara ansuran sehingga 28 Februari tahun depan.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, langkah itu yang diputuskan oleh kerajaan baru-baru ini diberikan setelah mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai diminta mengambil kesempatan kelonggaran tersebut untuk menjelaskan saman masing-masing.
"Bagi pemandu yang mempunyai banyak saman, mereka boleh membuat pembayaran secara ansuran.. selanjutnya klik ( siNi )
'' Koi ada 2 saman yang tertunggak selama 2 tahun..jadi dengan ini boleh lah koi membayar saman koi secara ansuran '' ..kata Rosli Ghani..
'' Kawan tak lah setuju sangat macam ini..ada ke bayar saman boleh buat macam bayar hutang ansuran peti sejuk dan mesin basuh..gini gaya alamatnya pengguna jalanraya tidak lah mengesahkan sangat tentang kesalahan yang di lakukan..'' jawab encik Topik pula..
*** Ha ha!
13 Merujuk kepada perkara diatas :
salam.
saya sangat sakit hati. baru bulan lepas setel saman sepenuhnya. satu sen pun tak ada diskaun. sekarang dia nak turunkan pula kadar saman dan boleh pulak bayar ansur2. nampaknya orang yang lewat bayar lebih untung dari orang yang bayar awal.
grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.
* Sabar abg Hamzah..sabar sabar..
salam,
dah macam beli brg letrik lak..
salam..sib bek balance tinggal 60 hingghit je
hahahaha, x de ura2 nak di hapuskan terus ker?
naik kompektor pasti tak kena saman. hahaha
kalau tak payah bayar langsung lagi seronok kan
Namewee
tak dak interest, kan....
kawan baru je setelkan saman berjumlah RM510, 1 saman speed trap dan 1 lagi saman jpj. haha.
Biar bayar saman nampok buat salah drp bayar brukband keknya tak leh guna :(
Assalamualaikum,
Camgini bolehlah keh ke JPJ Raub esok, setel saman beransur2...
saye lom ade saman...ngee~
>_<
ini dinamakan undeng-undeng.... negara ku yang sudah 53 tahun merdeka.
Catat Ulasan