GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 27 September 2010

Bonus tiga bulan setengah

IPOH 27 Sept. - Lembaga Air Perak (LAP) akan membayar bonus sebanyak tiga bulan setengah kepada kakitangannya tahun ini, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir hari ini.

Beliau berkata, pembayaran bonus itu akan melibatkan 1,100 kakitangan LAP dengan perbelanjaan RM6.6 juta.

"Bayaran pertama satu setengah bulan gaji telah dibayar awal bulan puasa manakala selebihnya akan dibayar pada akhir tahun ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Zambry yang juga Pengerusi LAP berkata, pembayaran bonus tahun ini adalah yang tertinggi dan ia dibuat ekoran prestasi cemerlang LAP secara keseluruhan.

Tahun lepas LAP membayar bonus dua bulan gaji. - Bernama

*** Wooooooo...Tahniah.. tahniah.. kepada Lembaga Air Perak ( LAP )..kalu lah kompeni tempat kome ni begini alangkah terasa bahagianya..

8 Merujuk kepada perkara diatas :

al-lavendari 27 September 2010 pada 8:40 PTG  

31/2 bulan .. banyak tu. harap2 mereka tidak boros berbelanja. tentu kakitangan lap sangat lap kepada lap.

abu muaz 27 September 2010 pada 10:28 PTG  

jangan bangkrap sudah...lembaga tu.

sonata anak kancil 27 September 2010 pada 11:07 PTG  

aku pun nak macamni...syiok giler ko dapat bonus 3 1/2 bulan...huhuhu...

zulkbo 28 September 2010 pada 12:03 PG  

salam..
koi nak carik kerja
di Perak la cenggitu
bonus 3 bulan tuuu???

Yunus Badawi 28 September 2010 pada 9:06 PG  

Bonus keluar mcm air jugak.

Saya baru aje ke LAP Tapah Khamis lepas atas urusan projek. Tetapi pegawai semua takde masa tu sbb pergi rumah terbuka di HQ Ipoh.

Bahagia betul kerja dgn LAP ni.

sitinaminah02 28 September 2010 pada 11:08 PG  

nak kena mintak kerja dgn LAP jugak nih

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP