GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 22 September 2010

Bunuh Syafiah Humaira: Fazli dihukum gantung sampai mati




SHAH ALAM 22 Sept. – Pemandu teksi, Mohd. Fazli Azri Jamil dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh anak teman wanitanya, Syafiah Humaira Sahari.



Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes itu.



Mohd. Fazli, 28, didakwa membunuh Syafiah Humaira, 3, di sebuah padang bola sepak di Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali dekat sini pada 25 Februari lalu. – Utusan



*** Sudah dapat balasan untuk pembunuh adik Syafiah Humaira.. Al fatihah untuk adik Syafiah Humaira..

13 Merujuk kepada perkara diatas :

Mah@mahu 22 September 2010 pada 3:32 PTG  

Alhamdulillah yg bersalah tetap bersalah dan terima hukuman mereka...

sitinaminah02 22 September 2010 pada 3:47 PTG  

padan muka. setan!!

semoga jadi pedoman buat orang lain.

[leily.laily] 22 September 2010 pada 3:54 PTG  

Elok la tu..
Hukuman mmg setimpal!

aRoL 22 September 2010 pada 3:54 PTG  

harap yang bersalah insaf dan bertaubat. semoga menjadi panduan untuk kita juga.

sonata anak kancil 22 September 2010 pada 4:05 PTG  

pengajaran kepada orang suka bunuh membunuh ni...tu pun buat juga...padan muka...bunuh hukum bunuh jugak

Aku Anak Pahang 22 September 2010 pada 4:52 PTG  

Balasan dunia dah dapat, dekat akhirat entoh goner tak tau lagi :(

HaiDa HiDa 22 September 2010 pada 4:59 PTG  

yg bersalah tetap bersalah.. al-fatihah buat arwah Syafiah Humairah..

Yunus Badawi 22 September 2010 pada 6:23 PTG  

Semoga menjadi pengajaran dan teladan kepada yg lain supaya jangan mendera budak kecil. Mereka perlu dilindungi, bukan disakiti apalagi dibunuh.

Elin 22 September 2010 pada 7:32 PTG  

wow~
macam gay bunuh budak kecik

Hairun Azmi 22 September 2010 pada 11:40 PTG  

Buku bertemu dengan ruas.

Di harap saspek pembunuhan Dato Sosilawati dan kawan-kawannya lekat pertuduhan dan di hukum cincang sampai mati...

Riso pulak kalau tak lekat pertuduhan tu sebab ujian DNA tak keluar-keluar lagi dan Peguam Negara tolak fail kes kepada polis semula.

Hashim Zabidi 22 September 2010 pada 11:47 PTG  

ajal Syafiah Humaira ditangan Fazli. Ajal Fazli ditali gantung. Itulah ajal dan maut ketentuan Tuhan.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP