GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 24 September 2010

‘Dektektif Lim’ terlepas hukuman penjara, denda


24/09/2010 3:52pm

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Pelakon drama bersiri popular Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Abdullah yang memegang watak ‘Detektif Lim’ mampu menarik nafas lega apabila Mahkamah Tinggi hari ini mengetepikan hukuman dua bulan penjara dan denda RM2,000 yang dijatuhkan terhadapnya tahun lepas, bagi kesalahan mencuri dua buah buku di Mid Valley Megamall, di sini.



Hakim Datuk Mohd. Sofian Abd Razak membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Farid Amirul, 44, berhubung sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Majistret di sini pada 17 Disember lalu.



Dalam penghakimannya, Mohd. Sofian berkata terdapat kelemahan dalam barang kes iaitu dua buah buku yang didakwa telah dicuri oleh tertuduh.



"Tiada bukti menunjukkan kedua-dua buah buku itu dicuri oleh tertuduh kerana tiada penandaan barang kes yang dibuat oleh pegawai penyiasat. Identiti barang kes itu adalah diragui sama ada barang kes (buku) yang dikemukakan di mahkamah adalah barang kes yang ditemui di tempat kejadian,” katanya. - Bernama

*** Nanti boleh tengok Sarjen dalam Gerak khas lagi la..

9 Merujuk kepada perkara diatas :

Mimie.Candy Cane 24 September 2010 pada 5:21 PTG  

kelasss detektif lim..lepas ni boleh cilok buku lagi.hehehe

Sharinginfoz 24 September 2010 pada 6:01 PTG  

dah lama betul tak dengar kisah ni

abu muaz 24 September 2010 pada 7:20 PTG  

kalau kebas buku boleh terlepas...
potong dan bakar orang macam mana ya?

saharul 24 September 2010 pada 7:25 PTG  

aikkk...bukupun x mampu nak beli ke...mahal sgt ke hergenyer...tapi hok bagusnya...semngt membaca tu ada ...hehehe

Hairun Azmi 25 September 2010 pada 11:45 PTG  

Sarjan Lim mungkin tidak di ambil berlakon semula untuk slot Gerak Khas lagi...



Di samping itu,
Harap-harap janganlah saspek pembunuhan Dato Sosilawati & rakan-rakan itu terlepas di atas alasan "timbul keraguan" bukti kes.

Makin naik tocanglah penjenayah tu nanti kalau dia terlepas..

mr.kordes 26 September 2010 pada 8:55 PG  

cehhh!!bla la detektif lim!kakakah!

siTokei 31 Januari 2011 pada 10:36 PTG  

buku pun mau curi kaa...
duit timbun2...

Penangan Blog

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP