GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 16 September 2010

Kerja pada 16 September perlu dibayar

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Pekerja yang bekerja pada 16 September perlu diberi cuti umum berbayar.



Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, perkara itu tertakluk di bawah Seksyen 60D(1)(b) Akta Kerja 1955.



"Oleh itu, pekerja yang bekerja pada hari tersebut patut diberi cuti umum berbayar,'' katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.



Tambah beliau, kerajaan telah mengisytiharkan bahawa bermula tahun ini, tarikh 16 September adalah cuti umum sempena Hari Malaysia.


"Penetapan itu telah diwartakan pada 9 November 2009 di bawah Akta Hari Kelepasan 1951,'' jelasnya.. *** sumber Utusan Malaysia



*** Selamat Menyambut Hari Malaysia..kawan kerja kena bayar hehe!..


9 Merujuk kepada perkara diatas :

al-lavendari 16 September 2010 pada 8:37 PG  

perlu diberi cuti umum berbayar ???

tak faham saya .. beku sikit pagi ni.

Sharinginfoz 16 September 2010 pada 9:32 PG  

jangan pulak buat lupa hari ni hari malaysia so kenalah bagi cuti umum berbayar kan

Aku Anak Pahang 16 September 2010 pada 9:45 PG  

Semua cuti berbayar..kalau kita buat keje dok gitu? Selamat hari malaysia.

Tanpa Nama ,  16 September 2010 pada 12:11 PTG  

cuti..cuti malaysia... :)
tak bayar pun takpela..sebab saya tak kerja...hik3x

zulkbo 16 September 2010 pada 12:34 PTG  

salam..
seronokla aok yek
boleh duit lebih jangan
buat beli mercun pulok
he he..

terokai seni 16 September 2010 pada 12:58 PTG  

cuti ke? koi tarik slimut balik le...

sahromnasrudin 16 September 2010 pada 3:00 PTG  

suri rumah tak dibayar extra pun??? huhuhuh

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP