GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 7 September 2010

Sejenak bersama pembakar Lemang

Sudah 3 tahun kebelakangan ini kawan tidak lagi membakar Lemang ( membuat lemang @ memasak Lemang ).. Jadi untuk meringkaskan keadaan kawan mengorder saja kepada pembuat Lemang yang berniaga di tepi jalan menuju hala Laluan ke Kampung kawan..

Rasa lemang beliau enak..kiranya sedap juga..

Sampai di tepi jalan kawasan perniagaan beliau..

'' Weh..aok tak ngambil order Lemang untuk Raya tahun ni ''..tanya kawan

'' Dak lah..aok kalu nak datang je pada 9hb nanti ..kalu ada ada lah ''..jawab pembuat lemang itu..

'' Ngape gitu pulok yerk ? ''..tanya kawan lagi..

'' Gini..koi dah kerap kena..ramai yang ngoder..bila time nak ngambilnya..haram tak datang..nak koi jual pada orang lain..takut pula dia ada ngambil ..kerap ngat koi kena gitu..jadi untuk tahun ini..koi bakar sini je..mana yang sempat ada lah ''..kata pembuat lemang itu lagi..

Ni lah masalah yang timbul..main order guna talipon..deposit tak bayar...semuanya amat menyukarkan kepada banyak pihak..harap pembakar pembakar lemang dapat mengatasi masalah ini..

*** Lemang colek sambal Sutun pun sedap..

14 Merujuk kepada perkara diatas :

HoneyBUZZin 7 September 2010 pada 3:51 PTG  

Penjual lemang patut ambil deposit ataupun full payment dan kalau boleh catatkan masa bila pesanan akan diambil...tak pening kepala...
Selamat Hari Raya bos!

CekWa 7 September 2010 pada 3:55 PTG  

bkn senang nak bakar lemang te. elok jugek dia buat gitu.!

Hanisham Ab Halim 7 September 2010 pada 3:57 PTG  

Itulah problem kalo niaga atas dsar percaya. Last sekali diri sendiri yg kene...

ikan emas 7 September 2010 pada 4:01 PTG  

bisnes online laa.

suruh dia bukak blog ke , fb ke ..


haaa...

eeeda 7 September 2010 pada 4:48 PTG  

Tu lah sikap orang kita nie... time oder ikut sedap mulut je... tut tut tut tak datang ambil.. kita jarang meletakkan diri kita di situasi tu...
klu terkena kat kita marah tak???

eelobor 7 September 2010 pada 5:47 PTG  

malam nie gerak malam ke KB, tak tahu mana nak cari lemang

Aku Anak Pahang 7 September 2010 pada 9:59 PTG  

Naya ke dia dah berdendeng tepi api berjam-jam dah order tak ngambit haru...hok gitu balun ngan buluh lemang tu aje :)

sonata anak kancil 7 September 2010 pada 11:51 PTG  

salam...selamat hari raya - maaf zahir dan batin


kalau dah order tu...bertanggungjawab ambik lah ! buat naya orang je

Hashim Zabidi 8 September 2010 pada 12:53 PG  

Esok rabu, kawan gi cari buluh, daun pisang muda, kelapa separuh tua, kayu api dah ada, ampai untuk 10 batang lemang sudah pacak.

Selamat Hari Raya relevan, maaf zahir batin.

Relevan 8 September 2010 pada 7:27 PG  

* Selamat membakar lemang juga..

Tanpa Nama ,  8 September 2010 pada 7:53 PG  

salam bro, selamat hari raya maaf zahir batin. mmg berderet org jual lemang dari kg koi ni hala ke town...pilih je..

mr.kordes 8 September 2010 pada 9:26 PG  

aok buat lemang dok bang?kome nk dtg umh ni klu ade..heheeh..nk jumpa mkwe sekali!kakakah!!!

a.z.r.i.n.a.03.07 8 September 2010 pada 1:30 PTG  

nak ke ?

meh datang Tg Besar ..
dekat 20 batang rasanya..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP