GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 24 September 2010

Senyum dipagi hari jumaat ( Rumah terbuka )

Suasana masih lagi beraya..begitu juga perihalnya dengan Kak Zakiah dan Rozita..mereka mempunyai perancangan untuk membuat rumah terbuka bersama..dengan maksud berkongsi ..

Perbincangan telah dibuat tapi masih lagi belum mendapat kata putus..hingga jiran tetangga mereka yang bernama Devi turut campur..

''.. Biar Akak buat nasik impit..Zita buat kuah sate..Akak buat rendang ayam dan daging..Zita pula buat Lemang ''..kata Kak Zakiah..

'' Mana boleh kak..ada ka macam tu..patutnya Akak dan abg Lock lah yang buat Lemang..Suami Zita mana pandai buat Lemang ''..kata Rozita..

'' Ishkk..tak pandai tu lah kena belajar..persediaan tempat pula..biar lah kat porch rumah Akak saja ''..kata Kak Zakiah..

'' Lagi tak boleh kak..rumah Zita pun boleh juga untuk persediaan tempat ni ''..tegas Rozita..

Pertikaian masih lagi berlaku..sehingga Devi mencelah..

'' Apa lah korang nei..jangan bikin serabut..kongsi sama itu wang dan order sama Cathering saja..senang pasang khemah depan ini jalan..saya maruku juga boleh kasi sponser..itu pun susa mau pikir ka.. '..kata Devi..

Kedua mereka angguk tanda setuju..tiada terfikir kearah itu..

'' Kalu macam itu Devi pun boleh bantu juga ''..kata Kak Zakiah..

'' Mau bantu apa lagi..tadi suda sponser maruku ''..jawabDevi..

'' Bantu bagi duit lah..untuk buat rumah terbuka ini ''..kata Kak Zakiah..

'' Adeii..! ..'' jawab Devi..

*** Tak pasai pasai ..

10 Merujuk kepada perkara diatas :

Sharinginfoz 24 September 2010 pada 8:13 PG  

memang meriah kan maklumlah raya sebulan

Gambar Mia

Aku Anak Pahang 24 September 2010 pada 8:14 PG  

Ajoo.. devi awk diam aje laa nanti makan aje pigi.. sekarang sudah kena :)

Relevan 24 September 2010 pada 8:54 PG  

* yes Nik..sebulan raya nanti raya Haji sebulan juga..

* Sabde en Yassin..tea tani Sabde..

* Lor Cemomoi..nanti datang jer..

saharul 24 September 2010 pada 9:30 PG  

ajak le kome...buat pemanis mulut..hehehe

sahromnasrudin 24 September 2010 pada 9:52 PG  

Devi panggil K.Devan sponsor skuad bolasepak Selangor heheheheh

Nizam Awang Brahim 24 September 2010 pada 10:24 PG  

Ayoyo kadawale kadawale.Itu Devi bikin maruku ka.Bikin la capati.

sitinaminah02 24 September 2010 pada 10:32 PG  

bijak idea devi tu. sokong! wat pening pala je kak zakiah tu. haha.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP