GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 25 Oktober 2010

Menantu pilihan hati

Encik Zainon mempunyai 3 orang menantu..semua menantu beliau adalah perempuan sebab anak encik Zainon semuanya lelaki..ketiga tiga anak lelaki beliau semua menjadi panjawat awam yang berkaliber..

Menantu pertama encik Zainon bekerja sebagai Guru..menantu kedua encik Zainon ada lah seorang penjawat awam yang berpangkat..dan yang seorang lagi menantu ketiga tidak ada apa apa pekerjaan..hanya lah seorang suri rumah biasa saja..

Di sini berlaku sedikit ketidakadilan antara encik Zainon bersama isterinya dengan menantu menantu beliau..

Encik Zainon dan isterinya melebihi kepada menantu yang bekerjaya..sementara menantu ketiga semacam di pinggirkan..maklum saja lah menantu yang berkerjaya mertua pun sayang..

Dibawah ini kisah menantu ketiga encik Zainon pula..

Menantu ketiga encik Zainon ini seorang yang berpelajaran juga..tapi tidak berpeluang untuk bekerja..

'' Saya rasa aboh dan emok abang macam tak suka kepada saya..mentang mentang lah menantu menantu yang lain tu berkerjaya ''..luah menantu ketiga encik Zainon kepada suaminya..

'' Takper lah..buat tidak tau saja sama emok dan ayoh tu..mereka nak cakap apa..cakap saja lah '' kata suami menantu ketiga..

Satu hari menantu ketiga encik Zainon sedang sibuk melayari internet..lalu beliau pun menjelajahi blog..menantu ketiga encik Zainon cuba untuk membina laman blog sendiri..setelah membaca satu blog yang dikatakan boleh menjana wang serta menjadi kaya raya..

Setelah bertungkus lumus..membina blog..dengan bersungguh sungguh dan juga beliau sering memasuki halaman sembang sosial dan macam macam website..

Kini setelah hampir 12 bulan..segala usaha menantu ketiga encik Zainon sudah menampak kan hasil..beliau berjaya meraih pendapatan hampir RM2,500 sebulan..daripada pemasangan iklan dalam blog dan juga menjadi orang tengah untuk menjual Domain..

'' Awak tak rasa kerja awak melayari internet ini melebihi paras kerja normal ke? '' kata suami menantu ketiga encik Zainon..

'' Tak juga malah saya enjoy dengan kerjaya baru saya ini..meskipun lebih 8 jam bekerja ''..jawab menantu ketiga..

Dan kini encik Zainon mula tabik kepada menantu ketiga beliau itu...

'' Main internet pun boleh buat duit ''..kata encik Zainon dalam hati dan kini encik Zainon mula berjinak jinak dengan laptop cucu beliau..

*** Nampak sangat kan...

12 Merujuk kepada perkara diatas :

Sharinginfoz 25 Oktober 2010 pada 5:37 PTG  

kalau kena caranya memang boleh buat duit kan

azzey 25 Oktober 2010 pada 5:38 PTG  

relevan: sudahnya anak menantu jd blogger! he3....

zulkbo 25 Oktober 2010 pada 6:12 PTG  

salam..
menantu lagi tak pe..
jangan jadi hantu..he he

Aku Anak Pahang 25 Oktober 2010 pada 6:28 PTG  

Dimana ada usaha disitu ada kejayaan macam aok sekarang hehehehe :)

~fais~ 25 Oktober 2010 pada 6:50 PTG  

huhuhuhuhu
sejuk ati ak..
so xde la..ase bersalah sgt kt abah ak..tiap kali die mmbebel ak asyik ngadap laptop..
huhuhu

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o 25 Oktober 2010 pada 7:59 PTG  

"mata penjawat awam mak dia tu dan mata keinternet kot.."kata ku buat buat tak paham

saharul 25 Oktober 2010 pada 8:54 PTG  

yg kita nih...main internet jugak...bukan duit masuk, keluar lagi ade le tiap2 bulan....hehehe

sahromnasrudin 25 Oktober 2010 pada 10:02 PTG  

tak sangka ada lagi mertua cenggitu..mertua saya ada 6 menantu..takde pun cenggitu huhuhuhuh

Guru 25 Oktober 2010 pada 10:36 PTG  

baguslah dah insaf bagi mertua tu lah ya...

Hashim Zabidi 25 Oktober 2010 pada 11:54 PTG  

Menantu ketiga En.Zainun berpelajaran, mengadap laptop duit datang. Tak lama lagi semua ahli keluarga En.Zainun beli laptop masing-masing.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP