GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 1 Oktober 2010

Satu malam sabtu 1986 ( Ekspo )

* Ini gambar hiasan saja ( funfair gugel )

Kebetulan di Batu 3 Jalan Temerloh ketika itu ada sebuah ekspo ( funfair ).. tempat ada permainan macam macam tikam tikam pun ada.. ( judi ) joget pun ada..buai ada kuda pun ada..tidak ketinggalan rumah hantu juga..

Dan yang pasti bila ada artis yang datang mesti ramai orang punya..tentunya bila nak masuk ke dalam tapak funfair tersebut kena bayaran tiket..

Kelima rodong yang semua dalam keadaan pokai cuba berikhtiar untuk pergi dan memasuki funfair tersebut..disebabkan pada malam itu ada sebuah konsert dari kumpulan rock yang mereka minati..

Sedang termangu ditepi pintu masuk..maka mereka ternampak Manaf..seorang rodong mereka juga kakitangan Majlis Daerah ketika itu..

'' Tu aa..Manaf..dia kakitangan Majlis..mesti dia ada pas masuk tentu dapat percuma ''..kata Kapak dengan idea bijak nya..

'' Malu lah takkan kita semua nak ngondeng dia ''..kata Niker

'' Aok nak nengok konsert ke dak?..jangan banyak cerita ''..tegas Miki kepada Niker..

Setelah persetujuan dibuat dengan Manaf maka semua rodong itu telah masuk percuma..dengan menyamar sebagai kakitangan Majlis Daerah..

'' Ingat sekali ni je yak..aok semua ikut koi..nanti tembelang pecah..bukan semua boleh masuk free gini ''..kata Manaf

*** Wakaka! Terima kasih Manaf.. Sekarang tengok Ekspo ( funfair ) pun menyampah..

8 Merujuk kepada perkara diatas :

Sharinginfoz 1 Oktober 2010 pada 8:40 PTG  

funfair memang seronok kan, macam2 ada kat sana

Tanpa Nama ,  1 Oktober 2010 pada 9:40 PTG  

bestnyer kalu free kan..hii...

Aku Anak Pahang 1 Oktober 2010 pada 10:05 PTG  

Zaman remaja dulu ada juga sekali dua join.. dah nikoh dan veteran nie terasa malu nak masuk funfair :(

zulkbo 1 Oktober 2010 pada 10:13 PTG  

salam..
aok ke funfair yak..
behh la..

al-lavendari 1 Oktober 2010 pada 10:14 PTG  

masa dulu2 kat kg saya kalau ada funfair, banyaklah ayam kena curi. getah sekerap turut di kebas sebab nak tengok Sanisah Huri menyanyi.

sahromnasrudin 1 Oktober 2010 pada 10:56 PTG  

salam..maser tue XPDC der perform tak???

a.z.r.i.n.a.03.07 2 Oktober 2010 pada 7:59 PG  

Di Rawang pun ada lagi funfair tapi takde konsert lah...


Maaf Abg Syed, lama tak singgah sini. Mana yg saya sempat aje saya terjah.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP