Sejarah subjek wajib lulus SPM
KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk menaik taraf status Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).
Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah tersebut bererti setiap calon perlu lulus mata pelajaran Sejarah sebagai syarat untuk mendapat sijil SPM seperti mana mata pelajaran Bahasa Malaysia sebelum ini.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pada masa ini di peringkat sekolah menengah, mata pelajaran Sejarah adalah mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar.
"Selaras dengan pandangan yang dikemukakan oleh sebahagian besar jurucakap dalam Perhimpunan Agung UMNO, saya mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran memutuskan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM mulai 2013 seperti mana mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapat sijil SPM,'' katanya ( sumber dari akhbar koSmo )
'' Ini ada satu soalan berkenaan Sejarah..aok perlu tau ''...Soal Ahmad Zaki kepada kawannya Azman Zahari yang sedang sibuk hendak mula menimbang getah..
'' Bagi je apa jua Soalan Sejarah..tentu kawan boleh jawab punya ''..jawab Azman Zahari sedikit angkuh..
'' Siapa yang membawa biji Getah ke Tanah Melayu? ''..Soal Ahmad Zaki
'' Erkk..tak tau ''..jawab Azman Zahari..
'' Kalu macam tu yang aok tau cuma toreh,jual dan terima hasil sajalah yer ''..kata Ahmad Zaki..
*** Ada sumber tentang getah di ( siNi )
6 Merujuk kepada perkara diatas :
Alhamdulillah....sepatut dah lama buat mcm nie
Salam...
setuju secircle suara!!
ramai yg dh lupa sejarah..
lupa sejarah membawa kpd lupa diri..
Jangan lupa sejarah..kerana kalau lupa sejarah kita lupa asal usul kita.
bagus juga
Cabaran yang bagus buat saya sebagai guru sejarah...
soalan sejarah
1.apakah nama dataran tempat merempit malam minggu di kuala lumpur?
2.apakah nama bekas ketua polis negara yang memukul Anwr Ibrahim?
3.siapakah timbalan perdana menteri yang dipecat oleh Dr. mahathir Mohamad?
soalan sejarah macam ini perlu...bukan soalan siapakah majapahit, bla,bla,bla..budak tidur je dalam kelas.
Catat Ulasan