GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 10 Oktober 2010

Tiada lagi PMR

Ikuti temubual eksklusif antara Sharifah Anis dan bapa beliau Azman Zahari..

Sharifah Anis : '' Dalam berita.. Menteri pelajaran telah mengumunkan UPSR dan PMR akan menggunakan satu format baru ye Aboh..apa pendapat Aboh dalam hal ini..

Azman Zahari : '' Ini bermakna PMR akan tiada lagi?''..

Sharifah Anis : ''Macam tu lah kira kiranya Aboh..minta Aboh cerita sedikit tentang peperiksaan zaman Aboh bersekolah dulu ''..

Azman Zahari : '' Zaman Aboh dulu sekolah rendah hanya ada peperiksaan pernilaian darjah 5..darjah 6 cuma peperiksaan akhir tahun sahaja..untuk menentukan kenaikan dalam tingkatan 1 ''..

Sharifah Anis : '' Macamana pula untuk peperiksaan tingkatan 3?''..

Azman Zahari : '' Sebelum SRP..peperiksaan untuk tingkatan 3 ada lah LCE iaitu dalam aliran Inggeris..selepas itu di tukarkan kepada peperiksaan SRP..Peperiksaan SRP sangat penting ketika itu..untuk menentukan kenaikan tingkatan 4 ''..

Sharifah Anis : '' Macammana dengan nasib Aboh ketika itu..he he! ''..

Azman Zahari : '' Aboh gagal kerana mendapat pangkat 'S' sahaja..siapa yang mendapat pangkat 'A' baru boleh naik ke tingkatan 4..bukan macam sekarang..tak pandai membaca pun boleh naik tingkatan..hehe!.. Sementara pangkat 'B' dan 'C' kena membuat rayuan untuk kenaikan tingkatan 4..tidak pun membuat permohonan untuk kesekolah Vokasional ketika itu ''..

Sharifah Anis : '' Aboh gagal dalam SRP..tapi dapat kerja macam bagus sahaja ''..

Azman Zahari : '' Kerja dan jawatan yang Aboh sandang sekarang memerlukan sekurang kurang diploma untuk memohon..''

Sharifah Anis : '' Itu lah yang dinamakan rezeki..disini Anis sudah nampak sukatan pembelajaran serta peperiksaan antara dulu dan sekarang..Anis akan belajar bersunguh sungguh ''..

Azman Zahari : '' Bagus..ermm ..emok mana? ''..

Sharifah Anis : '' Ada..dia ajak sarapan pagi..jom Aboh sarapan cengkodok cicah sama sos cili berapi ''..

Mereka pun terus sahaja bersarapan pagi..sambil masih lagi bertemubual tentang isu diatas..

*** Tukang patong dawai pagar untuk balik awal dari sekolah..

9 Merujuk kepada perkara diatas :

sahromnasrudin 10 Oktober 2010 pada 10:16 PG  

cikgu tiuseyn ilang mata pencarian wooo huhuh

sonata anak kancil 10 Oktober 2010 pada 11:24 PG  

tak sempat nak temuramah lebih lanjut semalam...tengok2 dah berita lain...cara berbeza je - belum putuskan lagi kan ... psssss...cepat2lah adekan semula aliran vokasional@kemahiran

Sharinginfoz 10 Oktober 2010 pada 2:12 PTG  

harap2 ada exam yang boleh menilai pelajar dengan lebih baik

Aku Anak Pahang 10 Oktober 2010 pada 4:18 PTG  

Kawan penyokong 100% perkara diatas dimansuhkan, kawan x byk sgt membuang duit antor annk2 siang malanm pagi petang kesekolah.

Cik SHiNJU 10 Oktober 2010 pada 5:00 PTG  

Tu la pasal...
pusat2 tuition kena ubah jadual la plak...

zulkbo 10 Oktober 2010 pada 6:12 PTG  

salam..
molekla tu diuit lebih
buat bui bonus cikgu..

Guru 10 Oktober 2010 pada 8:29 PTG  

rasanya negara kita je, pelajarnya boleh dapat A semua untuk 21, 17, dan 11 subjek... saya lebih cenderung dengan sistem SRP dulu2.... ada penyaringan

Elin 10 Oktober 2010 pada 9:06 PTG  

pa pun.. kualiti lebih penting dari kuantiti

Chenta 10 Oktober 2010 pada 9:51 PTG  

SRP dulu saya dapat A. Bersungguh2 belajar sbb nak sambung ting.4 . Makcik joyah sebelah rumah emak kata kalau tak lulus dia nak masuk meminang .

Takut woo .. ekeke

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP