Tumbuk teman wanita kerana cemburu
KUANTAN — Seorang lelaki yang dipercayai cemburu telah bertindak menumbuk teman wanitanya sampai retak hidung wanita berkenaan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh, Lebuhraya Pantai Timur malam tadi.
Wanita berkenaan telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk menerima rawatan pada 8.30 pagi tadi sementara lelaki tersebut menyerah diri kepada polis.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Nordin Mustapha berkata, sebelum itu berlaku pertengkaran antara remaja perempuan berumur 18 tahun itu dengan teman lelakinya yang berumur 24 tahun.
"Mangsa yang tinggal di Jengka 19 dekat Maran baru sahaja sampai dengan sebuah bas ekspres dari Kuala Lumpur pada 9 malam. Ketika bas berhenti di R&R Temerloh, mangsa menghubungi teman lelakinya dari Jengka 18 untuk mengambilnya di situ.
"Setelah teman lelakinya datang menjemputnya, berlaku satu pertelingkahan yang dipercayai berpunca daripada cemburu.
"Lelaki berkenaan yang naik berang telah bertindak menumbuk muka mangsa menyebabkan hidung mangsa retak sebelum teman lelakinya itu meninggalkannya di situ,” katanya kepada pemberita. — Bernama
'' Ini kes cemburu..lelaki ini mungkin seorang yang melampau dan tidak pandai mengambil hati teman wanitanya ''..kata Ahmad Zaki..
'' Memang betul..tak guna punya lelaki ini..salah sikit tumbuk silap sikit pelempang..sepatutnya kita kena melindungi bukan untuk di tumbuk tumbuk ''..kata Azman Zahari..
'' Harap harap tidaklah cemburu dia orang ni kerana akaun Facebook ''..kata Ahmad Zaki..
'' Apa pulak kena mengena dengan akaun Facebook ni? ''..tanya Azman Zahari..
*** '' Laa..Facebook lagi? ''..
11 Merujuk kepada perkara diatas :
Macamana budak perempuan tu balik ke Jengka dari R&R tu? Jauh juga tu.
* Naik teksi agaknya..
memacam tul skrg ni.. nk sampai tumbuk bagai
hilang sabau sgt le tu...
Belum jadi laki, kalau jadi laki bukan aje retak emboh hilang hidung tu esok :)
klau dah suka, kentut pun bau wangi :)
sempat tengok pesbuk seblom jumpa awek?
relevan: Masyaallah.....cemburu py pasal....
huh...dasatnyer...
x jantan lgsung,p tumbuk pempuan watpe...
chaittttttttt....
laki camni tak boleh dibuat suami. belum ada hak dah naik tangan
esok2 kerat 18 pun dia sanggup buat..
hish-hish-hish...
sampai tumbuk pulak, apa nak jadi
Catat Ulasan