GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 5 Disember 2010

Harga dijamin tidak naik


* Harap tidak naik


KUALA LUMPUR – Kenaikan harga minyak dan gula yang bermula semalam dijangka tidak memberi kesan kepada harga makanan dan minuman serta tambang bas apabila persatuan pengusaha kedua-dua sektor itu memberi jaminan akan menyerap kos tambahan sekurang-kurangnya dalam tempoh terdekat.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hasan Sahul Hameed berkata, pihaknya telah meminta kesemua 3,000 ahli Presma di seluruh negara supaya tidak menaikkan harga makanan dan minuman.

Katanya, pengumuman kenaikan harga bahan api dan gula itu juga bukan sesuatu yang mengejutkan.

“Kita sudah jangka subsidi bahan api dan gula akan dikurangkan.

“Walaupun kos meningkat, kami tiada pilihan kerana perlu kekalkan persaingan untuk jaga pelanggan masing-masing,’’ katanya ketika dihubungi semalam..

*** Tea tarik..roti canai akan naik masuk mulut..

6 Merujuk kepada perkara diatas :

Cik SHiNJU 5 Disember 2010 pada 9:40 PG  

Presma tu yelah x naikkan harga..
Bkn seluruh negara ade restoran dia..
Hat salu naikkan harga time2 gini yg kat gerai2 biasa tu...

Aku Anak Pahang 5 Disember 2010 pada 10:09 PG  

Rasanya rakyat kita dah jemu dgn ayat gitu.. pada makin sakit hati org dengot baik tak payahlah bercakap yak :(

Ada award utk anda disini "Kerana diri mu begitu berharga "

ILA HonEyBuNNy 5 Disember 2010 pada 10:12 PG  

sedapnya pagi2 makan roti canai & teh tarik..hehe

redza 5 Disember 2010 pada 10:37 PG  

macamlah diorang buat air teh secawan guna sekilo gula

zulkbo 5 Disember 2010 pada 10:48 PG  

salam..
koi berani potong kuku
kalau rega tak naik..
mesti naik punya lah..

eelobor 5 Disember 2010 pada 11:06 PG  

kawan jamin cakap harga2 barang akan naik...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP