GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 4 Disember 2010

Harga RON 95, gula naik


KUALA LUMPUR - Kerajaan semalam mengumumkan kenaikan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak lima sen seliter serta lima sen bagi setiap kilogram (kg) bagi gas asli cecair (LPG) berkuat kuasa tengah malam tadi.

Berikutan kenaikan itu, harga petrol RON 95 kini ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter manakala LPG RM1.90 satu kg.

Turut diumumkan naik ialah gula sebanyak 20 sen kepada RM2.10 bagi setiap kg.

Pengumuman itu dibuat melalui kenyataan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri semalam..

*** Tak naik ni..cuma penyelarasan subsidi.. '' ..harga gula dan petrol masih lagi rendah berbanding dengan negara jiran kita '' < ---- ini lah ayat yang di sebut setiap kali berlaku demikian.. * Sedang membuat latihan untuk mengurangkan gula dalam minuman dan juga latihan mengayuh Besikal ''..

12 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  4 Disember 2010 pada 10:54 PG  

semua naik...gaji je yg susah nk naik

Chenta 4 Disember 2010 pada 11:30 PG  

"..harga gula dan petrol masih lagi rendah berbanding dengan negara jiran kita ''

AYAT SKEMA !!

anak saya umur 9thn pun dah boleh hafal ..

eelobor 4 Disember 2010 pada 11:39 PG  

kawan sokong langkah penyelarasan...... (kat mulut)

Aku Anak Pahang 4 Disember 2010 pada 11:56 PG  

ROKOK bila nak naik nie? :) Untuk menjaga dan menjamin kesihatan rakyat katanya.

pakcik kordi 4 Disember 2010 pada 12:05 PTG  

terima kasih kerajaan.u rocks!perangai sekor2 gaya berak...

penyelarasan taik kucing!

abu muaz 4 Disember 2010 pada 1:41 PTG  

harga air di selangor akan naik juga..

Cik SHiNJU 4 Disember 2010 pada 2:56 PTG  

Koi tgh ganti 'matgad' beskal..huhuh
tuko cacing siap2..pam angin kasi kembong tayar..

setiap hari aku dilihat..siapa..?? 4 Disember 2010 pada 3:48 PTG  

sangat menyedihkan..hujung tahun 2010 ambil kesempatan lagi...awal tahun 2011 nanti ambil kesempatan lagi..gaji takuk lama..tak stabil dengan ekonomi..katanya nak mengawal subsidi tapi yang terkena rakyat 1 malaysia..tak apalah kan..sebab juakx PM tahu separuh rakyat malaysia rakyat malaysia jadi pak angguk aje terutamanya MELAYU umno...dan pertengahan tahun nanti akan umum lagi kenaikan...kena lagi..inilah 1malaysia yg amat umno banggakan...dacing semakin senget dan lebih kpd juakx PM..memang frust dan memfrustkan...nak tukar pangkah le ni....

ILA HonEyBuNNy 4 Disember 2010 pada 5:32 PTG  

wah......kurangkan gula dlm minuman dan tambhkan gula dlm senyuman..ewah...cm pelik ja..heheh

::FAIZ:: 4 Disember 2010 pada 7:22 PTG  

naik naik dan naik.... teruskanlah naik. lepas ni... ntah apa lagi naik

saharul 4 Disember 2010 pada 7:57 PTG  

tak habis2 membebankan rakyat....

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP