GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 3 Disember 2010

JPJ tidak bercadang beri diskaun saman


PUTRAJAYA 3 Dis. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak bercadang mengikut langkah Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi diskaun saman terhadap pesalah trafik buat masa ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, untuk tempoh sekarang saman yang dikeluarkan JPJ kepada pesalah trafiknya adalah kekal pada kadar sedia ada.

"Buat sementara ini, JPJ akan kekalkan sistem (saman) yang ada (terhadap pesalah lalu lintas)," kata beliau kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan kementeriannya, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas sama ada JPJ akan memberi diskaun saman terhadap pesalah lalu lintas, seperti yang dilakukan PDRM bagi menangani masalah saman tertunggak pada kalangan pengguna jalan raya di negara ini sejak sekian lama.

Beliau berkata, JPJ juga tidak bercadang melanjutkan tempoh menarik balik sementara tindakan terhadap pesalah trafik yang disenarai hitam, yang ditetapkan sehingga 28 Feb depan.

"Pada masa ini kita belum membuat sebarang keputusan untuk melanjutkan tempoh ini," katanya.

Pada Ogos lepas, kerajaan mengumumkan penarikan balik sementara tindakan ke atas pesalah trafik yang disenarai hitam kerana tidak menjelaskan saman dan membenarkan mereka memperbaharui cukai jalan serta lesen memandu. - Bernama

*** Tiada saman JPJ..

7 Merujuk kepada perkara diatas :

ikan emas 3 Disember 2010 pada 5:19 PTG  

SEBAB DUIT NAK BUAT MAJLIS MAKAN MALAM TAK CUKUP LAGIII

sukaxplo 3 Disember 2010 pada 5:37 PTG  

ermm..dah siap buat pengumuman tuh, kot kot ada yang menunggu JPJ nak turunkan harga, kosong kaunter bayaran saman JPJ skarang :)

abu muaz 3 Disember 2010 pada 5:53 PTG  

diskaun ni mainan pusat beli belah je...

zulkbo 3 Disember 2010 pada 6:14 PTG  

salam..
ni lah yang maru nya

terokai seni 3 Disember 2010 pada 7:05 PTG  

baru dapat duit skuloh kerajaan bagi, abih la buat topup saman (bagi balik pada kerajaan)

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP