GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 28 Januari 2011

Interlok kekal digunakan, pindaan pada bahagian sensitif


KUALA LUMPUR 27 Jan. – Novel Interlok kekal digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima dengan pindaan dibuat kepada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India, demikian diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan.

"Keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya menjangkakan pindaan ini akan dapat dibuat dalam masa yang terdekat,” katanya.

Muhyiddin juga menegaskan bahawa novel Interlok hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedarkan ke sekolah-sekolah.

Novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu menimbulkan kontroversi berikutan keputusan Kementerian Pelajaran memilih novel itu sebagai teks sastera Tingkatan Lima tahun ini kerana didakwa terdapat perkataan yang menyinggung perasaan masyarakat India di negara ini. – Bernama

* Sumber Utusan Online

*** Novel yang sungguh menarik..sudah berdekad dekad lama nya baru ada pihak yang boleh tersinggung perasaan..kenapa tidak 40 tahun dahulu tersinggung perasaan?..


2 Merujuk kepada perkara diatas :

ummu 28 Januari 2011 pada 12:54 PG  

assalamualaikum encik releven
novel ini lahir ketika saya pun belum wujud di dunia fana ini..terima kasih atas entry ini, bolehlah saya belek akhbar utusan hari ni.siang tadi tak sempat nak belek habis.

eelobor 28 Januari 2011 pada 7:30 PG  

kawan pun rasa nak beli la buku nie, baca sendiri baru puas hati

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP