GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 31 Januari 2011

Menyamar untuk saman kutu sampah


NILAI – Anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Nilai (MPN) akan menyamar sebagai orang awam bagi menyaman mereka yang membuang sampah merata-rata di kawasannya.

Yang Dipertua MPN, Datuk Abdul Halim Abdul Latif berkata, mulai bulan ini, MPN menempatkan anggota penguat kuasanya di tempat awam dan terbuka untuk membuat pemerhatian sebelum menahan individu yang didapati membuang sampah merata-rata.

"Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang ditangkap dan mereka boleh dikenakan kompaun RM250. Individu yang enggan membayar kompaun tersebut boleh dihadapkan di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Halim berkata, masalah pembuangan sampah haram di tempat awam dan terbuka di kawasan MPN sering berlaku dan walaupun kerja pembersihan sentiasa dilakukan, perbuatan itu masih berulang. – Bernama

* Sumber koSmo

*** Siang malam dengan Sampah..


2 Merujuk kepada perkara diatas :

Aku Anak Pahang 31 Januari 2011 pada 6:54 PTG  

Moralnya, jangan buang sampah merata-rata jaga kebersihan alam sekitar.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP