Restoran di KL wajib ada WiFi tahun depan
KUALA LUMPUR – Semua pengusaha restoran di ibu negara akan diwajib menyediakan perkhidmatan kemudahan Internet jalur lebar tanpa wayar (WiFi) di premis masing-masing mulai tahun depan.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail (gambar) berkata, jika mereka ingkar, lesen perniagaan restoran sedia ada tidak akan diperbaharui manakala bagi pengusaha baru, ia akan menjadi syarat kepada pemberian lesen.
Katanya, peraturan baru itu dibuat bagi memastikan sasaran untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah ibu negara maju pada tahun 2020 tercapai.
“Kita akan lakukan pindaan terhadap syarat lesen perniagaan untuk memastikan arahan ini dipatuhi.
“Lesen baru tidak akan dikeluarkan dan lesen pengusaha restoran sedia ada tidak akan diperbaharui jika syarat ini gagal dipatuhi,” katanya pada sidang akhbar sempena Hari Wilayah di Angkasapuri di sini semalam..
* Sumber koSmo
13 Merujuk kepada perkara diatas :
wah2..maken ramai la yg bergiat dengan blogspot nanti kat restoran pun ade wi-fi ngeeee ;)
senang la online sokmo...bertambah lagi rakan blogger baru
wajib??
bagus bagus..
ehehee
bole pulangkan balik le brokben hampeh ni
bagus2.....senang nak online di mana sahaja...;-)
susah nak diperkatakan. takut nak selesai lain masalah lain pulak yg timbul....
i likeeee...ni tak sabar nak tunngu neh...hehe~
Kalau Bandar kita ada bender free nei best juga yak :)
penuh la restoran nanti/.... sebab ada wifi free
senang nak blogwalking hehehee
bgus kan..bgus kan..arap2 wifi tue laju la..jgn lembab xguna jgk..
*bagi betis nak paha..hahahhaa
setakat pasang wifi jer buat apa, yang penting perlu di pertingkatkan mutu perkhidmatan yang di sediakan termasuk jalur lebar. orang yang dapat kontrak kaya raya, tapi perkhidmatan?????
makin kaya la TM lepas ni....
Catat Ulasan