GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 9 Februari 2011

Bekalan minyak masak dalam botol kurang di ibu negara?


KUALA LUMPUR 9 Feb. – Peruncit di sekitar Lembah Klang hari ini mengeluh kerana tidak mendapat bekalan minyak masak dalam botol yang secukupnya daripada pengilang bagi menampung permintaan pengguna.

Mereka mendakwa masalah ini timbul ekoran tindakan pengilang mengurangkan bekalan minyak masak dalam botol, tetapi menambah pengeluaran minyak masak dalam bungkusan plastik.

Tinjauan di sekitar Chow Kit, Setiawangsa dan Wangsa Maju di sini mendapati kebanyakan kedai runcit telah kehabisan bekalan minyak dalam botol.

Peniaga mendakwa bahawa mereka dimaklumkan oleh pembekal bahawa pihak pengilang telah mengurangkan penghantaran jumlah bekalan minyak masak dalam botol kerana bimbang mengalami kerugian.

Pengurus Pasar Raya KK cawangan Setiawangsa, Yu Kin Boon, 36 mendakwa, mereka telah kehabisan bekalan dalam botol sebelum sambutan Tahun Baru Cina minggu lepas.

Bagi Mohamed Jeyavuddin Abdul Rashid, 50, yang menjalankan perniagaan runcit di Taman Keramat sejak 10 tahun lepas, kekurangan minyak masak botol dilihat paling ketara selepas krisis minyak masak yang melanda negara ini sejak Disember lepas. – Bernama

* Sumber Utusan Online

*** Bukan di ibu negara sahaja yang mengalami minyak masak dalam botol berkurangan ini..di bandar kome pun gitu juge..minyak masak paket ada sikit sikit..itu pun boleh dibeli hanya 2 paket/jabir sahaja..

Nampak gaya nya isu minyak masak ni tidak selesai lagi..jadi disyorkan kepada pengguna semua belajar membuat minyak masak sendiri..terutama kepada yang mempunyai kebun kelapa dan kelapa sawit..perah sendiri guna pakai sendiri.. haha! ..


19 Merujuk kepada perkara diatas :

Abu Mansur 9 Februari 2011 pada 9:25 PTG  

kita yg niaga kedai makan nie, susah dpt minyak,huk..huk

ayin~weeweet 9 Februari 2011 pada 9:46 PTG  

kt sini mcm ok je.nk order?hehehe

abadi romeo 9 Februari 2011 pada 9:51 PTG  

nak naik lagi latu..paham sangat kalau bekalan semakin kurang

Miecyber 9 Februari 2011 pada 9:53 PTG  

Pengguna dan kerajaan asyik kena main dengan pengilang jer...

Apa itu Skim Cepat Kaya ?

hazari. 9 Februari 2011 pada 10:13 PTG  

sekarang, kalau ade jual, kene beli cepat2.. tak kire mahal murah, asal beli je.

Nancypoh 9 Februari 2011 pada 10:35 PTG  

Sy gasak dengan makanan sup je..tak perlu bnyk guna minyak..menyihatkan lagi..huhu

Entry Semasa:
Bila Pisau Tercucuk Pipi

hans 9 Februari 2011 pada 10:47 PTG  

hari tu tv kata dah settle
dah jadi balik plak dah
adess
masalah minyak tul
dari petrol sampai minyak masak
hahaha

Jom Join Contest Situasi Hans : Gunakan Imaginasi Anda

Mohamadazhan.com 9 Februari 2011 pada 11:08 PTG  

orang Malaysia rajin memasak kot.hehe.

biasalah, minyak ada, tunggu naik harga baru minyak banyak...

Cik SHiNJU 9 Februari 2011 pada 11:29 PTG  

Baler...kena goreng ikan guna minyak gamatlah pasni...

terokai seni 9 Februari 2011 pada 11:47 PTG  

koi pon bli kat temerloh bawok ke kl (bukan sludup yerk)

AkuMuzikFilem 10 Februari 2011 pada 1:55 PG  

Pernah dengar tokey goreng pisang guna minyak recycle tapis dengan kain. memang jimat. kita pun boleh wat camtu gak kan?

Mr. N 10 Februari 2011 pada 3:16 PG  

dy nk kte kurgkn mkn mknn brmyk ar tu..sume kne mkn steam bot

HaiDa HiDa 10 Februari 2011 pada 3:22 PG  

mggu lepas balik kampung.. mak soh carikan myk masak dalam botol.. dah cari 2 3 pasaraya, mmg xder.. terkejut gak sbb tak pernah mcm ni.. 2 3 ari pergi, sah mmg xder.. so, yg paket je lah jadi pilihan..

sahromnasrudin 10 Februari 2011 pada 8:34 PG  

tolong ajar saya buat minyak masak..cni byk felda

Tanpa Nama ,  10 Februari 2011 pada 10:19 PG  

lepas ni takyah goreng2..main rebus2 @ bakar2 jer..

kita boikot terus minyak :D amacam? ade beran??

Aku Anak Pahang 10 Februari 2011 pada 10:26 PG  

Tak "naik minyak" kita macam nie :)

zulkbo 10 Februari 2011 pada 10:32 PG  

salam...
adehhhh..
tak habis2 masaalah
ni yak..?

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP