Ibu mentua kacau bulan madu
ROME: Seorang wanita Itali memfailkan perceraian sebulan selepas berkahwin gara-gara suaminya membawa ibu ketika berbulan madu.
Agensi berita ANSA melaporkan, wanita berusia 36 tahun itu bercuti bersama suaminya ke Perancis pada Disember lalu.
Bagaimanapun, dia terkejut apabila percutian itu turut membabitkan ibu mentuanya.
ANSA melaporkan, wanita terbabit terperanjat menemui ibu mentuanya di Lapangan Terbang Fiumicino dua hari selepas berkahwin.
Apabila perkara itu diadukan kepada suaminya, lelaki berkenaan mendakwa dia tidak boleh meninggalkan ibunya sendirian atas faktor kesihatan. - AFP
* Sumber myMetro
*** Ini kes kacau daun..
7 Merujuk kepada perkara diatas :
adess...sampai mintak cerai..huhuhu
Apa punya anak menantu macam tu:(
kte yg blum kwen nei
xtw nk komen pape da..huhu
Sallam,
Apa salahnya bawak mak mertua,
bukan tido sama pun..hee..
syurga mereka bukan di bawah telapak kaki ibu ....
ish ish ish . anak menantu pentingkan diri tu~ huhuhu :D
adui umur dah tinggi tapi pemikiran tetap rendah
Catat Ulasan