GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 5 Februari 2011

Janda upah gengster ceroboh rumah

Dalam minggu ini banyak juga berita berita yang mengaitkan Janda..hari ini pun ada lagi..memetik berita dari koSmo ini..

KUALA LUMPUR - Perasaan dendam yang meluap-luap terhadap bekas suaminya didakwa telah mendorong seorang janda mengupah beberapa lelaki disyaki gengster untuk menceroboh rumah lelaki tersebut dan melarikan pelbagai barangan berharga bernilai RM657,600 dalam kejadian di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini.

Kejadian tersebut disedari ahli perniagaan berusia 47 tahun tersebut ketika pulang ke rumahnya pada pukul 1.30 pagi kelmarin. Ketika itu, dia dan isteri barunya yang berusia 39 tahun keluar atas urusan perniagaan.

Difahamkan, janda berusia 41 tahun tersebut telah berpisah dengan suaminya beberapa bulan lalu.

Sumber memberitahu, beberapa minggu sebelum kejadian, mangsa dan isterinya telah mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan daripada salah seorang gengster yang diupah itu.

Katanya, sebaik sampai di rumahnya di tingkat 18 kondominium tersebut, dia mendapati sebahagian kecil pintu rumahnya telah terkopak manakala kuncinya telah ditukar oleh pemilik rumah berkenaan didakwa bekas isterinya..

*** Cuba usahakan perusahaan membuat kerepek dan makanan ringan tentu berjaya..ada banyak saluran untuk mohon bantuan sekarang ini..jangan jadi janda yang ekstrem sangat..




6 Merujuk kepada perkara diatas :

URY 5 Februari 2011 pada 8:52 PG  

Macam2 cara nak hidup senang.

lynna heejuzz 5 Februari 2011 pada 10:22 PG  

jangan jd janda yg ekstrem sgt?? haha.. nice one!

Anne 5 Februari 2011 pada 10:30 PG  

hmmm sampai gitu sekali...macam2 :)

Ihsan Khairir 5 Februari 2011 pada 11:18 PG  

janda terlampau nih... ish ish ish

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP